Assalamualaikum .
8 Syawal 1432 H bersamaan 6 September 2011 .
Tiada apa mahu dikatakan . Oh, semua buat post Selamat Hari Raya. Haha. Jadi Selamat Hari Raya Aidilfitri. Taqqaballahu wa minna wa minkum ! Maaf kalau ada buat salah . Alhamdulillah. Tahun ni raya sangat sederhana tapi raya ni lah raya yang Terbest . Hm, adakah kerana akhirnya aku beraya juga kat kampung di Tangkak , Johor. Ataupun kerana semua saudara aku yang selalu pulang ke kampung belah sana akhirnya berkumpul pada raya ini. Ataupun kerana Ramadan ku adalah yang terbaik yang pernah aku ada ? Itu lebih penting, bukan. Hari raya adalah perayaan untuk orang - orang yang berpuasa dan beramal pada bulan Ramadan dengan baik . Subhanallah, memang terasa lain kali ini. Dan raya tahun ni, adalah paling kurang kutipan raya, mungkin aku sudah bertambah matang, HAHA , ataupun kerana aku sengaja melarikan diri ke tempat lain bagi mengelakkan diri dapat duit raya .Weho ! Dan, bukannya banyak rumah yang aku pergi tapi ramai yang datang rumah aku adalah orang yang memang aku mahu jumpa. Well, is not the number of friends that count but the quality of friends are the one you want. Alhamdulillah. Allah masih beri banyak benda yang aku tak sempat nak bersyukur.
(^^,)
Gudboy (abaikan di belakang itu) HAHA
Keluarga Pakde dan Makde bersama cucuS yang lincah
Ehe . Gambar spesel di pagi raya . HAHA
Balik rumah pada 2 Syawal bersamaan 31 Ogos pada malam hari , bersepah ( biasalah kan) tapi aku suka keadaan rumah aku yang makin lapang. Ditambah dengan lampu liplap dalam rumah . HAHA. Semua letak kat luar, tapi Mak cakap, "Kita yang nak tengok, kan? Buat apa letak kat luar". Haha. Aku suka, takpayah lah susah-susah melayan kerenah aku yang nak lalu jalan kat KLCC sebab nak tengok lampu-lampu .
5 Syawal 1432 H bersamaan 3 September 2011. Kunjungan kawan-kawan baik kakak dan abang aku di rumah . Aku penyibuk aka penyapu sampah .
Abang Romizi bersama Hanzalah dan Marwa <3
Hero of the Raya - Budak yang suka kiss baby .
6 Syawal 1432 H bersamaan 4 September 2011 . Konon-konon nak buat open house sebab tiba-tiba Mak Tam SMS aku cakap nak datang rumah, (aku tak ajak pun) dengan Ain. HAHAHA. So, alang-alang tu, dengan tak berharapan tinggi sangat aku SMS kawan-kawan baik suruh datang . Memang tak ramai yang datang, tapi macam aku cakap. The quality of friends yang menghargai kita tu yang penting . Cewah ! Entah apa aku nak ajak diorang buat, aku ajak g taman depan masjid. Buat photoshoot. Ahha, so nak syok sendiri lah ni, letak gambar banyak-banyak. Weho !
Dibintangi oleh : Aqidah dan Tahmida
Heh, cantik jugak rumah eden ni kan kan.
Dan juga payung yang er...uzur.. juga ditinggalkan kesunyian.
Serta kaki yang dipakai stokin jari-jari. Aha, comel !
Gadis kampung berpayung.
Hm, wajib gambar macam ni. Sebab tak nampak muka . Haha.
Ain dan Teha yang buat macam rumah sendiri.
Pukul 4 petang lebih-lebih, Ain bersama Teha datang. Ok, ini cerita kelakar. Aku nak hidangkan nasi berlauk sup ayam, tapi Mak suruh masak Keautiaw. Aku malas (alasan sebenar : tak reti masak). Tiba-tiba Teha cakap sambil membuka peti sejuk : Mana Keautiaw? Jom kita masak. Aku macam : HA ? . Siap potong Kucai , cili, udang, bla bla bla. Iye, jangan lupa, mereka ni lah geng kat sekolah yang suka buat kerja gila. Mereka ini lah yang mengajar untuk memonteng kelas dan sorok dalam tandas taknak KP nampak . HAHA. Ok, akhirnya keautiaw tu sedap. Di makan oleh keluarga Momo aka Kak Shafika bersama mak , ayah dan abang . Ok, sangat malu !
Lepas semua dah pulang, datang keluarga yang tak pernah miss datang rumah aku setiap kali raya walaupun sibuk mana si mak dan ayah ini menghantar 2 anaknya , seorang ke MRSM Gemencih dan seorang lagi ke Sekolah Tahfiz di Banting. Hehe. Rasa macam malaikat masuk rumah , haha. Rindu untuk kembali tinggal kat rumah mereka. Hehe. Fatimah oh Fatimah. Tinggal kat rumah diorang masa form 5 selama setahun. Ditarbiahkan dengan keluarga yang boleh dikatakan Baitul Muslim. Keadaan tinggal kat rumah dia, Subhanallah ! Titik tolak aku untuk terus menjadi lebih baik . Ehe.
Jadi hari ini 8 Syawal bersamaan 6 September. Ada yang sudah masuk Universiti tempatan, ada yang sudah terbang jauh g bumi anbiya', ada juga sudah terbang ke sebarang laut. Dan aku bakal terbang ke UK esok hari. Doakan aku. Tak kira mana anda berada, anda adalah anak panah Islam. Berkata hero aku, Saad bin Abi Waqas : Aku adalah anak panah antara anak-anak panah Islam, maka campaklah aku ke mana kau suka. Jadi, selamat merantau menjadi pengembara ke daerah yang baru. Semoga menjadi orang yang berguna kepada Ummah dan bersiap sedia ke hari akhirnya. Panjang pulang intro.
Oh ya, selamat hari jadi kepada Zainal Zulia dan Zarina Zakiah . Si kembar tak seiras, cuma lambat 5 tahun baru keluar ya , Kakyah? Haha. Lanjut cerita dalam blog Kakaf lagi best . Haha.
Mood lagu jiwang. Terima kasih kepada Abang Nal yang ulang lagu ini banyak kali ketika aku sedang tampal stem untuk kad kahwinnya .Weho .Jemput datang 2 Oktober ini di USJ 2 Subang Jaya. Nak kad kahwin, message FB gua. HAHA.
Nota tapak kaki yang ada ketuat : Mari bersemangat untuk menjadi orang yang lebih baik ! InsyaAllah. Everything happens must have the reason. Allah takkan cipta benda tu sia-sia. Fooling around is also a part of learning. Jadi jangan sedih atas perkara bodoh yang anda taktahu tapi anda baru tahu sekarang ia adalah salah. Tak guna menyesal. Mari pandang ke hadapan seperti ayam pandang hadapan. Umi, Ucu takyah jerit-jerit dah, Umi baca ajelah . HAHA.
1 comment:
selamat raye budakk
Post a Comment