Monday, 30 July 2018

Cactus

She may be the rose you loved
Soft, beautiful with a nice fragrance
And I am  just the cactus that you hated
Thorny, ugly and hard

But you know,
It's not that bad to be a cactus
Cactus can stay longer and grow bigger
Whilst you need to cut the rose to grow a new rose
Cactus is being honest with the visible thorn
While roses hide the thorn whenever you touch it

And let me tell you something,
Not all cactus are ugly
Each of it has their own features and identity
And that uniqueness are beautiful on their own way

And if you can't appreciate the beauty of it
Some other people will
That person will just truly adore the shapes
And appreciate it well





Saturday, 10 March 2018

These Days


Well, I know you will never see this. 
But yesterday was the day.
And it broke my heart for what had happened
But I just can't sit down doing nothing
Maybe, this is the best that I think I can do
Just, maybe.


Wednesday, 11 October 2017

BEBEL TAK BERMAKNA

Aku bila dah dapat mood nak bebel ni susah nak berhenti.

Yelah, aku bukan apa. Dua tiga menjak ni, laju je sebenarnya jiwa berkata-kata. Perasanlah tu diri rasional. Mentang-mentang bukan masalah aku. Kalau jadi ke aku, rasanya aku yang pertama akan melenting dan mengamuk serata masyarakat di sekeliling. Haha. Exaggerate sangat. Aku sebenarnya rasa kehidupan aku tak terusus eh terurus. Macam sebenarnya banyak kerja bertangguh yang perlu disiapkan, aku tak siapkan. Bila tak terurus kerja hakiki, benda lain akan affected. Mana tang masa aku nak berjogging (dah rasa sakit sebab perut berlipat lemak banyak, jalan sikit dah mengah, makan sikit dah pandai nak tambah - entahlah cacing ke raksasa yang ada dalam aku ni), mana morning coffee routine aku kalau lepas subuh kecundang, datang ofis sama timing dengan CEO. BAD HABIT! Semalam dengar ceramah, katanya kita sepatutnya jadi umat pertengahan yang menjadikan khalifah memakmurkan bumi. Tapi lebih je jerit slogan DAKWAH, JIHAD FI SABILILLAH hm tapi kerja-kerja tak amanah, masuk kerja lambat, buat kerja sikit, mengular je banyak. Cemana kau ni?

Okay dah, aku nak cerita benda lain. Tapi dah takde mood nak cerita. Nak buat kerja. byeeee

Thursday, 14 September 2017

Drama Tak Berapa Nak Pilu

Semalam petang huru-hara. Dengan tiba-tiba boss wassap tanya kenapa buku klien tak sampai-sampai. Lepas tu slip yang ada tracking number pulak entah mana aku campak. Aku macam rasa ada terselit tapi macam lebih yakin aku dah gumpalkan dan masuk dalam tong sampah tempoh hari. Haih, masalahnya kecil aja dong tapi menyusahkanlah dan menunjukkan aih cuainya kau ni. Benda kecik pun takleh nak uruskan dengan baik.

Balik petang tu, ada construction kat jalan nak masuk Jalan Tun Razak. Aku taknak pergi kiri or kanan. Aku nak pergi tegak. Tapi jalan tu ada kiri or kanan. Salah calculation dan tak sempat nak fikir, aku belok ke kiri. Masuklah balik jalan nak menuju PWTC yang sudah sedianya sesak, orang balik kerja. Pastu menyesal, aih awat tak p kanan tu. Kan ada jalan belah kanan tu nak pergi tegak. Okay takpe, minyak tinggal satu bar. Tapi aku masih rasa selamat sebab tempat dituju tidaklah begitu jauh. Lek je. Al-maklumlah penanda minyak kereta aku tu tak reti nak berkelip walaupun katanya tinggal 15 km je minyak tinggal. Bukak Maps, katanya samada ikut Jalan Pahang atau u-turn semula kedua-duanya menujukkan ETA sama. 

Tapi aku gatai, aku naik DUKE yang sebelah HKL tu. Mengikut pengiraan ikut suka tak berasas, ingat boleh tembus sehingga ke exit Setiawangsa. Alkisahnya, jalanraya tersebut tak habis siap. Samada kau kena pilih nak masuk jalan menuju ke Ipoh atau ke Gombak. Masa tu rasa macam diluah mati emak, ditelan mati bapak. Minyak masih tak berkelip. Maps kata ada lagi 13 km. Masa tu pandai pula dia kata minyak 13 km. 

Dengan terpaksa masuk jalan Bandaraya tu, haih aku pun dah mati kutu. Ada juga yang kena tolak kereta ke cemana.

Masuk exit Jalan Kuching, nasib ada stesen minyak Petronas. Fuh lega. Sempatlah isi, lega hati. Tapi ini janji pukul 6.15. Perjalanan yang sepatutnya 15 minit jadinya 35 minit. Maka terpaksalah kembali ke jalan PWTC, takpelah. Kena juga lalu tol AKLEH tu. Takde masa nak sedih-sedih kena bayar tol sebab salah pengiraan. Tulah, tak caye lagi Maps kan. Masa tengah tengok Maps tu, tak perasan kereta depan lama dah pegun, aku je berhalusinasi nampak macam tengah gerak, maka automatik kaki kanan menderum menekan minyak. A split of second! Masa tu rasa macam masa bergerak lambat, macam bila kau tengok cerita kalau kena tembak tu, peluru tu bergerak perlahan dan hero berjaya tarik heroin ke tepi. Sipi! Ha, macamtu lah aku bila kaki aku sempat tekan brek mengejut. Berbunyi juga. Jatuh kesayangan laptop aku kedebuk! ke depan. Jantung aku tiba-tiba berdegup laju seolah ada lelaki yang diminati lalu.

Istighfar. Allahu, banyaknya dosa. Kenapalah jiwa tak tenang ni.

Kala itu, aku sedang risau kalau-kalau laptop mendapat kecederaan. Kalau benar ianya cedera parah, entah mungkin aku tak rasa sanggup nak meneruskan perjalanan nak habiskan tesis. Sempat aku fikir, hmm berapa banyak kena bayar semula ke biasiswa. Merepek perempuan ni kalau fikir.Sambil menunggu lampu isyarat nak hijau, sempat aku memeriksa laptop. Fuh, nasib masih selamat. Kalau tidak, takde lah aku berjaya tulis blog ni. Kalau tidak, menangis berlagu pilu setahun.

Tak payah nak drama sangatlah.


Sunday, 2 July 2017

Apa Saya Belajar dari Nabi Yusuf

Hello, hello 
Can you hear me as I scream your name? 
Hello, hello 
Can you see me near and far away?



Dah seminggu lebih Ramadhan meninggalkan kita. I guess this is the year, I felt something is happening inside me that I wished that Ramadhan can stay a little bit longer. Raya best, happy, seronok, memacam benda buat tapi entah kenapa rasa jiwa hambar. Tapi nak mengaku rindu pun, hm pirrahh macam gaya tak rindu puun. Kalau rindu, amalan biasa yang dibuat masa Ramadhan tu tetap diteruskan ye dok. Ini takkkkk. Yeke kau niii rinduuu.

Rindulah, betul ni.

Takpelah, masih mencuba. I guess Iman aku belum kuat yang boleh terus menangkis hasutan syaitan dan nafsu sendiri untuk menjadi seperti di bulan Ramadhan. What to expect? Tahun sebelum banyak buat dosa dan maksiat. Nak kikis balik dosa lama tu perlu masa. Bukan sebab Allah tak ampunkan. Tapi the act of cleaning itself, it needs effort and consistency of a person. Allah bukakan pintu, kita yang decide untuk masuk, tempuhi dan berusaha dalam jalan yang dibuka. Dan Allah tak pernah janji perjalanan menjadi baik ini mudah. Not at all. Dia cuma janji, Dia akan ada saat kita senang susah. Maka bila perjalanan bukan mudah, kita kena ada mindset yang kena juga lawan.

Carpe diem!

Raya ni macam sempat baca kisah Nabi Yusuf dalam Surah Yusuf. Aku rasa, surah ni paling susah nak baca, entah kenapa semacam terbelit-belit lidah bila baca. Every single time! Masa last mukhayam tema pasal Yusuf. Hah, kalau kau tanya aku masa tu aku punya kepala ingat kisah Yusuf dan Zulaikha je ngahahaha. (padahal takde pulak sebenarnya riwayat sebenar pun yang cerita tentang Zulaikha menjadi isteri ke kekasih. Might be israiliyat - yang direka buat tambah perisa). Lepas habis Mukhayyam baru tahu banyak ibrah dan kisah tarbawi untuk menjadi bekal buat diri. Jangan tanya aku semua point laaa, mukhayyam tu tahun lepas k, sumpah tak ingat sangat. Hahahaha.

Tapi bila baca semula surah Yusuf, baru macam gather sel-sel neuron aku.

Yusuf dan Dengki Abang-abangnya

Semenjak Nabi Yusuf masih kecil, hidup baginda tidak pernah tak susah. Kedengkian abang-abangnya atas kasih yang ayahnya, Nabi Yaacub limpahkan seolahnya berat sebelah. Padahal sebenarnya siapa yang nak bias terhadap anak-anak, cuma mungkin Nabi Yaacub tahu Yusuf ni special kerana dia Nabi (mungkin). Sanggup abang-abang dia buat rancangan jahat yang keji, buang dia dalam sumur di hutan. Weh, keji kot. Balik rumah, siap menipu ayahnya tanpa rasa bersalah kata dia dimakan serigala.

Isteri Al-Aziz yang Tamak

Nabi Yusuf kemudian dikutip untuk dijual di Mesir. Masa tu, takde siapa pun berminat kecuali seorang pembesar bernama Al-Aziz untuk dijadikan hamba/budak. Baginda membesar bersama Al-Aziz dan isterinya. Seterusnya diceritakan pula isteri Al-Aziz berkemahuan padanya, dan baginda turut mempunya perasaan yang sama TETAPI kerana Nabi Yusuf sangat TAKUT pada Allah, baginda menolak dan berlari dari godaan tersebut. Isteri Al-Aziz mengejar dan akhirnya terkoyak baju Yusuf dan ditakdirkan pintu dibuka rumah dibuka dan terkejut Al-Aziz dengan kejadian tersebut. Menangis teresak isteri Al-Aziz, katanya Yusuf yang mengodanya! Sama macam abang-abang dia, without any sense of guilt! Kemudian datanglah saksi yang kata kalau ianya dari depan, maka Yusuf yang bersalah tetapi jika koyaknya dari belakang, maka isteri al-Aziz yang berdusta. Maka, apabila melihat kejadian itu, al-Aziz melepaskan baginda dan isterinya begitu sahaja.

Yusuf Redha untuk ke Penjara


Pastu makcik-makcik kat Mesir ketika tu mula lah gosip dan memburukkan isteri Al-Aziz dan isterinya ini naik berang maka diadakan satu majlis yang mengumpulkan ramai makcik-makcik ni. Inilah kejadian depa potong buah pastu tak perasan terpotong jari sendiri sebab terpukau dengan kehenseman Nabi Yusuf. Haa lepas tu isteri Al-Aziz cakap, "Ha tulah korang tak percaya, ya memang aku tertarik dengan dia tapi dia tolak aku dan kalau dia masih nak menolak aku, aku akan masuk kan dia dalam penjara". Seolahnya masih nak dan tak insaf.

Dan Nabi Yusuf jawab pada Allah, "Penjara lebih aku suka dari memenuhi ajakan mereka". Dan akhirnya baginda pun masuk ke penjara.

Sel Otak Cepia Berhubung

What I'm thinking is if this happened to us, we could fall into depression kot. Could you imagine dari kecik kena tuduh sampai besar tentang perkara yang tak dibuat. He has valid reason to be angry or to be somewhat bad person. Of course, dia Nabi kita bukan. Tapi there are many things we can learn from it.

Dulu, aku selalu fikir yang kalau sesorang tu jadi jahat bukan atas pilihan dia sendiri. Mesti ada kisah silam dia yang membentuk dia jadi macamtu. I was alwayyys think no one wants to be bad if they had a choice. Satu sudutnya bagus sebab kita cuba mengajar untuk tidak bersangka buruk berlebihan pada orang lain tetapi tak bagus untuk diri kita sebab seolahnya nak buat alasan!

Dalam kehidupan kita, takde pun Allah tinggalkan kita dengan HANYA satu pilihan. Dia tak zalim, dia sentiasa beri kita dua pilihan. Which most likely pilihan yang baik itu lah yang paling menyakitkan paling susah, paling perlu mengorbankan diri, paling menyusahkan seumur hiduplah! Dan ramai antara kita yang tersangkut, kita ditipu syaitan.......kita rasa pilihan kita ada satu dan kita terdesak dan darurat sebab waktu itu kita diuji begitu hebat sekali.

What if Nabi Yusuf tak memilih penjara dan instead meredhai apa yang ingin dilalukan isteri Al-Aziz. Kalau Nabi ni manusia biasa, yang iman pun compang-camping, yang kalau kena hasut sikit lemah galau jiwa, yang takde pandangan akhirat dan fikir dunia macam kita. What if? Woh seronok lah kita kan, dah jadi mangsa tapi dapat merasai kemanisan dunia. Mungkin, kalau lepas tu diberinya lagi kemewahan, diberinya pangkat hanya sebab alasan kita, 'ALA TERPAKSA! BUKAN NAK PUN!'.

Alasan!

Padahal kau sendiri nak rasa nikmatya dunia yang sementara tu, padahal kau sendiri taknak rasa susah, padahal kau sendiri takboleh nak korbankan diri kau, tak boleh nak endure sikit, tak boleh nak sabar sikit. Tak, kau taknak pilih susah demi akhirat kau sebab kau tak pernah letak pun akhirat dalam otak kau. Kau tak tahu pun mana kau letak Allah pun.

Memang, jalan yang lagi satu, yang lebih tak menarik dan tiada tarikan. Seolahnya kau tak nampak ada hasil pun. Kadang tiada alasan lain selain hanya itu sahajalah jalan yang Allah redha. Takde sebab lain dah. Dan beruntungnya kau, kalau akhirnya kau pilih jalan yang susah tu sebab Allah je.

Tak ramai pun akan pilih jalan susah, ramai yang gagal termasuklah aku.

Jalan susah itu, jalan yang memang tak nampak ada keuntungan di dunia. Tetapi kau tahu Allah redha, dan kau tahu Allah pasti membukakan jalan yang lebih baik untuk kau tanpa kau boleh bayangkan pun dari mana, bagaimana, kat mana dan macamana.

Yusuf Akhirya Keluar dari Penjara

Setelah Nabi Yusuf masuk penjara, baginda berjaya takwilkan mimpi raja Mesir waktu itu dan AKHIRNYA membersihkan namanya dari fitnah isteri Al-Aziz, dan boleh minta nak jadi apa. Power tak power, baginda tahu kelebihan dan memilih menjadi gabenor. Dan tersebutlah kisah abang-abang dia datang untuk menerima jatah (gandum) dan baginda sempat memberi pengajaran pada abang-abangnya yang pernah kena kan baginda dan akhiranya kembali berjumpa Bunyamin dan ayahnya, Yaacub. Itulah mimpi yang diceritkan pada ayahnya pada usia yang masih kecil; sebelas bintang, bulan dan matahari sujud padanya.

Kau rasa, kalau kau kena masuk penjara sebab nak larikan diri dari fitnah. Kau cuma fikir this is the end of it. Nak hidup mende nye? Kau rasa takde pun harapan nak hidup, apatah lagi nak jadi menteri! Jauh panggang dari bara api. But tell me, what is so impossible for HIM not to do it?

Choice...

You always had a choice in every life decision whether simplest until the complex thing.



Pahat dalam jiwa kisah Nabi Yusuf ni, supaya kau boleh patahkan hujah nafsu serakah kau, untuk mengatakan kau boleh lawan dan kau nak pilih jalan yang Allah redha, walau nafsu kau tak redha. 

p/s: First day puasa 6! Bangun dah la lewat, ada 15 minit je. Ikut hati, malas dah lah. Tapi dari tadi aku duk ingatkan diri, "ada keberkatan pada sahur". Keberkatan tu bukan maknanya banyak tapi cukup untuk kau. Moga Allah redha dengan kita!