Thursday 1 September 2011

Where do your Heart goes ?

2 Syawal 1432 H

Selamat menyambut Eid-ul Fitri. Sudah 2 Syawal bersamaan 2 hari Ramadan-si-kekasih-yang-dirindui-pergi. Teringat lagi, apa sudah aku buat untuk Ramadan kali ini? Berjaya atau tidak jadi orang bertaqwa? Itu membuatkan aku seperti hendak menangis teresak-esak bagaikan si ibu hilang dari pandangan mata si anak kecil. Namun, aku bersyukur kerana telah diberi kesempatan untuk berusaha sehabis baik. Walaupun diganggu dek duduk kat rumah, banyak sungguh dugaan. Biasalah, kanak-kanak hedonisme. Tapi, aku tetap bersyukur kerana aku yang begitu banyak mengingkari nikmat Tuhan, tetap diberi kasih-sayangNya secara terus-menerus tidak berhenti sehingga kini. Alhamdulillah.

Hari ini, 31 Ogos2 2011. Sudah 54 tahun negara Malaysia tanah tumpahnya air ketumbanku jatuh atas lantai hospital ini sudah merdeka. Bebas dari penjajah? Literally? Mahupun hanya mahu memudahkan banyak pihak, itu anda tanya yang lebih bijak sejarah Malaysia ni. Apa yang menarik tentang tarikh ini, aku juga sudah isytiharkan pembebasan diri dari jahiliyyah. Haha. Mungkin benar kata Nabi Muhammad SAW, "Seorang mukmin itu tidak sepatutnya jatuh dalam lubang yang sama buat kali keduanya". Bukan mungkin, memang benar sekali. Namun, aku manusia yang terlalu biasa malah sangat lemah. Terus-terang aku mengatakan, aku telah banyak melakukan kesilapan yang sama, bukan sekali dua, tapi berpuluh-puluh kali. Ok, itu hiperbola. Seperti yang Mak aku cakap, aku ni memang SUKA buat silap. Which is mulanya aku rasa offended tapi lama-lama jadi macam bahan lawak. Banyak faktor yang mempengaruhi, tapi yang utamanya, kerana aku LUPA pada yang sedang memerhatikan aku. Astaghfirullahaladzim...

Jahiliyyah dan Islam itu tidak subsets. Er.. maksud aku, tak mungkin akan bercampur. Jadi, jangan cuba halalkan yang haram dan haramkan yang halal. Janganlah cuba-cuba kata 'Tak apa, aku tak buat maksiat, aku cuma SMS tanya khabar je'. Niat tak menghalakan cara, bro.

Ketika sedang touching sambil air mata berjurai-jurai, timing yang tepat, lagu 'Alhamdulillah' dari Maher Zain telah berjaya memujuk aku.

I was so far from you
Yet to me you were always so close
I wandered lost in the dark
I closed my eyes toward the signs
You put in my way
I walked everyday
Further and further away from you
Ooooo Allah, you brought me home
I thank You with every breath I take.

I'm home, yuhuuuu.

Home is where your heart is. Thank Allah, for bring me back to my home. This is it. Innalillahiwainnailarajiun. Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepada Allah juga kita kembali. Kata-kata yang selalu dan seringkali kita ucapkan bila ada kenalan atau saudara mara meninggalkan dunia yang fana. ( Al-fatihah buat Dina, anak murid Abang Nal yang baru menginggal dunia tengahari tadi kerana kanser ) Tapi jarangkali kita ucapkan buat diri kita. Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali. Itulah hakikatnya rumah sebenar kita. Home is where the heart is. Pergilah anda jauh meninggalkan Dia, pergilah anda merantau sebenua mencari hakikat diri, pergilah anda mencari apa erti hidup anda yang sebenarnya, mungkin anda pergi dari menerima atau menelan hakikat hidup anda dan mengejar duniawi semata-mata, pergi ke mana sahaja anda mahu. Tapi, hakikatnya. Kepada Allah-lah anda, kamu, saya, dan KITA akan kembali. Anda pasti akan kembali kepada Dia. Be it you are muslim, be it you are muslim but not practicing islam, be it what religion you are. Anda akan kembali kepada rumah anda juga akhirnya. Anda tak suka? Ikut suka anda lah. Namun, anda yang pilih cara anda kembali. Dalam keadaan husnul khatimah mahupun suul khatimah? Cara anda pilih adalah dengan berpandukan siapa anda sebenarnya di dunia.



Selamat kembali, NurZetty Sofia. No more hesitation, this is your dream. From dreaming, there's come the reality. Go for it, never let it go anymore !


Sungguh aku malu untuk mengatakan ini. Setelah apa yang aku telah ulang, seperti aku tidak belajar dari kesilapan. Bak kata pepatah, "Sejarah akan terus berulang jika kita tidak belajar darinya". Tapi aku percaya, semua benda yang berlaku, pasti ada sebab Allah ciptakan. Mungkin aku akan ulang juga perkara sama, tapi level berlainan. Sungguh ujian ini diumpamakan seperti main game, anda berjaya, anda naik level seterusnya dan pointer markah anda akan terus meningkat.Bak kata pakcik Rumi, "Hardship may dishearten at first, but every hardship passes away. All despair is followed by hope; all darkness is followed by sunshine" Terima kasih Allah kerana bantu aku pada setiap masa dan detik. Biarpun ketika itu aku buntu dan terasa bodoh seperti aku tidak pernah belajar untuk men-defense diri dari perkara mungkar. Tapi, Allah itu maha Penyayang maha Pengampun. Dia tarik aku kembali kepada jalan menuju rumah-Nya.

Untuk anda, ya. Anda seorang. Anda hanya penyebab berlakunya perkara ini. Saya tidak menyesal atas apa berlaku. Jika anda tetap mahu menuduh saya penipu dalam hal ini, anda fikirkan sendiri. Suka hati andalah, hak anda. Iya, saya ada penipu bila kata ada yang bertanya, takde pun. HAHA. Tapi cara itu lebih baik, bukan? Mungkin silap saya kerana tidak pandai menangkis semua ini berlaku sejak awal lagi. Tapi seperti saya katakan, saya hanya manusia biasa, saya sering buat silap, saya masih lemah iman, saya masih perlu belajar. Dari tulus hati saya, saya memohon maaf atas segala yang berlaku. Lupakan masing-masing, dan teruskan hidup dan perjuangan kita di bumi Allah ini. 

Nota kaki pakai stokin jari-jari : Semua orang dah tukar DP Raya. Haha. Aisehh, takde gambar aku yang fotogenik, semua hodoh ! Tunggu gambar si kacak Hanzalah aje lah ! Sakit tekak yang melampau walaupun dah balun makan Strepsil 3 biji. Mak kata, makanlah empat. Ada pulak. Ok, Umi, Ucu salahkan Umi kali ni sebab Umi tak jaga Ucu dan biarkan Ucu sorang-sorang. Hampir-hampir menjunam dalam bahtera jahiliyah, tau tak Umi. Haha. Tapi mungkin berkat doa Mak dan Umi buat Etty aka Ucu. Iya, semua perkara berlaku pasti bersebab. Mungkin Allah nak Ucu berdikari kali ni, bukan. Umi tak boleh jaga Ucu setiap masa bukan? Huuuu, nak peluk Umi !

3 comments:

Anonymous said...

Et, terharu baca walaupon xdok ketang. ;) may Allah puts ur heart at rest . Happy fighting, yosh! -mus gem-

Anonymous said...

fighting!!hohO~~
DS

Matatahahari said...

Cik kereta Mus'ab, apakah itu ketang? Adakah anda maksudkan kentang? hmm. sedap. haha. Jazakillah khairan kathiran. Biar ia menjadi pengajaran buat aku dan juga anda.

Ye cik DS,
haha. selamat lah anda ke Skudai. Bitaufiqwannajah. chayok bebeh ! I lap uuuu ! muah muaaaah