Monday, 31 December 2012

Benarkah anda jaga Ikhtilat?

Bismillahirrahmanirrahim.

"Ee, aku tak suka minah tu."

"Awat nya, kau kenal ke dia? Kau kan baru je masuk sini, mana kau kenal?"

"Ish, tengok pun tak suka, kau tengok tu, mentang-mentang depan dia budak lelaki, selamba dia je borak-borak macam tu. Tak jaga ikhtilat langsung. Dia tau tak ni sekolah agama? Hish. Aku yang baru masuk ni pun jaga kot. Dia kan dah lama kat sini. Kira lama dah dia dengar tazkirah kat masjid duk bebel pasal isu ni"

"Hm..."

"Awat ampa buat muka gitu?"

"Tarapapa, cuma, dari ang duk ngutuk dia dengan aku kat sini, baik angpa teruih tegur dia"

"Ish, takmau aku. Buat apa? Aku bukan kenai sangat dia"

"Hmph. Centu angpa ni pengecut lah."

"Pasai pa pulak?"

"Cakap belakang kutuk dosa orang tu lebih teruk dari buat dosa tu."

It happened. Bukan budak tu nak jadi budak gedik dan suka duk sembang dengan lelaki, cuma, dia datang dari sekolah di tengah KL, semuanya bercampur. Yang mana, nak kira berapa ramai orang pakai tudung, jari tangan dan kaki ni ha lagi banyak. Dia dah terbiasa terlebih peramah. Syukurlah dia akhirnya masuk sekolah agama yang ajar dia erti ikhtilat. Walaupun tak sepenuhnya, tapi etlis bila dia besar, dia tahu apa maksud ikhtilat. Bukan nak cakap apa, ditakdirkan Allah, kawannya yang tadi sibuk kutuk dirinya, menjadi terbalik dari dirinya saat menjejaki menara gading. Kamu, bila itu terjadi, jangan diam dan kutuk kat belakang. Kesian dia. You don't know what she or he had been through. Sebelum nak tuduh melulu dosa dia, duduk dan tanya dia. Be brave.

Tahu tak semestinya faham.

Percaya tak semestinya beriman.

Hmph, aku hari ni, hari terakhir 2012 ni takde lah nak cerita pasal minah tu dan amek port siapa minah tu, dan kabor kan kat korang pasal aib minah ni. Itu cerita dia, cerita aku lain, cerita kau lain. Everyone has their own stories. Tapi, benda ni kita lalui bersama. Sebab kita hidup di dunia yang tidak ada satu tempat yang hanya ada satu jantina sahaja. Err, jangan masukkan asrama perempuan dan tandas lelaki. Itu obvious lah. Sekecil-kecil kolej Tun Syed Nasir ni yang penghuninya 70% ada kaum wanita, ada lagi 30% lelaki yang wujud. Dan, aku benar tertarik nak kongsi pengalaman serta ilmu mengenai isu ikhtilat ni sebab aku sendiri pernah alami. And, I don't want to be so stingy kedekut taknak share apa yang aku rasa. Somehow, ramai dah pernah dengar pasal isu ni, tapi kefahaman itu belum cukup. Terdapat banyak ketidakfahaman yang menyebabkan salah faham mengenai hubungan lelaki dan perempuan ini. Sebelum itu, aku mohon seribu kemaafan, ini adalah pendapat personal aku  dan aku belum diiktiraf sebagai ustajah, masih bertatih menjadi murabbi dan mutarabbi, jadi jika ada rasa macam salah, bolehlah terus komen, ya.

Ikhtilat. Pergaulan antara lelaki dan perempuan. Ikut hukum asal, adalah haram. Tapi disebabkan darurat, dibolehkan untuk bergaul. Tapi mengikut syariat yang benar, tiada unsur-unsur melampaui batas seperti bertepuk tampar, bergelak ketawa mengilai macam hantu bersama, keluar wayang dan main bowling bersama. Eh, terlebih pulak.



Itu biasa dah dengar. Hm. Tapi ada beberapa silap faham yang sering berlaku.(Highlight : Daie sekalian)

  1. Kes ikhwah-akhawat atau muslimin-muslimat.
    Hm. Kes ini memang selalu sangat terjadi. Bila dengan ikhwah/akhawat, punyalah bersopan santun bertatasusila berhemah siap tukar panggilan dari aku jadi ana, kau jadi enti. Sampai kadang-kadang tersalah panggil awak, kamu. Tersilap tu biasa, sebab kita memang tak biasa macam tu. Takde masalah lah. Tapi kritikalnya bila dengan orang yang kita rasa dia biasa-biasa. I mean, kita tahu dia punya stand pasal ikhtilat ni tak berapa nak faham, so kita rasa boleh nak jadi biasa-biasa jugak? Atau kita mengambil peluang, atas alasan, kalau dengan budak-budak baik ni, mana nak layan sangat, tapi dengan budak gini, kita bukan main peramah, take care, wish u luck bagai. Hamboi!
  2. Orang yang kita yakin takkan feeling.
    Sama gok, kita rasa bila kita pandang lelaki/perempuan yang kita rasa, 'Ala, setakat dia tu, takde sikit pun rasa nak suka kott'. Padahal, yang kita rasa takde pape tu lah yang paling bahaya! Syaitan berada di sisi atas tepi bawah atas, mengalir dalam darah dan membisikkan kejahatan dari perkara yang kita tak rasa benda tu salah pun dari awal! Contohnya : lelaki auw(untuk perempuan), lelaki yang sudah berkahwin, kawan yang dah ada pakwe atau makwe. Believe me, this is true story. Ada sahabat yang memang jaga ikhtilat, tapi terlepas sebab dia tak sangka akan sangkut sebab budak lelaki tu tanya dia beberapa soalan je tapi akhirnya kedua-dua mengaku suka sama suka setelah lama berkomunikasi maya, syukurlah lelaki tu sudah punya cowok, dan perempuan itu tiba-tiba tersedar dia sedang buat silap. Iya, dari cerita dia itu, aku dapat point ni.
  3. Unnecessary conversation.
    Contoh : Eh, tadi aku nampak kau kat court bola tampar, kau selalu turun main tenis ke weh?
    Hmph. Sama jugak dengan kes bila si perempuan letak post kat fb atau twitter, unnecessarily like, retweet, favourite dan comment mampu merosakkan hati si perempuan, hm, lelaki itu juga, barangkali. La, takpe lah, tak rugi duit pahala pun nak like-retweet bagai ni. Em. Memang, tapi menambahkan amal dan iman kau ke? Krik krik.
  4. Request nak tanya soalan dan mintak tolong.
    Memang, lelaki punya kekuatan itu melebihi perempuan yang diciptakan sifatnya lemah. Tapi, tak perlu kot semua benda pun nak mintak tolong lelaki. Sampaikan nak belikan makanan kucing pun kena mintak tolong budak lelaki. La, sampai gitu sekali? Iye lah, nanti kucing tu nak makan apa? Allah dan siapsiapkan rezeki kucing tu, dop perlu risau lah dia mati sebab kita tak bagi dia makan.
    Sama jugak bila kita rasa ada lelaki yang macam hotsetap nampak terpancar kesolehahannya pergh, ciri-ciri suami mithali laaahh, masa tu lahh nak tanya macam-macam soalan agama. Hm. Padahal, masa Kuliah Tanyalah Ustaz, takmau pulak tanya ustaz tu masalah-masalah gitu. Ok, secara realitinya, memang kita banyak persoalan, tapi cuba try test uji kaji untuk cari kawan-senior sejantina yang kita rasa dia ada ilmu yang banyak yang boleh kita tanya. Kalau tak boleh, dia akan tolong carikan. Tak boleh jugak, kita sama-sama tanya ustaz, ok? Macam tak nampak je ruang keperluan tanya lelaki yang belum ada pengiktirafan ijazah sarjana dalam bidang agama itu. Sekian.
  5. Orang yang kita tak kenal.
    Hm. Mentang-mentang kita tak kenal lelaki tu, duk senanglah nak ngomen ngomen romen lebih terlebih dari biasa. Atas alasan, takpe lah weh, dia mana tau aku ni sape, takdenya dia nak suka aku tetiba je ke aku rosakkan hati dia. Hamboi lah. Orang duk cakap cinta tu buta. Memang buta sangatlah tu. Tak perlukan mata untuk kenal orang tu pun angpa boleh je nak bercinta sakan. Tak perlulah kenal sangat pun boleh jadi penyebab anda terlebih peramah sangat berbanding sejantina. Haih, syaitan tak attack mata je tau, paling parah dia attack hati. Masa tu lah makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah.
  6. Kaum lain.
    Mana boleh, dia India nama Mark ke, tetap kena jaga pergaulan. Takkan atas alasan dia bukan Islam, kita boleh bergaul dengan dia terlebih-lebih borak, tertampar terlebih, keluar jalan-jalan pulak, nak tanya terlebih dari keperluan? Tetap tak boleh. Ingat takde ke kes orang non-muslim bercinta dengan muslim?
  7. Alam penuh maya fantasi imaginasi.
    Hmph. Well said. Tak cakap apa dah well said. Erk. Ini masalah zaman marcapada kini yang menyajikan pelbagai bentuk komunikasi. Awalnya henfon guna sms2, pastu era Friendster dan Myspace, sekarang lagi hebat, era Facebook, Twitter, Instagram. Senang je nak tegur orang sana-sini. Sungguh, dipermudahkan jalan komunikasi tidak berbayar ini Namun, sayang seribu kali sayang, peluang yang dikurniakan ini tidak sepatutnya digunakan kepada medan yang salah. Senang sangat nak komen unnecessary, 'Eh, kucing kau demam? Kenapa dia demam?', 'Eh, awak main hujan, tak demam ke, bukan awak selalu demam ke?', 'Eh, semalam aku pergi cafe tu, taknampak kau pun, kau tak makan malam eh'. Unnecessary. Indikator perkara itu tidak perlu adalah : adakah itu menambahkan amal & iman kau serta orang lain?
  8. Jantina lain yang suka mulakan dulu.
    Eh, bukan salah aku, dia yang start dulu. Aku jawab je. Ok betul, Islam tak ajar kita jadi kurang ajar dan sombong tapi Islam juga tak ajar kita untuk buat perkara sia-sia. Cara terbaik, tengok soalan yang ditanya oleh orang jantina lain itu, fikirkan jawapan yang kita rasa dia takkan tanya lebih-lebih dah. Contoh : Weh, esok aku exam, doakan aku. Jawab gini cukup, : Ok.InsyaAllah. Jangan cakap gini, : Oh, kau exam apa esok? Start pukul berapa? Kat mana? Kau dah tahun keberapa? Kau belajar mana? Aku pun nak exam jugak ni. Hmph.
Hasilnya terjadilah bermacam-macam jenis penyakit hati, penyakit jiwa, penyakit gila bayang, penyakit kurang iman, penyakit tak fokus, penyakit lupa diri dan sebagainya. Menganggu perjalanan dakwah dan tarbiah kita. Yang mana akhiraya membuang kita jauh-jauh dari jalan ini. Nauzubillah.

Bila Allah kata, la taqrabu zina, Allah really mean it. Allah tak jadikan peraturan-peraturan itu memudaratkan kita. Sebab Allah tau, betapa lemahnya kita bila bab hati yang melibatkan jantina lain ni. Allah tau...Sungguh Allah tau kita manusia lemah dan pelupa dan tak berdaya nak tolak hizbun syaitan ni. Allah tau.. Sebab itu, kita kena cegah sebelum perkara itu merebak menjadi lebih teruk. Ini antara penyakit selain penyakit riak, tak ikhlas, hasad dengki, ragu-ragu yang aku rasa perlu diambil serius. Ini bukan main-main nak perli orang tapi ini betul-betul nak bukakan mata orang. 



Terutamanya, kamu. Kamu yang mengaku untuk menjadi muharrik, daie, murabbi, khalifah dan a'bid, kamu perlu elak perkara ini dari berlaku. Mungkin betul, Allah akan uji kamu dengan pelbagai jenis ujian dan mungkin kamu terpilih untuk diuji dengan perkara begini, namun berusahalah. Orang beriman itu tidak mencari alasan untuk melakukan usaha yang mendekatkan dirinya dengan Tuhan. Jika hal ini tidak dipandang  serius, kamu akan menyebabkan dakwah itu kelihatan busuk, memperlihatkan orang usrah ni boleh tahan miang, menampakkan ketidaksempurnaan Islam itu sendiri. Itu sudah menjadi fitnah bukan pada kamu sahaja, malah kepada Islam itu sendiri. Aku memberi nasihat, bukan kerana aku baik. Benar kata Imam Hasan Basri, aku cuma terpanggil untuk share apa yang telah aku pernah alami, beberapa kesilapan dan teguran yang telah Allah tegur untuk mentarbiahkan diri penuh kekurangan ini. 

Jangan disebabkan ujian ini, menjadi indikator yang Allah tidak mahu kamu berada di jalan ini....Jangan sampai begitu sekali.
.

"Dan kalaulah mereka mahu keluar (untuk turut berperang), tentulah mereka menyediakan persiapan untuknya; tetapi Allah tidak suka pemergian mereka, lalu dilemahkanNya semangat mereka, dan dikatakan (oleh Syaitan): "Tinggallah kamu bersama-sama orang-orang yang tinggal".
[9:46]

Sedih...mohon tadabbur surah at-Taubah ayat 41-47 untuk melihat kedudukan kita dalam jalan dakwah ini..

p/s : mohon maaf atas kekurangan. moga apa yang diniatkan di hati ini, masih tetap subur untuk saling memperingatkan. Dijauhkan niat menulis untuk menghina status mana-mana manusia lain. Selamat menempuh exam dan selamat menjadi 21. Erk. 

8 comments:

BintangHati said...

sentappp >< hehehe. insyaAllah jadi pedoman :D thanx kakak tomey2

~NARA~ said...

so true..
jazakillah akk

Anonymous said...

hmmm really need this. thanks. :)

Anonymous said...

u really got ur point there. betul, kalau kite tak melayan and tak limitkan perbualan kita bnde tue akan jadi meleret2 smpai tak sudah. and seriously sume point tue mmg realiti sbb jadi kan diri. huhu.

Anonymous said...

sangat2 setuju dgn semua point tu..sbab mmg dah trkena pun kat dri ni...bila bca blik,ermmmm..sesuai sgt utk pringatan semua org,,,tkut bnda yg kita anggap biasa sja sblum ni akn jadi luar biasa plak..thnks a lot ats coretan..

Unknown said...

hupmh,, mmg perh.. terbaik!!

Anonymous said...

Mohon share yaa

Anonymous said...

Mohon share yaa