Friday, 25 November 2011

complete . beautiful .

Anda tahu atau tak, bagaimana perasaan itu?

I felt completed.

You make me feel beautiful.

Aku benar-benar jatuh cinta.

Walaupun pertemuan itu, bagi orang lain adalah biasa.

Tapi tidak aku.

Walaupun, tiada apa yang perubahan yang berlaku sejak pertemuan itu.

Tapi aku percaya, aku akan dipengaruhi juga sedikit demi sedikit, hari demi hari.

Perasaan yang..sukar digambarkan.

Sangat tenang.

Sangat bahagia dengan pertemuan pertama tu.

Biarpun pada awalnya, aku memang penakut.

Aku tak berani dek terbayang kelemahan yang diri terlalu banyak.

Tapi aku pekakkan telinga, aku tutupkan mata, aku diamkan mulut.

Not until I reached there, no words should come out.

Walaupun jantung macam nak pecah menantikan hari itu.

Tapi aku berlagak tenang, supaya si musuh tidak berani untuk cuba membisik aku dengan 1001 godaan.

Macam-macam hal berlaku sebelum pertemuan itu.

Dia menguji aku.

Dia mahu melihat setakat mana cinta aku pada Din.

Seikhlas mana aku pergi.

Aku sendiri ragu pada awalnya. 

Risau. Takut.

Aku tahu, jalan yang aku pilih ini bukan yang mudah.

Aku pilih jalan susah demi cari Din.

Aku taktahu setakat mana kekuatan diri.

Aku cuma tahu, aku perlu tarik nafas sedalam yang mungkin dan katakan ;

"It's your choice".

Aku cuma minta Dia tidak hilangkan rasa harapan dan putus asa dari rahmat Dia.

Aku bukan sempurna, tapi Din yang membuatkan menjadi yang terbaik.

Tetapkan aku di jalan ini , ya Allah.


Nota penjual stokin jari kaki yang sangat laku di KTSN : Buat perkara baik ni macam Domino's Effect. Walaupun kita start dengan amalan yang sedikit dan terpaksa, tapi kita teruskan, sebab kita percaya dengan janji Dia, kita takkan sangka, yang kita telah jadi begini. HAHA. Jazakumullah khairan kathiran geng-geng De Hearty. Semoga permulaan yang baik ini diteruskan sehingga kita jumpa di syurga lagi kelak.

No comments: