Sunday, 21 August 2011

Berbuih-buih Mulut.

21 Ramadan 1432 H

Tinggal lagi 9 hari. First taim terasa sangat sayu memandangkan Ramadan bakal berlalu seperti melihat kekasih hati pergi jauh. Sempat lagi kah aku bertemu kekasih aku yang satu ini lagi? Dan sangat menyedihkan jika kita biarkan dia pergi tanpa membuat suatu yang bermakna padanya. 9 hari lagi, masih tidak terlambat untuk merasai cinta-Nya. Tiada istilah 'sudah terlambat' dalam membuat kebaikan. Mari rebut pahala dan merasai cinta-Nya lagi-lagi sebuah malam yang lebih baik dari seribu bulan. Semoga kalian dapat berusaha gigih untuk berdating dengan Allah di pagi hari walaupun tidak ketemu laila al-qadr.

Hakikatnya, masih ramai tak merasakan bulan ini adalah sebuah bulan yang sangat best yang Dia-Yang-Maha-Best bagi pada kita. Hmm, teringat perjalanan semalam dari KTM UKM sehingga KTM KL Sentral, lantas berjalan kaki bersama ex-roomate yang terchenta ke Monorail menuju ke Titiwangsa dan menunggu Kapten Doktor itu menjemput kami ke Masjid Wilayah, KL. Aku lihat ramainya manusia. Sangat ramai. Berhimpitan. Menyesakkan. Untuk membeli tiket pun panjangnya macam ada pesta. Sangat di luar jangkaan, masakan tidak, aku tak pernah pergi seramai begini ! Mungkin aku tak biasa dengan hari minggu di KTM ataupun suatu di luar kebiasaan hari itu. Hari itu? Hari bermulanya 10 malam yang terindah. Dan sangat ramai pasangan er.. mungkin baru kahwin bersama pasangan terchenta berpeluk-pelukan. Aku pun jadi konfius kejap, ni bulan Ramadan kan? Bukan nabi Muhammad SAW pesan, "Janganlah kamu mengauli isteri kamu di bulan ini". Hmm. Kalian fikirlah sendiri. Itu kalau isteri, kalau belum jadi isteri lagi? Wallahualam. Teringat aku pada hadis Nabi Muhammad yang dirindui,

Sebuah hadis diriwayatkan daripada Thauban r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud :
"Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama." Maka para sahabat r.a. pun bertanya, "Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?" Sabda Baginda SAW :at "Bahkan masa itu mereka (umat Islam) lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut." Sahabat bertanya lagi, "Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?" Jawab Rasulullah SAW, "Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn." Sahabat bertanya lagi,
"Apakah itu al-Wahn?" Rasulullah SAW bersabda : "Cintakan dunia dan takut akan kematian."

Haha. Tanpa mengulas dengan lebih lanjut, rasanya mudah nak faham kan kan. Sebab aku tak reti nak mengulas tapi hanya reti nak memulas tombol pintu sahaja. Weho ! Tapi hanya mahu share-share lah kan. Sharing is Caring, Caring is tempat kerja KakGi.

Patah tumbuh hilang berganti. Diambil-Nya satu nikmat, diberi-Nya seribu lagi nikmat yang jauh lebih baik dari sebelumnya. Aku rindukan seseorang, sangat-sangat-sangat. Nak sangat jumpa. Bila baca blog <Inche Gabbana>, aku rasa macam nak menangis terharu dengan hadis ini,

"Sesungguhnya di sekitar arasy Allah ada mimbar2 dari cahaya. Di atasnya ada kaum yg berpakaian cahaya, wajah2 mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi, bukan syuhada. Dan para nabi dan syuhada cemburu pada mereka kerana kedudukan mereka di sisi Allah. Sahabat bertanya "siapakah mereka wahai Rasulullah?", baginda bers abda, "Mereka adalah orang-orang yg saling mencintai kerana Allah"
(hadith ditakhrij al-hafiz iraqi, prawinya thiqah)


Sedangkan Allah tarik nikmat Nabi Ibrahim bila ayahnya tidak mahu mendengar katanya, Allah berikan pada Nabi Ibrahim 2 anak yang menjadi nabi ! Nabi Ismail dan Nabi Ishak. Kita ini apalah sangat, kan? Allah hilangkan kita henfon canggih, tu pun nak hangen satu dunia. Allah tak bagi apa yang kita nak, tu pun nak tanya Allah, kenapa tak bagi. Allah tarik nikmat cinta antara pasangan yang tidak sah demi nak jaga kita, kita cakap Allah tak adil. Hahaha. Well, kita kena letak kepercayaan 120% atau mungkin lebih terhadap kerja Allah. Dia sedang meyusun sesuatu yang lebih baik dari apa yang kita sangka pun ! Di sebalik hujan , ada matahari yang kiut nak bersinar. Di sebalik awan, muncul pelangi yang terlalu cantik biarpun seketika sahaja. Hahahahaha.
Umi, rinduuuuuuu.

Ilmu itu bukan boleh didapati oleh seorang je kan, umi. Kak D pun boleh kan kan. Yang penting, nak terus sedarkan rasa cinta itu berterusan. huuuuu. Iya, iya tugas kita sebagai daie adalah untuk membawa mereka pulang kepada Allah. Bukan untuk menghukum dosa mereka. Hate the sin not the sinner. Untuk menge-share perasaan yang best bila berbulatan gembira. Secara spesifiknya, <Bulatan bergembira di bawah Payung>. Hahahaha.

Oh ya, mahu juga kongsi 1 kata-kata buat ehem, pecinta wanita sekalian.

If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way
BE A MAN
DON'T APPROACH HER
APPROACH HER WALI


Mood : Bapak Opick.

Nota berbulu kaki dan berkurap : Hm, aku mahu jadi wanita mulia. Oleh itu, aku mahu bakal encik peneman setia aku untuk merealisasikan impian itu. Jika dia cinta aku, biarkan dia cinta hanya kerana Allah dan buktikan dengan cara orang beriman. Bukan hanya dengan kata-kata yang boleh di-forward kepada orang ramai.

5 comments:

FarizDanialz said...

haa post cam ni la best!!

nice2.. baru bes bace

Anonymous said...

"Ilmu itu bukan boleh didapati oleh seorang je kan, umi. Kak D pun boleh kan kan"

Allah tak pernah kasi kita jumpa orang yang salah. Zt jumpa kak D.. ni yang terbaik lah nihh :D

-pemilik kereta mus'ab. haha-

Matatahahari said...

Fais ,
Menjadi best bila dapat benda best. hahaha. apa kaitan? jadi sibukkan diri dengan perkara best, okeehh.

Ehem, si kecik yang membawa Mus'ab yang besar,
Hahaha. memanglaaahh. yang penting kita sendiri usaha dan percaya akan kerja Allah. "He will give me the best" ! cewaaah.. ceehh, nak gak ada keta. nak bagi nama Saad.

kalkulatorberduri said...

post nih best2!
baru bcer link tuh, waaa!
tiber2 kuar blog yg sgt dikenali.
nak terharu boleh :)

pemilik charade said bin amir.hihi

Matatahahari said...

Itu diaaaaa pemilik kereta Said yang bersifat zuhud tapi keretanya sudah sejuk !

hahaha. Bulatan gembira kita memang best. Lagi best bila hanya kerana Allah. Mati syahid gitu ~ haha