Thursday, 22 December 2011

sungai .

Di tengah petang di tepi sebuah sungai yang jernih dan suasana yang sangat mendamaikan. Sedang sendiri melihat dan mengagumi ciptaan Illahi, melihat beberapa orang yang sedang bermain air dan merendamkan diri bersama rakan-rakan yang lain. Sendiri tersenyum melihat, mereka sangat bahagia. Tanpa mereka sedar, awan sudah mula menggelap, sendiri terus berkemas untuk pulang dan sempat mengerling ke arah mereka. Nampaknya mereka masih asyik bermain dalam sungai itu. Sendiri teruskan berkemas dan meneruskan perjalanan ke kereta. Kelihatan hujan sudah mula menangis. Titik demi titik. Mujur diri sempat masuk dalam kereta saat hujan mula meraung dan mengalirkan air dengan derasnya. Sempat lagi diri mengerling buat kali terakhir pada sungai tadi sebelum bergerak pulang. Terbeliak mata melihat. Mereka yang tadi masih belum keluar dari air dan kelihatan seorang demi seorang sudah mengikuti deras air yang makin kuat. Kawannya sudah mula gelabah melihat rakan-rakannya tadi.

Dan aku?

Pilihan aku samada aku mahu turun kereta itu, dan terus masuk dalam deras air yang kuat dan selamatkan mereka.
Atau,
Pilihan aku juga untuk membiarkan mereka hanyut dalam deras.
Aku tidak mengenali mereka, mereka bukan saudara aku, kenapa perlu aku selamatkan mereka?

Pilihan di dunia yang menentukan kedudukan di akhirat kelak.

Dan jika aku pilih untuk selamatkan mereka, adakah aku sendiri yang akan terhanyut?
Walaupun masa pasti bergerak dengan sangat pantas, tapi aku perlu membuat tindakan yang paling benar dan tepat dan berkesan.
Jika niat sahaja betul tapi caranya tidak kena, aku juga pasti akan terhanyut juga.

Apa pengakhirannya nanti?

-----------------------------------------------------------------------

No comments: