Sunday 5 September 2010

Are you me?

Sudah tinggal lagi enam hari sebelum Syawal menjelma. Bergembiralah dan sambutlah bagi orang yang berpuasa.

Hai, saya orang baru kat sini. ha ha ha
Aku baru menjalani aktiviti aku yang sudah lama aku tinggalkan
Melihat, memerhati, memimprentasi
(ejaan apa ni?)

Ouh, aku dah ingat balik kenapa aku berhenti menulis seketika. Ini adalah kerana beberapa sebab:
  1. Aku tak suka orang judge berdasarkan apa yang ditulis
  2. Aku rasa rendah diri tengok blog orang-orang Alim
  3. Aku rasa menyampah tengok blog sampah
  4. lepas tu aku rasa menyesal sebab aku punya blog pun macam sampah
Apa-apa pun, aku rasa aku dah penat untuk membanding bezakan diri aku dengan orang lain. Allah menciptakan seseorang itu dengan keistimewaan masing-masing, kita pun tahu Allah takkan pernah cipta manusia yang sama sifatnya, macamana dilahirkan kembar seiras pun. Takkan ada sama. Mungkinlah, ada lah yang sama pendapat, sama keinginan, sama minat. Tapi takkan semua sama. Secara titiknya, jadilah diri sendiri dan bangga dengan apa yang kita ada. Yang buruk, kita baiki. Yang cantik, kita make up kan lagi. Usahlah cuba dengan susah payah untuk menjadi orang lain. Bukan dapat jadi pun, akhirnya penat aje lebih. Malah, bertambah benci kepada diri sendiri. Mungkin kita boleh ikut sifat seseorang dengan mendidik diri, tapi untuk meniru, itu adalah tindakan yang sia-sia. Bak kata Remy Ishak, "Kita tak boleh jadi orang lain, tapi kita boleh jadi lebih baik,bukan?".

Ceh. Cerita lama.

Maafkan aku seandainya aku masih tidak up-to-date kepada isu semasa. Aku perasan aku macam Ashabul Kahfi, duduk dalam gua berzaman-zaman. Bezanya, mereka pertahankan agama Islam, aku pulak duduk dalam gua sebab takut dan pengecut untuk menghadapi kebenaran. Sudah hampir setahun aku tinggalkan zaman kegemilangan. Perasan. Aku selalu rasa aku sangat best ketika di Maahad. Apa-apa pun, hidup ini bagaikan tayar kereta. Pancit sana, isi. Dah bocor, tukar aje lah tayar. Duduk UM, dugaan yang besar untuk aku. Tiada siapa kisah kau solat berjemaah, tiada siapa peduli pun kalau kau tinggalkan solat. Nak bukak al-quran pun rasa begitu payah. Apa-apa pun, bukan di UM sahaja berlaku. Kat mana-mana pun boleh terjadi. Aku cerita berdasarkan pengalaman. Betapa payah kita bina Iman sejak dulu, dengan mudah boleh goyah apabila takde benda kita nak pegang. (senyum). (malu)

Awalnya, aku benci diri aku. Kenapa aku tak boleh jadi sifulanah, muslimah yang lembut, tutur kata terjaga, cantik malah pandai. Kemudian aku sakit hati kenapa aku tak dapat jadi seperti sufulan yang dengar lecture sekali dah terus paham apa yang diajar. Seolah-olah tidak bersyukur dengan kelebihan yang Allah beri pada aku. Yelah, saat tu kau nampak yang titik hitam sahaja kau fokus, kertas putih tu pun kau tak nampak,kan? Aku ulang lagi sekali. Hidup umpama donat, kau pusing-pusing, rupa donat tetap sama. Sedapnya. Yummy. Ouh, bukan maksudnya, bersabarlah wahai diri, di kala kau di bawah, istighfar dan mohon supaya kau tak mudah berputus asa, di kala kau di atas, istighfar dan mohon jangan kau jadi manusia yang sombong di muka bumi Allah.

There is no way to turn back
But there is always room for improvement





Jangan difikirkan derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa kepada Tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pergi pasti cerah kembali

Ouh. rindunya Maaaaaahaaad~

Jadi titik noktahnya, sayangi diri anda, pakailah helmet.
Banggalah dengan apa yang kita ada
Usah sibuk mencari apa yang tiada pada kita
Rasai kehidupan ini dengan hati dan minda terbuka
Belajar
Berani menerima apa bakal berlaku
Life isn't always fair
but Allah do
[-_-"]

4 comments:

iDhaM!! said...

aish...
rndu maahad or rndu eskrem dr org maahad :p???

Matatahahari said...

Idham ni, diam-diam ah.

P/S : itu sudah tentu~ rindu orang bagi askem uh. hahahahahaha

iDhaM!! said...

aish... aku nk gak eskem!!!

Matatahahari said...

Mintak ah dengan kau punya sendiri. hahahahahahahahahahaha