Friday 22 March 2013

"Awak pilih dia berbanding saya?"

"Kenapa kan, perasaan kecewa tu mesti wujud?"

Kecewa boleh jadi sebab banyak sebab. Secara dasarnya, kita kecewa sebab kita tak dapat apa yang kita nak. Tapi, aku tetiba rasa gatal tangan nak menaip kenapa kita rasa kecewa dalam perhubungan. Ceh, rasa macam kaunselor orang kahwin tiba-tiba.

"Sedih kut dia buat aku macam ni...sampai hati dia...Serius aku hampa dan kecewa dengan dia."

"Kecewa sangat bila dia pilih orang tu berbanding aku, apa hebat sangat orang tu banding aku?"

"Tak sangka kau boleh buat macam ni weh. Wa rasa kuciwa dengan lu a".

Kenapa kita kecewa? Banyak benda boleh menyebabkan kita kecewa dalam perhubungan. Tapi hari ni aku nak lebih fokus apabila kecewa dalam dakwah.

Kecewa dalam dakwah.

"Kecewa sangat sebab last minit tetiba ramai tak jadi datang..."

"Akak rasa kecewa sebab awak pilih akak tu banding akak. Kita kan dah lama kawan?"

"Ana rasa kecewa sebab ana tak terpilih untuk jadi mas'ulah"

Mungkin, seorang ikhwah/akhawat jarangkali mengungkapkan perasaan ini secara berterus-terang di hadapan orang lain. Tetapi, di sudut hati..pasti ada perasaan macam ni...

Kenapa perasaan kecewa boleh wujud dalam dakwah?

I don't have any other reason except...niat kita buat dakwah...mulut mungkin kata lillahitaala, tapi hati tak kongruen...dari satu sudut hati kita yang kita belum terokai, kita sebenarnya mahukan perhatian...mahu dilihat sebagai satu figur yang bermanfaat kepada manusia lain. Ini adalah teori psikologi yang aku belajar, teori Kognitif Piaget. Eh ke Humanistik. kahkah. Tak ingat. Tapi mafhumnya gitulah..kita akan react untuk diperlihatkan dengan perangai yang baik-baik dan molek belaka depan masyarakat. Sebab itu bila buat jahat kita akan rasa malu!

Dan bila kita buat kerja dakwah sekalipun, mudah benar kita rasa sedih, hampa, kecewa bila kita dah cuba menyampaikan syahadatul haq dan berkorban sepenuh tenaga dan masa kita hanya untuk dakwah! Kenapa jadi macamtu? Kerana niat dan tujuan kita belum cukup jelas. Matlamat, visi dan misi kehidupan kita berada di dunia ini masih belum ditetapkan dengan terperinci. Hanya menunggu apa akan berlaku pada esok hari, dan tidak berusaha mencari apa yang sebenarnya hati kita nak. Kita tak cukup tanya fitrah diri, apa yang kita sendiri nak. Dan disebabkan tiada matlamat yang jelas, niat mudah tersasar. Mulut lillahitaala, hati limanusiaitaala. Parah!

Kita mengharap adik-adik kita semuaaaaaa suka pada kita, tapi bukan itu tujuan kita jadi murabbi mereka.
Kita mengharap kawan-kawan kita juga boleh join jalan ini tapi niat hanya sebab etlis kita ada geng dalam satu kos (?)
Kita mengharap mad'u kita untuk menerima nasihat kita dan berubah menjadi lebih baik walhal kerja kita bukan untuk ubah orang!
Kita mengharap adik beradik kita untuk ikut sama menjadi seperti kita walhal bukan kita nak mereka transform menjadi diri kita pula.

Kita berharap dan terus berharap. Tetapi kita silap, silap meletakkan harapan. Yakni bukan pada tempat paling layak kita berharap selain Allah.

Kita bukan nak orang lain berubah. Matlamat utama kita bukan untuk merubah manusia. Itu kerja Allah yang memegang setiap hati dan jiwa manusia. Matlamat kita adalah menyampaikan risalah yang telah Rasulullah berikan kepada kita kepada orang lain. Menghidupkan roh yang mati supaya merasai diri berTuhan. Memberi makna kehidupan yang sebenar sebagai tempat bercucuk tanam untuk akhirat, bukan semata untuk merasai dunia sebagai syurga. Mengenalkan pada manusia siapa Tuhan mereka, bukan Tuhan IC sahaja. Memberi, mengshare pengalaman yang pernah kita lalui demi orang lain.

Sepatutnya tiada perasaan kecewa jika kita meletakkan semua perkara di atas hanya hanya hanya dan hanya kerana mengharapkan redha Allah.

Mardhatillah. 

klise?

Hm. Kalau dah berjaya dan biasa lakukan boleh laaaah nak berlagak klise. kiki.

Memang. Kita manusia lupa dan perlu diingatkan selalu, kita tidak mengharapkan balasan dalam jalan ini. Tidak mengharapkan manusia puji atas jasa dilakukan, tidak mengharapkan orang lain mencatat setiap pengorbanan yang kita lakukan, tidak mengharapkan orang lain berterima kasih sekalipun! Tidak, selain hanya mengharap Allah redha apa yang kita buat.

Biarpun kita dah usaha semampu kita, bukankah Allah yang mengizinkan sesuatu itu berlaku? Sedih, hampa, kecewa itu adalah rencanaNya. Maka, bila bersedih, maka sedang kecewa, pujuklah hati...Pujuk dia, cakap kat dia, "Jika Allah inginkan kebaikan buat hambaNya, dia akan uji dengan kesusahan terlebih dahulu". Mungkin in the end, kita dah cuba gegila habis dan takde sape pun laah yang nak dengar kita berdakwah, kita kena ingat..bukan kita yang beri hasil tu. Allah yang tetapkan hasil. Allah boleh buat semua benda, kenapa Dia nak jugak kita berusaha? Sebab Dia langsung tak heran langsung dengan hasilnya, Dia betul betul mahu lihat usaha kita.

Namun begitu, jangan ler pulak usaha takat tu pahtu habis gitu. Dan cakap, "Aku dah buat sehabis baik dah". Belum. Masih belum selagi nyawa kita belum ditarik, kita belum habis berusaha. Jadilah orang yang berusaha dan buat yang terbaik dalam setiap urusan. Manage, uruskan dengan teliti untuk memperlihatkan usaha sehabis baik itu.

Dengan itu, kekecewaan kita akan terpujuk dengan mudah sebab kita takmo orang laing menghargai diri tapi kita cuma nak Allah kenal kita dengan satu amalan yang istiqamah. Itu je!

p/s : Pesanan kak Fai, nak fefeling, boleh. Tapi 2 minit je! Lepas tu mari menikmati masalah dalam hujan. Eh. (?)

2 comments:

FarizDanialz said...

readed

mmkk said...

Enjoy dengan dakwah, then kita takkan rasa beratnya kerja dakwah.
"Dalam dakwah boleh enjoy, tapi jangan main-main dengan dakwah."
:)