"Assalamualaikum ,ana min Falestin. Min Ghazza"
Terhenti langkah si anak beranak ini. Serentak mereka menoleh....
Dan si ibu mengeluarkan beberapa not wang dan terus memberi kepada lelaki itu yang sedang sibuk membuka fail di tangan. Si anak sempat melihat dalam fail tersebut mempunyai beberapa gambar serta profail kanak-kanak. Anak-anak di Palestin agaknya. Lelaki tersebut seperti terkejut apabila wang tersebut bertukar tangan. Si anak keliru melihat riak di mukanya. Samada sedih atau gembira dengan pemberian tersebut. Lantas lelaki itu mengucapkan,
"Subhanallah, alhamdulillah, syukran..."
Tetapi lelaki tersebut terus bercakap sesuatu yang mereka tidak fahami. Si anak dan si ibu sudah berpandangan, masing-masing keliru mahu bertindak bagaimana. Memang langsung tidak difahami apa yang telah diucapkan. Lelaki itu bercakap sambil sibuk membelek failnya dan menunjukkan kepada mereka. Mereka tidak faham.
Mereka tidak faham dan mungkin tiada minat mahu faham. Si anak beranak tersebut lantas pergi meninggalkan lelaki tersebut terpinga-pinga.
--------------------------------------------------------------------
Ini kisah biasa. Kisah realiti. Bagaimana kita mampu hidup senang-senang, mampu mempunyai rumah, mampu ada TV besar, mampu ada peti sejuk letak makanan banyak-banyak, rosak satu barang, senang nak ganti lain dan mereka...jangankan rumah, nak letak makanan dalam kotak pun, makanan takde. Budak JPA, dapat RM5000 setiap satu semester, rasa gah, rasa macam nak beli satu dunia, nak beli handphone paling canggih, nak beli iPad baru, iPhone 5S, nak beli hard disk letak movie banyak-banyak, nak beli broadband sebab nak download RM siri baru, beli baju yang lebih up-to-date, beli tudung baru sebab yang lama dah tak berapa nak cantik.
Remeh gila.
Remeh gila masalah kita.
Kita fikir masalah remeh, mana tak cari kita fikir sangat superficial, taknak buat kerja susah, semua nak mudah, susah sikit dah merungut.
Remeh!
Hari-hari fikir masalah bila aku nak siapkan Esaimen, bila aku nak kahwin, aku nak lelaki macam ini, macam itu, bila aku nak habiskan tengok drama How I Met Your Mother, Harvey Parker jadi idaman nak tengok selalu cerita Suits, bila aku nak sempat g Times Square, ada kedai baru, bila aku nak g bercuti dengan kawan aku g Cameron Highlands, bila aku nak habis belajar sebab dah penat nak kelas 8-5, bila kelas nak habis, lecturer ni sumpah membosankan, bila aku nak habis hidup bosan macam ni?
Bila aku hanya nak tunggu sesuatu datang untuk merubah cara pandangan aku kepada kehidupan?
Letih hidup hanya nak tunggu apa bakal berlaku esok, hanya tunggu. Tunggu dan terus menunggu sampai mati.
Mereka, tiada masa nak fikir bagaimana nak hidup. Mereka berfikir bagaimana mahu mati dalam keadaan syahid. Tiada pilihan lain yang mereka mahukan untuk hidup. Hanya hidup untuk mati syahid. Hidup mulia atau mati syahid.
Dan bila tabung-tabung amal diedarkan, otak kita masih ligat berfikir, "Aih, aku ni cukup duit ka nak derma?", "Derma kang, aku sendiri tak cukup makan". Masa tu laaaa baru nak fikir, "Ehh, aku kena buat saving ni...Banyak dah membazir.." Masa tabung tu lalu laaaaa nak fikir, "ehh ehh, aku nak simpan duit buat g haji nanti lah". Masa tu baru nak fikir semua benda. Tahniahlah, syaitan. Sebab kau berjaya menjadikan kami ni tetiba cermat.
Duit tu kau punya ka? Bapak kau punya? JPA punya? PTPTN punya? Abang Najib punya? Yang berkira bang hang tu pasai pa? Allah beri nikmat yang banyak bukan untuk digunakan sesukahati, Allah beri nikmat yang lebih untuk diuji. Kita ni makin jadi lebih rasa rendah diri pada Dia tak, makin rasa nak tolong orang tak? Makin rasa nak memberi tak?
Emo la ni. Marah lah ni. Nak boikot McD, takmo dah minum Milo, taknak dah pakai bedai Johnson & Johnson, tapi semua nak mewah. Tapi setiap hari air liuq nak rasa Chicken Slice Subway, tak cermat! Nak derma sikit, berkira! Berkira!
Bukan takboleh nak belanja untuk diri sendiri. Yang mencukupi sudahlah, bukanlah sampai nak beli buku kat BigBadWolf tu sampai taktahu dah nak beli buku apa! Gunakan apa yang Allah beri secukupnya, tolong family bila ada susah, yang ada lebih, kena ajaq diri salurkan kepada apa-apa yang mendekatkan diri kita kepada Allah. Suka hatilah, taknak infaq pada Palestin, Syria, Lahad Datu, nak infaq buat makan-makan untuk program dakwah ke, spent masa untuk memberi nasihat ke, nak tolong orang susah ke, suka hatilah. Asalkan memberi. Itu masalah kita, aku punya, aku punya, kubur masing-masing. Tiada rasa nak membantu, tiada rasa nak share. Kedekut. Yang lebih kita simpan sorang-sorang. Takut habis, katanya.
Tiada penutup. Buat penutup sendiri.
2 comments:
sentap.senyap.mantap
Sentap.
Post a Comment