Monday, 9 July 2012

Obstacle.

Sesungguhnya orang-orang yang telah berbalik kepada keingkaran mereka sesudah terang nyata kepada mereka kebenaran petunjuk (yang dikemukakan kepadanya), Syaitanlah yang memperdayakan mereka (berlaku demikian), serta memanjangkan angan-angan mereka.
[ 47 : 7 ]

I told myself. Semua orang boleh berubah jadi baik tapi tak semua mampu istiqamah dalam perubahan tu.
I asked myself again. Kenapa?
I answered, sebab Allah takkan beri kita keadaan yang selesa. Bukan tanda Dia tak sayang, bukan kerana Dia dengki dan bukan kerana Dia saje-saje nak balas dendam. Tapi sememangnya sebab Dia sangat sayang akan kita. Takut untuk terus berikan kita kenikmatan yang akhirnya membuatkan kita kufur. Dan bila Dia beri keadaan macam tu, bukan untuk kita terus rasa lemah dan tak berdaya malah merendahkan self-esteem diri. Tapi sebenarnya untuk membina kekuatan itu semula. Berilah apa jenis bentuk ujian kepada seorang Mukmin, dia pasti akan redha dan sabar menghadapi. Kita? Mungkin the progress apabila hadapi ujian tu not 100% bagus, tapi at least, try. Sampaikan pada satu tahap, kita dah takde daya dan no one could help us and we can only talk to Him, fuyoohh. Tahap ketenangan meningkat dengan drastik sekali! 

Heh. Allah uji aku memberi nikmat masa lapang.

Fuh.

Ujian kesenangan itu jauh lebih payah untuk dihadapi daripada ujian kesusahan.

Hei. Tu namanya obstacle. Cabaran. Dugaan.

Kalau Allah tahu kita boleh hadapi obstacle tu dengan mudah, buat apa laah nak bagi lah ujian gitu?

Sebab Dia tahu kita bersusah payah nak hadapilah, Dia bagi yang susah tapi yang kita mampu.

Tu ler, syurga tu terlalu mahal untuk orang tidak pernah berusaha hadapi kesusahan itu.

Bermujahadah itu pahit sebab syurga itu terlalu manis!

Mujahadah paling susah : Melawan nafsu sendiri.

Habes, yang duk perang lagi susah kottt. Boleh melibatkan nyawa!

Hehe.

Memang, tapi pada saat itu, Iman serta Izzah tengah kuat. Tambah dikelilingi orang yang soleh, membuatkan seseorang itu semangat.

Tapi apabila seorang?

Siapa yang akan meningkatkan semangatnya tatkala tiada siapa di sisi?

Tarbiah dzatiyyah.

Hee.


No comments: