Bila kita dah dapat benda baru yang lebih best dari yang lama, kita secara tidak sedar sudah berjaya melupakan yang lama. Kesian yang lama, kan? Dilupakan terus. Itu masih lagi tidak seteruk berbanding jika kita cuba comparekan yang lama dengan yang baru. Sampai hati, kan? Kesian yang lama. Sejak aku bersama yang baru, aku lupa yang lama. Aku malah berani untuk mengeluarkan kenyataan, aku lebih cinta yang baru. Sedang baru beberapa bulan berkenalan. Bukan hanya setakat itu, aku malah berani membandingkan yang baru itu lebih peramah dan tidak sesombong yang lama. Sampai hati aku, bukan? Kejam aku ni, kan? Apa boleh buat, takboleh berpatah balik di waktu itu. Kalau boleh patah balik pun, Allah dah tetapkan aku dengan takdir-Nya dengan yang baru. Suka atau tidak, aku sudah menerima si baru sejak pertama kali berjumpa. Dengan harapan, semoga kita dapat sama-sama memberi manfaat pada masing-masing. Dan semoga aku menjadikan si baru ni alat untuk meneruskan dakwah. Iya, aku sudah lupakan yang lama. Sebenarnya.
Memang Allah menciptakan manusia itu sifatnya pelupa, sesuai dengan panggilan Insan, 'nassii', yakni lupa. Kita mungkin banyak melihat lupa ini suatu perkara yang tidak elok, lebih baik dapat jadi orang yang selalu ingat semua benda, kan? Senang gitu eden nak score dalam exam, bukan? Tapi tiada suatu perkara even benda kecil pun Allah ciptakan sia-sia. Kenapa Allah ciptakan kita ni pelupa? Banyak sebab. One of the reason, tak perlulah kita selalu ingat perkara yang menyedihkan, menyakitkan hati, perkara yang membuat kita berduka apabila kita ingat. Susah hidup, setiap 24 jam teringat kucing yang kita jaga sejak dia lahir mati akibat kena tikam dengan jiran sebelah sebab kacau anjing bernama Dino, mesti kita teringat. 24 jam tu lah, kita grief and sorrow ( lagu Naruto ) kita menangis tak henti-henti. Hebat bukan perancangan Allah itu ? Tiada suatu perkara yang Dia buat adalah sia-sia belaka. Subhanallah !
Tapi, bila aku lupa pada si lama, itu adalah perkara yang kejam. Sampai hati bukan aku nak lupa pada tempat aku jatuh dan bangun kembali? Tempat jatuh lagi dikenang. Tempat yang mengajar aku untuk menjadi apa aku sekarang. Tempat yang memberi kesedaran untuk apa selama 18 tahun telah aku siakan. Tempat yang menunjur tunjuk ajar untuk menjadi manusia yang berguna pada dunia, agama, bangsa, dan akhirat. Tempat yang mengenalkan aku dengan cinta sebenar. Sehingga aku baru tahu perasaan jatuh cinta itu bagaimana. Tempat yang membawa aku kenal 1001 ragam manusia. Tempat aku berpeluang berjumpa dengan dia. Dia, dan dia. Insan-insan yang aku tak sangka masih wujud setelah melihat betapa busuknya dunia ini. Masih ada manusia berhati mulia sebegitu. Yang hidup dan matinya memang hanya untuk Allah. Bukan omong-omong kosong macam aku. Tempat aku kembali menjadi orang Islam. Tempat itu. Tempat aku jatuh cinta.
Perjalanan semalam bukan singkat. Namun perjalanan untuk esok, belum tentu lagi sampai. Bukan tempat yang dituju itu penting tapi perjalanan itu yang banyak mengajar kita. Tamat kuliah Dr Yanti pasal Bone and Cartilage pada pukul 5 terus bergegas ke surau yang best kat Tibe tu untuk melaksanakan tanggungjawab hidup atau mati. Bertemankan resah si Fa kerana aku bakal meneruskan perjalanan aku seorang. ( Iya, aku bata' jalan seorang diri kat KL walaupun aku memang orang sini ). Terus berjalan kaki menuju ke monorail di Chow Kit dan dengan muka taktahu nak turun mana nak tukar LRT Putra, aku akhirnya berani bertanya abang kaunter. Dengan baik hati, dia suruh aku berhenti di Bukit Nenas. Aku naik dengan berdebar dek teringat mimpi aku yang ngeri di pagi hari itu. Henti di Bukit Nenas, aku terus turun dengan muka taktahu nak pergi mana lepas tu. Aku nampak lorong menuju ke LRT Putra, tapi aku degil untuk keluar dari situ dan bertanya kakak kaunter. Dengan muka penat dan ketat, dia kata, adik kena turun dan jalan sikit. Sepatunya tak perlu turun, dah ada terowong jejantas untuk ke sana, tapi tiket dah ditelan mesin jadi kena jugak merempuh kereta-kereta yang baru pulang dari kerja dengan bergegas dek terbayang makanan si isteri masak. Jalan, jalan dan jalan. Dengan muka taktahu, aku ikut orang ramai menuju tempat itu. Akhirnya, sampai juga di LRT Dang Wangi. Lega sikit. Sebab perjalanan hampir selesai. Menuju stesen Universiti. Sampai di stesen U, aku breep breep Kak D, dia pun cakap dia lambat lagi sebab dia masih di Bangi. Wah, masih jauh dan lama lagi. Dan tanpa berfikir panjang, aku call Nb dan cakap, aku nak pergi jumpa dia di kolej. Dan dengan muka taktahu lagi, aku masuk bas Rapid KL sebab dah letih nak jalan. Masuk-masuk, aku lupa dengan amat bahawa bas ada sistem kena punch Kad Bit tu. Aku dengan muka taktahu tanya pakcik bas, Oh, tak boleh eh, saya kena keluarlah ni? Dengan muka penat tapi tidak ketat, pakcik tu tanya nak pergi mana dan terus membenarkan aku masuk walaupun tak punch kad tu. Aku si muka taktahu, duduk dengan cubaan berlagak tenang. Terus aku berhenti di bus stop depan perpustakaan yang tersergam indah itu. Dari situ, aku berjalan dengan pantas untuk ke kolej 3 yang jauhnya mungkin 2 KM. Barangkali? Aku takpula membawa pita pengukur di situ. Semasa aku jalan di situ, satu perasaan aneh muncul. Meremang bulu roma aku. Mengapa? Aku rindukan tempat itu. Aku lihat kanan dan kiri, tempat ini..Tempat ini..Terasa begitu mahu mengalirkan mata. Sampai hati aku lupakan tempat ini. Hanya semata-mata saat duka aku di sini, aku berani untuk lupakan tempat ini. Aku berjalan dan berjalan. Iya, aku rindukan tempat ini sebagaimana aku rindukan insan-insan mulia yang Allah hadiahkan untuk membawa aku kembali ke jalan-Nya. Saat aku hampir tiba di depan kolej Tungku Kurshiah itu, aku nampak kelibat si pemakai jubah bersama tudung ungu itu. Masih anggun. Aku berlari bekejaran sambila menjerit. NAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAABBBBBBBBB! ! Sementara tunggu Kak D pungut, aku sempat makan sausage sebab penat dan lepak di bilik Nb selama 5 minit. Perjalanan tak habis lagi. Solat maghrib di masjid Abdul Rahman dan terus menuju ke UiTM Shah Alam. Demi cinta-Nya. Bulat dan bulat sudah kembang. Tahniah, MakTam, walaupun kau dah bukan roomate aku lagi tapi kau tetap hebat ! Cerita bagaimana MakTam dalam jalan ini juga mengagumkan. Jika Allah mahu beri hidayah, tiada siapa dapat menghalangnya. Dan akhirnya kembali ke Subang Jaya dengan mata separuh.
Dramatik tak aku nak cerita aku jalan-jalan kat KL. HAHA. Kecoh en, pedulik apa aku. Bata' ni. Biasalah anak mak kan. Bukan itu pointnya. My point is, Allah selamatkan aku dalam apa jua keadaan walaupun dalam keadaan resah macam tu. Walaupun dengan kekufuran atas nikmat yang Dia beri, Dia masih berterusan memberi kasih-sayang pada kita. Dan yang paling penting, Dia beri aku ingat semula tempat aku jatuh dan bangun. Universiti Malaya. Terima kasih Allah kerana memberi aku banyak peluang untuk menjadi apa aku telah jadi hari ini.
You are the best, UM. But I'll be the best in UKM.
Dan apabila orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami itu datang kepadamu (dengan tujuan hendak bertaubat dari dosa-dosa mereka), maka katakanlah: "Mudah-mudahan kamu beroleh selamat! Tuhan kamu telah menetapkan bagi diriNya untuk memberi rahmat (yang melimpah-limpah): bahawasanya sesiapa di antara kamu yang melakukan kejahatan dengan sebab kejahilannya, kemudian ia bertaubat sesudah itu, dan berusaha memperbaiki (amalannya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani"
[ Al-An'aam : 54 ]
Oh Ya, selamat berumur setahun Hanzalah yang berak busuk ! Macu lap u bebeh !
Semoga Hanzo menjadi seperti syahid Hanzalah sahabat nabi tu tau tau.
Lagu spesel untuk Hanzalah, my baby boy yang dah besar !
Nota Kuku Kaki Tak Potong : Aku rindu dan rindu dan rindu pada masa dahulu. Anyway, the past is not good to stay too long, we should move on. Mari menjadi ayam pandang ke hadapan dan cuba menjadi lebih baik dan baik dan baik. Orait, masa untuk menikmati Taman Tasik Titiwangsa bersama Fa. Weho ! Terima kasih UM. Umi, rindu kat Umi. . .
No comments:
Post a Comment