Sungguhlah terasa tidak layak untuk menulis dan memberi sedangkan masih ada dalam diri penyakit hati yang kritikal.
Breathe in. Breathe out.
Kisah lalu aku sudah lama aku tinggalkan. Kamu juga pasti sudah berasa bosan jika aku sering menyebut kisah lalu itu. Namun, bagi aku kisah lalu itu sungguhlah bermakna. Ianya bukan roman picisan. Barangkali bagi manusia yang bukan diri ini, terasa nak naik bulu roma dan mengambil plastik untuk muntah dek kerana menyampah yang amatlah asyik-asyik kisah lalu. Ngeh-ngeh.
Turning Point
From West to East.
From 0 degree to 180 degree.
From zero to hero.
From nothing to be something.
Kisah biasa-biasa. Sungguhlah rindu pada masa lalu, namun kita tak sepatutnya menetap pada cerita masa lalu, cukuplah hanya singgah sebentar. Gelak. haha. Rindu, sangat rindu. Tapi rindu ini, tak buat aku lemah, cuma terasa sangat sayu. Dan suka untuk katakan, semua orang pasti ada turning point dalam hidupnya. Boleh jadi sudah berlaku, atau belum berlaku. Boleh juga jadi membawa dirinya kearah baik, kearah jahat dan kearah mencari Penciptanya semula. Your choice!
Apabila aku melihat mereka beramai-ramaian, aku mahu ikut sekali. Aku cemburu sekali dengan mereka. Aku terasa dipulaukan. Kemana sahaja mereka pasti bersama. Saling bertegur sapa apabila ada yang silap. Bekejar mengejar redha Illahi bersama. Berebut peluang untuk meraih cinta Dia. Sungguhlah, cemburu! Namun, bukan mereka yang pulaukan aku, tapi aku yang ber-pantai-kan diri sendiri. Bukan salah mereka. Tapi aku yang tiada inisiatif mahu dekati mereka. Aku malu dan segan dengan mereka. Atas kekurangan diri. Tak patut, memang tak patut!
Sungguhlah, masih kurang tarbiah dalam diri sehinggakan penyakit hati masih belum mampu dibuang dan dikikis secara total. Masih belum cukup mahu bersangka baik. Masih belum menjadi orang yang hati lembut. Masih tidak berjaya mengurangkan keras kepala diri. Masih belum cukup.
Teringat suatu ketika. Semasa baru hendak mengenal makna cinta pada Din, sebelum itu aku sangat kosong. Jasad wujud, namun hati kosong. Otak pun half robot, half manusia. Gelak. Tapi Allah hadiahkan aku sebuah hadiah yang sangat bermakna. Iaitu kesedaran. Dari kesedaran, Dia hadiahkan pula kemudahan. Kemudahan untuk mencari jalan menuju Dia dalam pada ketika itu, aku seperti sesat di dalam hutan tanpa aku paham peta tersebut dan juga kompas yang sudah hilang kutubnya. Tapi selepas itu, Dia beri aku kawan-kawan, bukan kawan yang ikatannya atas dasar materialisme tapi atas dasar aqidah. Pelik bukan, walaupun tidak sampai setahun , namun perasaan cinta dan rindu serta kasih-sayangku melimpah ruah kepada mereka. Sangat lain dibandingkan dengan kawan sejak sekolah selama 5 tahun. Apabila waktu perpisahan, perit, sayu, terhiris perasaan diri kala itu. Namun ditelan jua, demi membina sebuah rumah untuk ditinggal bersama di syurga kelak. Amin. InsyaAllah.
Aku mahu bersama mereka di sini. Mereka itu tidak semestinya orang yang sama. Cukuplah, masing-masing tahu ikatannya atas dasar yang sama. Rupa, perangai, latar belakang keluarga, semuanya sudah jadi tidak penting apabila kita sama-sama mahu mengadakan hubungan mutualisme untuk sama-sama bekejar ke arah redha-Nya. Sebab masing-masing tahu, manusia ini, Allah sengaja mahu ciptakan berbeza, supaya kita berkenal-kenalan. Untuk mengurangkan jarak perbezaan dan mendekatkan gap itu demi membantu satu-sama lain. Manusia itu pelbagai, bermacam ragam. Itu semua orang tahu. Kamu pun paham. Tapi praktikalnya, adakah kita akan menerima kelemahan dan kelebihan kawan kita? Serius, susah! Tapi atas dasar aqidah, insyaAllah, pasti boleh. Sebab dasar itu mengajar kita untuk bersangka baik. Pada akhirnya.
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
( 49 : 13 )
Rindu.
Sungguh, Allah suruh kita merasa kesusahan dulu, bukan kerana Dia dengki pada kita. Tapi sebab Dia nak ajar erti nilai kesenangan, kemudahan dan kebahagiaan selepas merasa kepayahan. Yang mana, nilai-nilai ini hilang apabila kita betul-betul dapat nikmat tu. Masa susah, kita cari Dia, masa senang kita seakan-akan lupa. Walaupun mulut mengucapkan 'Alhamdulillah', namun adakah benar kita memaknakan maksud itu dalam hati lalu menyalurkan menjadi amalan? "Syukur itu makamnya lebih besar maknanya berbanding sabar". Semua mampu bersabar apabila susah datang, namun tak semua akan bersyukur apabila nikmat Dia beri.
"So, verily, with every difficulty, there is relief:Verily, with every difficulty there is relief."
( 94 : 5-6 )
"Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada Kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah ia (dengan sombongnya): "Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku". (Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah ia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu). "
( 39 : 49 )
Dan aku percaya, tiada perancangan terbaik sebaik-baik perancangan Dia. Dan mudah untuk aku katakan, ini semua adalah keperluan tarbiah. Aku sedar diri ini tidak sempurna dan aku tahu Allah pun tahu setiap kemampuan hamba-Nya, tapi kita perlu berusaha. Usaha itu bukan sekadar usaha sahaja. Contohnya orang yang mahu mengambil air sirap di meja bertentangan dengan mejanya, usahanya itu bukan maknanya kita hanya mengangkat punggung dan berdiri di situ tanpa bergerak. Usaha itu, perlu dimaknakan dengan sehinggalah ke garisan penamat yang terakhir. Bersungguh-sungguh. Bukan sekadar ala kadar. Don't say it if you don't mean it.
Entah apa sebab aku mampu bertulis semula di pagi hari Jumaat yang hening ini setelah sekian lama menyepi dek kerana telah banyak menyibukkan diri untuk hal duniawi, bekejar merit kolej, bekejar mahu dapatkan LC. Sungguhlah, yang memberi ilham itu hanyalah datang dari Allah. Dan jika kamu membaca ini, percayalah, ini adalah petunjuk dari Allah melalui penulisan ini. Dan juga hidayah dari Allah untuk aku. Untuk ingatkan aku semula saat terlupa. Saat tiada yang mahu menegur, itu salah, itu betul. Dan Allah akan selalu menegur, kalau kita orang yang berfikir dan perasan dan sedar diri. Petunjuk itu macam-macam. Dan berbeza dari setiap manusia itu sendiri.
Biarlah rindu itu menjadikan semangat aku untuk teruskan perjuangan kat sini.
Rindu.
Apa agaknya ya khabar orang di sana?
Moga kamu semua sihat dan terus mendapat tarbiah di tempat masing-masing.
Rasulullah s.a.w bersabda:"Sesungguhnya dari kalangan hamba-hamba Allah ada segolongan manusia yang mereka itu bukan dari kalangan nabi-nabi dan bukan syuhada’. Akan tetapi, golongan tersebut sangat dicemburui oleh para nabi dan para syuhada kerana kedudukan mereka di sisi Allah.
Kemudian sahabat bertanya: Apakah ciri2 mereka?
Rasulullah bersabda: “Mereka itu segolongan manusia yang berkasih sayang dengan roh Allah ditambah mereka itu tiada hubungan kekeluargaan dan juga bukan kerana hubungan perniagaan sesama mereka. Dan demi Allah sesunguhnya muka-muka mereka itu ada cahaya dan mereka itu di atas cahaya. Mereka tidak takut ketika manusia-manusia yang lain takut dan mereka tidak sedih ketika manusia lain sedih."
[ Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]
Puss-puss : marilah jadi salah seorang yang dicemburui oleh orang lain = )
2 comments:
seronok nye dpt berchenta dgn budak kecik ni.. lillahitaala
rindu antunna sume..zetty especeli..
Post a Comment