Saturday 5 February 2011

Learn

You live you learn
You love you learn
You cry you learn
You lose you learn
You bleed you learn
You scream you learn

Alanis Morissete - You Learn

What so important about learning?
Sepanjang minggu cuti mid-sem ni, memang aku cuti dari belajar akademik. Kecuali hari ini, benzene nak jadi Gringnard Reagent menggangu aku. Tapi sepanjang minggu ini, aku dapat banyak pelajaran yang tak akan dapat dalam buku rujukan mahupun buku manual. Apa yang menjadi batu loncatan aku adalah kerana seorang budak yang umurnya lebih muda tapi tidaklah jauh ketara umurnya. Ada apa dengan dia? Aku rasa segan. Sebab aku rasa dia lebih banyak tahu isu-isu yang aku sendiri tak tahu. Malah, boleh aku katakan kematangannya berbeza dengan budak yang sama umur dengan dia dan sikap keterbukaannya membuatkan prejudis aku pada pelajar sekolah agama runtuh. (Ayat takboleh blah). Nak kata minat, tak juga. Tapi aku kagum. Ini titik tolak aku untuk bersemangat untuk belajar.

Belajar?
Bila kau sedih kerana kawan kau tinggalkan kau, kau belajar untuk tidak bergantung.

Bila kau sedih kerana keputusan kau teruk, kau belajar untuk bersemangat apabila jatuh.

Bila kau sedih kerana cinta manusia yang tidak adil, kau belajar tentang cinta Allah itu indah.

Bila kau sedih kerana kehilangan orang kau sayang, kau belajar untuk melepaskan hak Allah yang Dia pinjamkan.

Bila kawan baru kau kenal adalah berbeza 180 darjah, kau belajar untuk bertolak ansur dengan diri kau.

Bila kau kecewa kerana diri kau tak sempurna, kau belajar untuk mencintai kecacatan diri kau.

Bila kau gembira kerana melihat pelangi, kau belajar bahawa keindahan dunia hanya sementara.

Bila kau gembira kerana kejayaan dunia kau kecapi, kau belajar akhirat masih belum terjamin.

Bila kau rasa diri kau dengan Allah jauh, kau belajar ingin lebih dekat dengan dia.


You, yourself with the help of experience are the best teacher. Love yourself. Be yourself. Belief yourself. Well, fooling around is also part of learning. =D

5 comments:

Aimi Zainudin said...
This comment has been removed by the author.
anum said...

perlu ke menjd lbh sempurna?

Aimi Zainudin said...
This comment has been removed by the author.
Matatahahari said...

I would say that, don't expect for perfection because it will make you feel down . Sometimes, life can turn out not like we hope. Tapi, enjoy lah segala perkara yang berlaku, perkara yang cacat itu. Enjoy dari erti kata lain, bersyukurlah. It's fun tough.z

anum said...

cik z, alhamdullilah, sbenarnye sy rse Allah jdkn sy cukup sempurna dgn kecacatan yg dkurniakan pd sy, so special, Alhamdullilah