Wednesday, 6 February 2013

...Buat kamu...

Aku mungkin bukan kawan yang baik, kawan yang bila kamu susah, atau bila kamu senang. Banyak yang aku sendiri taktahu pasal diri kamu. Kalau aku tahu pun, dah terlambat untuk menolong dan saat itu, kamu sedang tergelak menceritakan perihal itu. Aku hanya mampu melihat kamu dari jauh. Entah mengapa, jurang antara kita yang sengaja aku bina itu seakan semakin melebar. Aku melihat kamu punya ramai sahabat. Ramai yang sering menanyain khabar kamu. Ramai yang sayang kamu. Ramai yang mengambil kisah tentang dirimu. Dan aku, aku terasa malu sebentar. Tertanya diri, siapa aku untuk bersahabat dengan orang yang hebat? Banyak kali niatku ingin menegur dirimu terencat dek kerana kerendahan diri yang tidak sepatutnya ini. Tetapi, adakala aku tegur kamu dan sungguh perasaan cinta terhadap persahabatan itu kembali mekar setelah terasa sungguh lama tidak disiram, seperti menunggu masa untuk layu dan jatuh. Aku rindu pada kamu. Dan saat itu, aku berjanji untuk menjaga ukhuwah ini atas dasar Iman.

Aku mungkin tiada apa-apa nilai buat kamu. Tetapi, aku masih ingat lagi saat pertama kali aku disantuni secara tidak sengaja. Kamu mungkin tidak perasan. Tetapi, aku jatuh cinta melihat akhlakmu itu lantas menjadikan aku tertanya-tanya, bagaimana kamu punya akhlak sedemikan rupa? Dari mana kamu belajar? Bagaimana kamu menjadi begitu? Dan aku melihat dirimu sebagai sosok yang punya kisah tarbiyah yang hebat. Setiap kali ada yang bertanya tentang dirimu, aku dengan bangga akan menceritakan bahawa kamulah sahabatku yang paling aku sayang!

Adakala juga, syaitan sering menghasut diri ini untuk membuatkan aku terasa cemburu melihat satu per satu kejayaan yang telah kamu kecapi. Aku cemburu. Ya, aku mengaku. Aku manusia biasa. Aku seakan mahu menjadi seperti kamu. Dan saat itu, aku seringkali akan bertanya kepada Mak, 'kenapa dia dapat semuanya?'. Dengan penuh sabar Mak menasihatiku, 'Orang yang ikhlas, sepatutnya tidak cemburu terhadap kejayaan yang dia mahukan tetapi sahabatnya yang dapat'. Lantas aku beristighfar, memohon Allah untuk mengampunkan dosa ku yang satu ini.

Dear you, I know you are reading this. Kamu selalu kelihatan kuat di hadapan semua orang, namun kamu hanya manusia biasa yang bisa diuji. Split it out. I can be your shoulders to cry. Walaupun hakikat kita jauh, dan secara realistik you can't feel how I do really felt for you. Bila peha kanan sakit, peha kiri akan terasa sakitnya. Walaupun mungkin peha kanan tak kenal peha kiri, hihi. Even I don't how to help you..

Kuatkan diri, ada masa Allah akan uji dengan perkara yang kita sendiri tak sangka akan diuji.

"Dan sungguh, Kami benar-benar akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang-orang yang benar-benar berjihad dan bersabar di antara kamu; dan akan Kami uji perihal kamu" [47:31]



2 comments:

FarhanahAdzlan said...

macam sedihh jee entri ni huhu.
suka quote ayat quran tu dngan hadis tu :)

~NARA~ said...

kadang kala Allah mndatangkan seseorang utk kita mngambil ibrah drpd mereka.

inshaAllah.