Monday 28 April 2014

Pintu Narnia

Setelah 5 minggu baru pulang dari posting katering, tak pernah lagi ada masa nak berehat dan menguruskan kehidupan dengan tenang. Mana taknye, balik je kolej bergegas nak setel amek buat survei bagai. Macam minggu lepas, berlari sana-sini. Hari Ahad dan Isnin pergi Ipoh amek Kakaf dengan Hanzocha. Masa kat Ipoh, senior master cakap kumpulan kami kena ikut depa pergi kumpul data survei kat Tanjung Malim. Tak ke kecoh jadinya, sebab dah plan nak pergi amek data subjek kami hari Khamis sampai Ahad. 

Jadi masa balik Selasa kat kolej, terus setelkan mana-mana yang perlu. Dan kami decide untuk pergi berlima join group master punya research since supervisor dah call cakap kami kena ikut dan belajar lah sekali. Sebab depa pun buat research kepada warga emas. Lagipun mesin BIA (bioelectrical impedance analysis) untuk warga emas ada dua je (satu mesin tu harga sebiji Myvi). Jadi since group ni nak buat data collection Rabu sampai Khamis, kami pun terpaksa mengalah buat Jumaat sampai Ahad. So petang Selasa kami bergegas selesai semua benda dan pergi Tanjung Malim. 

Sampai sana, macam pergi bercuti je rasa. Duduk chalet, hotel dan bukan banyak sangat kerja pun buat. Tengok dan tolong apa yang perlu. Belajar cane nak guna mesin BIA tu (mesin BIA yang biasa kitaorang guna yang berdiri, tapi yang ni lagi sesuai dengan orang tua since yang tu boleh baring dan guna eletrical conducter), cane senior amek DHQ (diet history questionnare - contoh soalan biasa, "Makcik makan pukul berapa, berapa kali, amek makanan apa untuk minggu lepas, berapa banyak, ada tak dalam satu senduk ke satu mangkuk besar ke kecik ni, makcik ada tambah sambal belacan ke, cicah dengan apa dsb lah).

Mula-mula masa tengok questionnare kitaorang macam tebal dan banyak sebab banyak benda nak analyse. Tapi bila tengok senior punya, macam-macam test depa buat. Amek darah, cek BP, amek sel dari rambut, kuku, gosok gigi (?), pastu buat soalan neuro (untuk tengok tahap mental warga emas ni - serious banyak sungguh soalan, kena lukis ini lah, itu lah, kena buat macam-macam! Sampai keluar cerita kelakar respon pakcik makcik ni.), ada tanya soalan diet history sepanjang minggu lepas, test fitness (ada kena buat macam kawad selama 2 minit dan macam-macamlaah!). 



Aku kan, kalau jadi makcik pakcik ni memang dah malas laah, tapi surprisingly depa layan ja benda-benda ni. Memang dapat token RM30 sebagai saguhati tapi aku rasa depa suka je kita tanya soalan macam-macam. Paling best tanya, pasal depa tinggal dengan sape, anak ada berapa lah, depa suka jawab soalan-soalan gitu. Haha.

So hari Jumaat sampai Ahad pergi amek data untuk kami punya research pulak kat Flat Desa Mentari, PJS (6 km je dari rumah. Ahha)

----------------------------------------------------------------------------------------------
[Cerita atas tu selingan ja. Tayah deh baca haha. (Dah kau, habis baca baru nak ingatkan)


So semalam baru dapat berehat dengan tenang dan hari ni cuti. Ehe. Tadi saya jalan dengan sorang adik kat Tasik Titiwangsa. Di samping nak meneruskan program Berjalan 30 Minit yang dah lama tak dapat nak buat sebab sibuk, jadi amek kesempatan ni nak berbual dan berbual walaupun nampak macam aku je yang mengambil alih sepenuhnya perbualan tu. Er. Berbual benda yang biasa kita cakap, dengar. But what did I realised is, the one that we used to it is always the things we forget. Especially when we take it for granted. Ahhhh, benda biasaaaa daaahhhh dengaaarrr, cliche laaaaaa, dah-dah laaah tuuuuu. We get bored of the same thing, but why don't we make a change? Dan kenapa Tuhan tak habis-habis tegur benda yang sama? Dah sebab kau belum habis lagi usaha melakukan perubahan! Not a total change, maybe only a part tapi dah mengah macam apa.

Untuk kekal istiqamah itu jauh lebih payah dari berubah untuk menjadi lebih baik. 

Kau cuba bayangkan macam cerita Narnia, ada wardrobe dan kau decide nak masuk dan kau masuk dalam dunia lain. Waaaaaa. 

Dan bila kau decide nak masuk pintu yang tu, dan bila kau dah melangkah masuk, kau macam err nak buat cane ni. Dalam kawasan yang kau dah langkah tu, kau tak nampak benda yang kau familiar, kau rasa kau sorang, kau jalan setapak, dan kau telan air liur, err apa benda ni, dan kau teruskan lagi berjalan. Dan tiba-tiba kau dengar bunyik, terus kau terhenti berjalan. Berfikir untuk berpatah balik untuk keluar dari kawasan tu. Pintu tadi tu masih ada, tak hilang sebagaimana dalam cerita Narnia tu. Dan bila-bila masa kau boleh putus asa untuk teruskan langkah dan berpatah balik dan kembali kepada diri kau yang dahulu. No one cares pun, kau nak keluar ke masuk. Tapi kau mungkin lupa, setiap langkah kau kehadapan atau kebelakang, Tuhan sedang menjalankan penilaian ujian amali terhadap kau. 

Dan kerana itu, perkara utama untuk berubah adalah niat. Kalau dari awal niat kau salah, dan bersifat kepentingan diri semata, janganlah buat-buat terkejut kalau Allah campak ujian. Seolah-olah macam nilah, peratus keikhlasan kau untuk berubah sebab Allah adalah 20% je, jadi lagi 80% adalah sebab-sebab lain (list kan sendiri lah), jadi disebabkan kau masih ada sisa baki 80%, Allah akan terus menerus memberi ujian sekitar itu untuk mengurangkan peratus itu dan supaya akhirnya, tahap keikhlasan kau dah capai tahap maksima hanya untuk Dia. Jadi, janganlah putus asa bila dah buat perubahan, dan Allah datangkan balik ujian tu. Dalam hati, 'bukan main payah aku nak lari dari benda ni dah aku rasa aku dah berjaya, tapi dia datangkan balik?'. Held up your head. Cakap kat diri, masih ada sisa ketidakikhlasan dalam diri yang Allah nak bersihkan, dan redhalah diri untuk ditarbiyahkan oleh Allah.



Dan dan dan, ada benda besar aku belajar, jangan pernah berhenti menasihati dan meningati orang lain. Dalam surah al-Asr, Allah pesan untuk saling menasihati dan BERSABAR untuk terus menasihati dan mengingatkan). WALAUPUN kau rasa macam kau tak layak nak cakap benda tu sebab kau pun dua kali lapan puluh. Sebab, nasihat yang kau bagi tu paling cepat didengari oleh telinga kau sendiri. Jangan lah syok sebab macam pergh hebat dapat bagi nasihat ala-ala akak-akak hebat, tapi telan lah air liur tu balik sebab rasa takut dengan peringatan yang diberikan oleh diri sendiri. What you say about others is what you say about yourself. When you hate someone because of something, there must be something in him/her that you see is actually is in you. 



Selamat tengahari dari saya, 
a proud muslimah, Zetty Sofia yang OSem.

No comments: