Orang yang rasa diri dia cool, sebenarnya taklah cool sangat. A ha! Apa kaitan?
Kadang-kadang, bila terfikir perkara mengarut, zaman-zaman jahiliyah, terdetik 'best jugak masa tu kan'. Tiba-tiba rindu pula saat begitu. Terimbau kenangan manis (kononnya). Senyum sorang-sorang, 'dahlah, dah lepas. Ha, tapi tak henti sampai situ, Syaitan sentiasa ada untuk mencucuk. Siap menyibuk cakap, 'Tu lah kau, yang kau tinggalkan perkara seronok ni buat pe gak? Kan dah melepas peluang nak gembira. Sekali-sekala je bergembira, hidup remaja sekali je en. Ada masa lagi ni nak patah balik !' . Saat itu berfikir, 'Best gak en'. Syaitan pun cakap, 'Ha memanglah best, kau rugilah kalau lepaskan peluang ni, tak up-to-date lah kau, nanti kawan-kawan kau cakap kau kuno.
STOP ! Hentikan masa itu sebentar.
Memang ikut hati, mati. Oleh itu, kena ikut Iman. Iman perlu ada Taqwa. Taqwa perlu ada Ilmu. Kalau kita terus ikut arus cara berbual-bual dengan syaitan begini, memang berjayalah syaitan membawa kita kembali ke zaman jahiliyah itu. Bergelaklah famili syaitan, siap adakan parti nak raikan. Sebab itu penting pentingnya kita fikir berdasarkan apa yang kita dah belajar. Yeah, dari sinilah masanya untuk mengaplikasikan apa yang kita belajar!
You have to choose which way you want to go. There is only one answer. Syurga atau Neraka? Memanglah kita kalau boleh nak enjoy habis-habis hidup nih, tapi perlukah? Tanya diri, aku buat begitu akan masukkan aku ke syurga atau neraka? Soal diri, kalau aku tak buat, Allah suka atau murka. Apa yang kita buat menggambarkan kita ini bakal ahli syurga mahupun neraka.
Sudah tentu kita sebagai manusia tak mampu nak menghukum, dia geng syurga mahupun geng neraka berdasarkan pemerhatian kita. Tapi kita sendiri mampu mengukur takat mana kaki kita melangkah ke arah mana kelak , kan? Memang hanya ada dua pilihan, bukan?
Sebagai remaja yang sedang meningkat dewasa dengan sihatnya (naik 4 kg), saya mengakui menjadi orang yang kuno sering diasingkan oleh masyarakat sangatlah tak best. Tapi jangan lupa, agama Islam itu sendiri datang dalam keadaan asing, dan kembali dalam keadaan asing. Kenapa perlu ada rasa malu? Kita yang salah atau mereka yang tak betul?
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula.
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula.
Maka beruntunglah orang orang yang asing".
Hah ! Menjadi remaja sangat best tau. Masa muda yang bertenaga, bersemangat, berdarah panas. Jangan dibazirkan masa muda kita dengan perkara yang kita akan menyesal kelak. Kita selalu fikir atau berangan perkara yang tak elok, tapi saya sangat malu selepas baca tentang as-Syahid Syeikh Ahmad Yassin yang secara fizikalnya memang mustahil untuk berjuang tapi semangat juang beliau untuk mati syahid dalam keadaan begitu. Mati syahid ! Hanya memikirkan maslahat untuk generasi masa depan tanpa berfikir keselamatan dirinya yang diburu sentiasa. Kita ni pulak, asyik berangan fairy tale entah pape ! Bandingkan diri kita dengan dia. Dia dijanjikan syurga. Kita?
Kejutkan aqidah ! Bangkitkan jihad !
No comments:
Post a Comment