Thursday 22 June 2017

Laylatulqadr 1438H

27 Ramadhan 1438H

Well pagi ni terlebih penat sebab mengangkut Makcik Maya yang tetiba ngantuk masa shopping di Mydin. Aih, makcik tu semalam tidur pukul 12, bangun pukul 4 pagi dan menari bergembira sebab nak menyibuk pergi ke Mydin. Kesss.

Alhamdulillah ala kull hal. Pagi tadi selepas solat subuh berjemaah, Imam jemputan paksa aku bagi tazkirah. Aih, tazkirah mende pulak dah nak bagi. Bidan terjun yang adhoc! Ah, ligat otak fikir nak share mende. Entahlah, sejak baca buku mengenai Tazkiyatun Nafs, penulis mengingatkan bahawa ilmu ni ada dua jenis. Satu adalah ilmu di lidah dan satu lagi ilmu pada hati. Ilmu di lidah ni menjadi hujah untuk kita bercakap atau menyampaikan. Ilmu di hati pulak yang kekal di hati tapi menghasilkan tindakan amal. Fuh, bila tahu benda tu rasa macam mindblowing sebab selalu sangat bagi tazkirah lah baru nak prepare dengar or baca mengenai tajuk tazkirah tu. Pastu duk menyesal pasaipa lah takleh kekal nak beramal dengan apa yang disampaikan. Allah menemplak orang yang cakap tapi tak buat. Gulp. Tahu tapi selalu tak jadi.



Sekali teringat nak share pasal Lailatul Qadr sebab diberi kesempatan untuk dengar taujihat Ustaz Khubaib masa join program belia. Selama hidup 25 tahun, jujurnya macam follow the flow dan ikut trend je orang kejar lailatul qadr, aku pun kejar. Bangun dan buat tapi sebenarnya tak feel pun mende. So antara point yang dushum dushum jiwa aku adalah:



    • Keberkatan
    Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab) (Ad-Dukhan:3)

    Bila sebut barokah, berkat ni selalu aku imagine macam everything will be just enough. Ianya tak lebih atau tak kurang tapi mencukupi. Macam seolahnya ada orang A dan orang B

    • Orang A - mempunyai banyak tanggungjawab, kerja harian selalu sibuk tetapi selalu je ada masa untuk membuat kerja-kerja dakwah dan senang sahaja untuk dia mencari masa untuk membuat ibadah harian tanpa gagal.
    • Orang B - kerja harian taklah sibuk mana, working hours sama tapi balik petang scroll IG, FB, tau2 dah pukul 6 belum asar, solat selalu penghujung waktu, mathurat nya mana, solat sunat tak sempat, baca al-quran sukar sekali nak diluangkan masa. Jangankan nak pergi join program kebaikan semua tak sempat, masanya seolahnya menghimpit!
    Well we can just say A is more productive than B but the productivity will always depends on barakah that He give. Dua jenis manusia, makhluk yang punya mata hidung dan segala anggota yang sama dan diberi masa 24 jam yang sama (A tak diberi masa 25 jam puuun). Tapi bezanya pada keberkatan.

    Bila dalam surah ad-Dhukhan ni sebut diturunkan Al-Quran pada malam yang berkat. Well it mean, malam tu sama seperti malam-malam lain. Malam yang masih gelap dan hening, tempoh masanya masih sama iaitu dari terbenam matahari sehingga terbit matahari esoknya. Takde pulak tetiba malam special itu liplap ke bulan, matahari tetiba muncul buat onar tetiba ke. Takde pun. It's still malam. Tapi bezanya pada keberkatan. Buat satu amal dah gandakan seolahnya 1000 malam. Fuh. Berkat! Gila punya offer berkat ni weh.

    •  Malaikat

    Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut) (Al-Qadr:4)

    Sebelum Nabi dinaikkan (isra') ke Sidratul Muntaha, Nabi melalui Baitul Makmur (Ustaz tu sebut yang ianya seolah Ka'abah tapi dikelilingi oleh 70, 000 malaikat yang berbeza). Dan pada malam yang penuh keberkatan tu, dikatakan 70,000 malaikat akan turun membawa rahmat. Dan bukan hanya itu, malaikat yang teragung iaitu Jibrail pun turun sekali. Dulu kan aku selaluuuu takut kalau terbangun pada lailatul qadr ni sebab aku terbayang malaikat tu menjelma HAHA! Merepek.

    Malaikat adalah medium/perantaraan kita dengan Allah. Malaikat inilah yang menyampaikan dan channel segala wahyu yang diturunkan dari Allah kepada manusia. Wahyu-wahyu yang diturunkan itu semua adalah satu rahmat, pengajaran, guidance untuk kita hidup di dunia supaya akhirnya kita berjaya di akhirat kelak. Maka pada malam itu, bumi dikatakan sesak sebab banyaaaaaaaaaaak sangat malaikat turun! Diriwayatkan sebelah sayap malaikat meliputi separuh bumi. Imagine 70,000 malaikat?

    Ustaz NAK kata, setiap malaikat ni ada kerja dan tugas masing-masing dan kalau pada malam itu kita bangun dan doa specific apa kita nak (berjaya, diampunkan, jodoh, anak, kawan, keluarga etc), Allah akan directly arahkan malaikat yang turun bersama itu dengan izin Allah. Fuh, Imagine weh, macam sultan datang rumah kita dan tanya apa kita nak dan terus suruh orang-orangnya beri apa kita nak. Offer hebat gini pun kita masih liat. Mungkin bukan sebab liat, tapi mungkin ramai yang tak ambil kisah dan tahu betapa hebat malam ni. 
    •  Gol 


    Ramai antara kita bila ditanya apa yang paling kita nak dalam hidup adalah akhirnya dimasukkan syurga. Tetapi kenapa bila malam yang kita boleh buat wish/doa/grant apa-apa ni, doa yang sangat perlu diamalkan adalah doa di atas? Doa supaya diampunkan. Aih, kan dah biasa doa moga diampunkan. Macam biasa sangat je nak doa. Lepas solat pun selalu istighfar doh. Ustaz beri perumpaan yang buat aku cam T_T
    Ramai yang nak menjaringkan gol, tetapi hanya jadi pemain simpanan. Ramai yang nak masuk syurga, tapi dihalang dek dosa yang belum diampun.
    That is the ultimate thing we most wished is that our sins is not only forgiven but been removed from our own accounts. Ghafir - diampunkan, afwu - dihapuskan. Kadang kita persoal kenapa susahnya kita nak jadi baik, padahal kita belum habis minta ampun dari Dia pun. wuuu.

    Seseorang pernah bertanya kepada Ibnu Jauzy, 
    "Manakah yang lebih baik untukku; bertasbih atau beristighfar?" 
    Jawabnya, "Pakaian yang kotor lebih memerlukan sabun dari minyak yang wangi"

    • Iman & Harapan
      “Apabila memasuki sepuluh malam akhir, biasanya beliau (Rasulullah sallallahu ‘alahi wa sallam) menghidupkan malam, membangunkan keluarganya serta mengencangkan kainnya"
      Dalam riwayat Ahmad dan Muslim: “Beliau bersungguh-sungguh pada sepuluh malam akhir tidak seperti malam selainnya.”
    Disebutkan bila 10 malam terakhir, Nabi akan bersungguh-sungguh (jihad) as if usaha to the max. Baginda menghidupkan malam-malam tersebut. Well other meaning of hidup literally is tak mati. Bila kata tak mati, as if sebenarnya Nabi tak tidur sangat pun pada malam-malam tersebut. Baginda banyak solat beribadah berzikir dan berusaha untuk pergunakan malam-malam itu sehabis baik.

    Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu dari Nabi sallallahu’alaihi wa sallam sesungguhnya beliau bersabda: 
    من قام ليلة القدر إيماناً واحتساباً غفر له ما تقدم من ذنبه (رواه الجماعة إلا ابن ماجه 
    “Barangsiapa yang berdiri (menunaikan shalat) pada Lailatul Qadar dengan iman dan berharap (pahala), maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni." 
    (Diriwayatkan oleh jama’ah, kecuali Ibnu Majah)
    Ini hadis yang palinggggggggg aku rasa terkesan. Orang yang bangun, menghidupkan dengan penuh rasa keyakinan dan keimanan serta pengharapan yang mengunung pada Allah, dia tau dia tak layak tapi dengan Ehsan dan rahmat Allah, dia mohon untuk dikurniakan kesempatan itu, that person definitely dapat lailatulqadr ni. Sebab dia dah usaha, dia nak sangat-sangat, dia niat dan doa supaya dipermudahkan, dan bila dia dapat bangun dan solat atau beribadah dengan penuh perasaan, berkerut dia minta doa, mengalir-ngalir air mata sampai sakit kepala dia berdoa pada Allah.

    Dan Allah akan hapuskan dosa yang lalu. Tak disebut dosa itu dari segi kuantiti atau kualiti. Makanya, it might be all kind of sins we've done. Pernah je baca hadis ni tapi rasa macam lerh bestnya :/ tapi perasaan kosong je. Bila ustaz share baru rasa zusssss bukan calang-calang orang yang dapat k. Orang yang berusaha je k. Faham tak? Baru cam rasa tak layak nye lahai.

    •  Celaka!
    Dari Ka’ab Bin ‘Ujrah (ra) katanya: Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) bersabda: Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan mimbar. Maka kami pun berhimpun. Lalu beliau menaiki anak tangga mimbar, beliau berkata: Amin. Ketika naik ke anak tangga kedua, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika menaiki anak tangga ketiga, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika beliau turun (dari mimbar) kami pun bertanya: 
    Ya Rasulullah, kami telah mendengar sesuatu dari tuan pada hari ini yang kami belum pernah mendengarnya sebelum ini. 
    Lalu baginda menjawab: “Sesungguhnya Jibrail (as) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: 
    Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. 
    Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu. Lalu aku pun mengaminkannya. 
    Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam surga. Lalu aku pun mengaminkannya. 
    [HR Al-Hakim dan Sanadnya Sahih

    Sayang sangat sebenarnya kalau kita dah tahu kelebihan dan disebut-sebut tawaran yang Allah berikan tapi end up kita buat tak endah. Kita make it as hari biasa, lagi malang pada waktu penuh kerahmatan itu kita sedang melakukan maksiat. "It is a major crime if we knew it but we ignore it" - Ust NAK. Kita dah diberi macam-macam peluang, yet and yet Ramadhan comes and go but we still don't get anything. Memang ada orang kata kenapa masa Ramadhan je nak jadi baik? Bukan itu sepatutnya, di bulan Ramadhan inilah bulan kita melatih diri untuk melakukan semuanya yang terbaik dari segi ibadah, kerja dan hubungan dengan manusia. Dan dengan latihan ini, harapan besar bagi empunya diri adalah dapat diteruskan sehingga bila-bila. No, we will never be perfect but as long we use this opportunity to make out something, insyaAllah Allah will grant us if it is the best for us.

    Moga-moga, ini Ramadhan yang terbaik dan dipertemukan dengan Ramadhan akan datang. Dan moga pada takbir eidul fitri yang akan menjelang beberapa hari ini, kita mampu merasai kesayuan kerana kemenangan kita dalam 30 hari kita berusaha menjadi seorang a'bid yang lebih bertaqwa.

    p/s : Hoping this wouldn't be my last post for this year HAHA.

    No comments: