=P
HARI KEDUA
Indian StyleATAU

Western Style
Ketika itu, kami dah nampak cahaya matahari dan terus solat Subuh secara duduk. Ok. Tak lama lepas tu, lepas dah gelak-gelakkan kisah Kakyah semalam aka kisah drama tamil yang kami berjaya menghayati wataknya, dan akhirnya kami tiba di Udupi. Udupi adalah 5 minit perjalanan dari Manipal. Kami turun, cuaca sangat redup, dan sejuk sebenarnya. Dari jauh, nampak pasangan suami isteri yang paling aku suka dan sangat aku rindu. KAKAF! Kakaf dan Bubu datang amik kami dan bawa kami ke rumah mereka di Manipal dengan menaiki sebuah motorsikal teksi dan Kakaf dan Bubu naik vespa. Dan itu pertama kali aku melihat ciptaan yang sangat unik. Auto-rickshaw. Kenalkan, benda paling aku suka bila berada di India. Dan jangan lupa, pemandu India adalah yang terhebat! Mendebarkan seluruh penumpang. Itu kita cerita nanti. Setelah pemandu mengganguk tapi macam geleng dengan arahan untuk membawa kami ke Anirudh Apartment. Ngeng, ngeng, ngeng. Kami pun gerak.

Auto-rikshaw kesayangan
Kisah cinta pandang pertama aku pada auto-rickshaw ni memang takkan aku lupa. Jadi aku naik dengan Abang Nal dan Kakyah naik dengan Mak. Naik je benda alah ni, kau akan rasa macam kau naik roller coaster tapi kau tak payah beratur panjang-panjang kat Times Square mahupun Genting Highlands. Aku taktahu lah samada kehebatan pemandu ni atau jalan yang berlubang ni sampai aku mampu memberi anugerah Roller Coaster paling ngeri. Paling best, team aku dengan Kakyah seolah-olah mahu mendapat tempat pertama dalam lumba kereta Daytona. Bayangkanlah sendiri. 5 minit serasa macam 1 jam dan akhirnya kami tiba di sebuah bangunan apartment. Kelihatan ada tanah lapang macam kat padang pasir. Tertampal di hadapan apartment, 'PESTICIDE'. 'Oh, apartment ni nama Pesticide, Eh bukan diorang punya nama apartment Anirudh ke?' Tanya aku dengan bodohnya. Tiba-tiba kena ketuk kepala, 'Ish, tu iklan racun perosak lah, bukan nama apartment'. Memang jahil. Aku, Mak, Kakyah, Abang Nal, kicap, budu, sup bunjut, maggi, sos menanti kedatangan Kakaf dan Bubu dengan sabar. Lama. Tunggu. Sabar. Dan baru sedar, pelumba-pelumba lari tu telah bawa kami ke apartment yang salah rupanya. Cets, tak guna. Mujurlah kami terutamanya aku memakai baju yang berwarna sangat menyerlah, dan Kakaf nampak kami dari bangunan apartment yang berada 50 meter dari kami. Terpaksalah kami berjalan lagi. Kami belum tiba. Masih dalam perjalanan.
Kami sesat depan apartment Pestiside
Dan kami tiba akhirnya. Akhirnya. Tiba. Setelah dua hari berjalan. Masuk rumah, mak-panicked button dah off. Akhirnya. Dengan semangatnya buka beg kicap, budu, megi, sup bunjut dan kawan-kawan. Ok, dan kami makan Spegeti yang Kakaf dan Bubu masak. Yummy. Favourite! Tengahari pasangan suami isteri ni pun bawa kami makan di sebuah restoran India tapi modern sikit, Snack Shake. (ala-ala macam nama Laksa Shake ek). Makan. Aku memang tak berminat dengan makanan. Aku lagi berminat dengan auto-rickshaw. Haha. Petang itu kami pergi lagi stesen Udupi pada pukul 3 petang untuk ke Goa dan berhenti di stesen Madgaon. Bak kata Kakaf, "Itu je lah tempat perlancongan yang paling dekat yang Kakaf boleh bawak". Dekat? Berapa kilometer? Berapa lama jam? Dan kereta api itu tiba pada pukul hampir pukul 5 petang. Tapi langsung tak rasa lama. Borak dengan sekuat hati sebab takde seorang pun paham walaupun sangat ramai. Tapi semua pandang kami dengan peliknya. Ketika itu juga, kami gelak kerana kejahilan kami yang tak reti bukak paip India ni setelah dijelaskan cara-cara nak bukak paip oleh Kakaf. Manalah aku tau, kena tarik injap dia ke atas. Kreatif sungguh. Borak dengan tololnya, Gedong. Gedong. Gedong dan akhirnya kereta api pun tiba.
Menanti kereta api sambil buat lawak bodoh
Bermulalah semula perjalanan kami dalam kereta api lagi. Lagi. Pada awalnya, kami borak dan borak dan tiba-tiba semua jadi macam mengantuk. Sedangkan dah banyak tidur dalam keretapi semalamnya. Apa yang penatnya? Perjalanan. Disebabkan berlari lumba lari kisah nak tertinggal keretapi tu yang aku tak buat warm-up tu, aku mengalami sakit belakang dan menjadikan itu alasan untuk baring kat katil. Sedangkan takde siapa pun naik katil ketika matahari masih kelihatan. Hahaha. Kami peduli apa. Diikuti dengan Kakyah yang tidur macam penyu, Mak dengan Abang Nal oh dan jugak Kakaf. Orang India perhatikan kami dengan peliknya. Kami peduli apaa~
12 comments:
mak sangat kakor bangun tiap2 sejam.. dengan panic button mak tu hek3...
episod 2 pun bes gak..
one more thing, gambar last skali tu pn kakor dengan nal dan af gelakkan mak yang "bosan nak layan anak2nya"
Fais, tu bukan Kakaf lah. Itu Kakyah lah. Siapa lagi nak buat lawak bodoh kalau bukan Kakyah?
hahaha
mak pun jadi bahan juga?
seronok gak...yeringat lak citer mohabbatein baru tgk semula aritu...mmg mencabar perjalanan ni~~
best best best!
nk tau sambungan strusnye jgk :)
p/s: zety,leh bt novel nnt.tajuknye 'org kl msuk india' :p
hak hak
best
nama apartment tu tak tahan
pesticide :)
L@Ks@mAn@ Sp@rrOw,
memang. berbalik kepada tema cerita nih, India adalah perjalanan semata2. hahaha
Irs,
ok dear. Orang KL masuk India? Macam rusa masuk kampung. hahaha
Timah,
tu bukan namaa. tu salah tengok iklan racun perosak. sungguh memalukan. haha
oh yeke?
hak hak
maaf maaf
bukan pesticide ae?
oh besnye ^^
lagi lagi~
good with some jovial senses, i enjoyed reading it..
women in sarees.. and i m wandering about the men usual attires? do they put on clothes like those priests that we often see in Batu Caves back home.. or are they with just piece of white cotton cloth wrapping important body part?
ni entri yang menarik.. ad episod 1 tak
Post a Comment