Jalan kebenaran itu sifatnya lurus. Dan kerana itu kita minta untuk diluruskan jalan setiap kali dalam solat.
Lurus.
Tetapi kenapa manusia masih seringkali lari dari jalan yang lurus?
Kerana di setiap kali dalam perjalanan, pada jarak tertentu yang ditetapkan oleh Allah pada ketika itu Dia ingin menguji hambaNya, pasti hambaNya itu akan menjumpai simpang di dalam perjalannya.
Yang mana sebenarnya simpang ini akan bawa manusia pergi ke arah yang berbeza dari jalan utama tadi.
Kalau sudah kita tahu jalan kebenaran itu lurus, kenapa masih kita nak masuk simpang itu?
Sebab jalan yang lurus itu meletihkan, memenatkan, membosankan, tiada hiburan.
Dan apabila diuji, kita akan berhenti sebentar di persimpangan jalan.
Berfikir untuk masuk sebentar setelah dihasut serta digoda oleh syaitan yang berada di setiap simpang.
Syaitan yang begitu licik sekali menggoda kita untuk cuba masuk simpang tersebut!
"Kau tentu penat, kan? Jom lah rehat kat RnR sebentar".
"Ala, singgah sekejap je, bukan lama pun. Nanti bila kau dah habis lepaskan lelah, kau balik la semula".
"Apa salahnya kan nak jumpa jalan yang lain? Entah-entah jalan ini ada short cut!"
Dan macam-macam. Aku manusia. Dan aku pun tak selicik syaitan nak berfikir jalan apa lagi yang dia akan guna untuk mengambil 1001 peluang yang ada.
Dan bila kita buat keputusan untuk masuk simpang itu, kita baru sedar, kita sudah lari dari jalan utama. Ini bukan jalan yang hendak kita tuju!
Kalau kita manusia yang memang sebelum ini taat pada Tuhan, kita mudah sekali untuk mengenalpasti dan sedar jalan yang dilalui ini salah.
Tetapi kalau kita memang manusia yang seringkali durhaka dalam mentaati apa yang Allah suruh, yang seringkali memberi alasan ketika ingin membuat kebaikan, adakah sebenarnya hati kita mampu detect yang jalan itu salah?
Bila kita sedar sudah salah dan sempat sedar ketika di awal perjalanan di simpang, mungkin masih mudah untuk kembali ke pangkal jalan.
Tetapi jika kita sedar ketika kita sudah masuk ke dalam sedalam-dalamya, kita akan jadi keliru, jalan mana pulak ni, bagaimana nak pulang, nak patah balik sudah terlalu jauh, nak ke hadapan tidak tahu ke mana pula.
Marilah kita sama-sama muhasabah..kita sedang berada di mana...sedang berada di simpang, dalam simpang, di jalan yang lurus yang akan menjumpai jalan simpang..
Moga, kita tak menjadi manusia yang sedar itu simpang dan teringin nak masuk sebab rasa nak mencuba-cuba dan konon mampu nak berpatah balik.
Kalau ketika kita sedang niat untuk masuk simpang itu dan Allah tarik nyawa kita macamana?
Termasuk salah simpang dalam keadaan sedar adalah lebih menzalimi diri sendiri berbanding tersalah masuk sebab tak tahu.
No comments:
Post a Comment