Saturday 3 September 2011

Ada apa dengan Ikhtilat ?


Come on. You can do it bebeh.

....
...
..
.

(sigh)

Allah akan terus dan terus dan terus menguji sehingga benar-benar terbukti keimanannya. Kalau orang yang beriman pun akan terus diuji, aku yang, yang..yang..(sigh) Itu pun sepatutnya aku bersyukur sebab Allah masih mahu tarik aku dan tak biarkan aku hidup dalam bersenang-lenang dalam kesesatan dan kekufuran.

Ok. Selamat kembali ke sekolah kawan-kawan. Sudah merata-rata kawan-kawan aku pergi, ada yang pergi Johor, Perlis, Sarawak, Kelantan dan semualah. Yang duduk kat UM tu, diam-diam je lah korang kat situ. Dan untuk aku, hehe.

Aku adalah orang yang US yang bakal berpindah ke UK.

Tapi tiada mood langsung nak kemas. (sigh)
Semua salah Sims sebab taknak bagi aku berhibur sekejap menghilangkan aku dari dunia kejap.
Haha.

----------------------------------------------------------------
Nak senyum kejap. Kawan-kawan yang dicintai kerana Allah sekalian. Jagalah hubungan anda dengan Allah juga dengan manusia. Sejantina mahupun tidak sejantina atau tiada jantina. Jagalah ikhtilat anda. Jangan pandang remeh terhadap perkara ini. Kerana perkara yang anda sangkakan kecil ini mampu merosakkan anda dan juga masa depan dan juga maruah anda.

Ada apa dengan ikhtilat?

Hubungan antara lelaki dan perempuan. Dalam islam, tiada urusan, haram untuk berhubung. HARAM. Itu yang aku belajar sejak kecil sampailah aku besar. Tapi setakat mana sebenarnya aku benar-benar faham? Dan setakat mana juga anda paham? Adakah setakat itu? Setakat bila nampak lelaki ala-ala korea, anda tunduk setunduk tunduknya sebab anda tak tahan melihat wajahnya yang ... yang .. subhanallah ! Juga adakah bila ada seorang wanita tudung labuh bersama niqab memanggil anda, wahai si teruna, anda kata pada diri anda, "Jangan, jangan, jangan pandang, astaghfirullah".

Tetapi..bila anda di alam maya.....

Anda yang meletak gambar muka anda dengan di-edit membuangkan jerawat dan menampakkan anda lebih cerah.

Anda marah bercampur suka bila ada lelaki kata anda comel.

Dari marah-marah benci bercampur suka, anda berkenalan dengan lelaki itu.

Anda, si gadis yang menjaga auratnya di luar. Sedikit pun anda takut untuk dedahkan aurat anda.

Dia, si teruna yang tak sanggup memandang wanita dan lebih sanggup melanggar dinding untuk mengelakkan diri dari wanita.

Anda berkenalan dengan dia.

Syaitan menyaksikan.

Allah juga...SENTIASA menyaksikan anda.

Dari tiada apa, syaitan memujuk anda, "takpe, dia takkan ada perasaan nyaa kat kau, dia kan lelaki baik".

Menjadikan anda ada apa, nafsu anda membuak-buak.

Syaitan juga bisikkan pada si dia menampakkan yang hodoh menjadi cantik

Dari tiada, menjadi ada.

Mulalah si dia curi gambar anda untuk menjadi tatapan sebelum tidurnya.

Anda pula, sudah mula membayangkan cerita fantasi bersama dia.

Dari tiada, menjadi-jadi.

Anda rindu dia.
Dia rindu anda.
Anda sayang dia.
Dia sayang anda.

Syaitan tepuk-tepuk gembira.

Mungkin dah ada parti doa selamat untuk meneruskan rancangan jahatnya pada anda dan dia.

Mula bertukar-tukar nombor telefon.

Tanya, dah makan? Dah tidur? Dah mandi?
Mana pendirian anda dalam ikhtilat?

JIKA TIADA URUSAN ITU HARAM, BUKAN?

Anda kata, tak apa sebab takde lagi bab-bab lucah dan romen2.

Anda tetap anda.
Masih menutup aurat. Masih menghadirkan diri ke usrah seperti biasa.

Dia tetap dia.
Masih menundukkan pandangan. Masih terus berkobar-kobar untuk berjuang ke Palestin.

Tapi hati anda dan dia sudah kotor.

Anda terus menyampaikan dakwah tapi dalam masa yang sama anda berhubung dengan lelaki yang bukan halal untukmu.

Anda kata, tak apa, dia ada niat nak kahwin dengan anda.
Dia kata, lagi  7 tahun.

Jadi? Dalam tempoh itu, adakah anda dan dia dihalalkan untuk berhubung?

Eh, si teruna, kenapa kau tidak berani dan mahu terus berjumpa wali nya?

Mengapa mahu menjaja imannya dan imanmu sendiri?

Dengan alasan, mahu berkenalan sebelum kahwin?


Mana Allah ghoyatuna ?

Bila dakwah anda tidak menjadi, anda salahkan mutarabbi anda

Tapi anda lupa, dakwah itu takkan benar-benar berkesan,
jika si murabbi itu masih belum cukup bersih..

Astaghfirullah...

Anda teruskan . . . Anda fikir apa yang berlaku selepas itu . . .
Anda bijak untuk berfikir... tak perlu saya ulaskan..



Anda lupa. Allah tak memandang fizikal, tapi Allah memandang yang dalamnya. Apa guna wahai si gadis, kau cantik berpakaian tutup aurat tapi dalam hati kau ada nafsu yang kau tak boleh kawal? Mencantikkan yang luar itu sudah cukup susah. Tapi mencantikkan yang dalam memerlukan pengorbanan.

Jangan jadikan anda fitnah ! Anda wanita, anda budak usrah, dan lebih utama, anda orang beragama Islam.

Tiada kaki : Tiada mood mahu berkaki-kaki. Selamat berfikir.

5 comments:

farizaat said...

Syukran Zety! sangat membuka minda. =)

Aimi Zainudin said...

hebat!!! (:

Fatin Filzati said...

yes, post yang berani dan membuka mata.

semoga Allah meneguhkan kita di jalanNya.

thanks sahabat!

Matatahahari said...

To Ijat , Aimi , Filz . .
HAHA . Amek lah iktibar dari kisah ni. semoga membuka mata dan minda anda dan anda . Jangan jadi wanita yang hanya berangan nak jadi mawar berduri tapi hati tu tak bersih . cewaaahhh laahh!

@Fr!^n@ said...

Subhanallah...
kenapa selama ini tak perasan tentang ini...merasakan ianya remeh.. :(

Terima Kasih kerana membuka mata saya.. dan semoga ianya menjadi pedoman dan iktibar untuk diri saya jua...insyallah