Tuesday 14 September 2010

Teknologi = Malas ?

Wah. Aku memang kering kata-kata dan idea. Sudah berapa lamakah aku merendamkan otak ek?

Apa-apa pun, Salam Eid Fitri. Minta maaf kalau-kalau ada tercuit hati kamu yang kecil itu ye. (Dahlah kecik, dikecikkan lagi dengan kata-kata manusia kesian si hati ni). Duit raya, marilah bagi. Aku kecik lagi. Duit nak buat kahwin tak cukop. ha ha ha. Oh, marilah datang beraya rumah aku. Tak, rumah aku taklah jauh yang kamu sangka. Subang Jaya sahaja. Bukan di Arau mahupun Karnataka.

Mungkin aku sudah terlalu lambat untuk menonton cerita Wall-E. Aku selalu ketinggalan. Ketinggian aku juga sudah ketinggalan. Ada kaitan ke? Tapi apa yang nak aku press-the-button adalah, aku rasa bangga sebab hypothesis aku sejak tiga tahun lepas adalah benar. Mungkinlah. Er. Ada bantahan, sila bagitahu. Bukanlah, aku terfikir.. Makin banyak teknologi yang dicipta menjadikan kehidupan kini sangat mudah. Sehingga satu tahap, tidak boleh ada alasan lagi kenapa tak dibuat. (kalau dia buat juga alasan, [macam AKU] maknanya dia ada masalah pemalas dalam diri [macam AKU]). Dan akhirnya, manusia menjadi sangaaaaaat malas untuk berusaha.

Tahun 2010, banyak benda yang kita tak sangka dengan menggunakan akal dan ilmu manusia yang sikit ini, manusia mampu mencipta pelbagai perkara. Paling dekat kita boleh lihat. Kemudahan telefon bimbit. Fungsi asal adalah untuk menghubungkan antara orang pada jarak yang jauh. Tapi sekarang, kita guna telefon untuk buat apa-apa. Canggih beb. Aku paling kagum dengan kemudahan GPS. Kau cakap je lah kau nak pergi mana, petik jari dah tiba. Tak pun, macam guna pintu sesuka hati doraemon, kan? Macam-macamlah kan. Nak difikirkan, sejarah telefon berasal dari burung merpati yang hantar surat kan? Haha. Aku pakai teka je. Mudahkan?

Itu baru satu contoh. Banyak sangat yang boleh diuraikan. Lagi contoh mudah, internet. Sekarang ni zaman semua di hujung jari, kau nak apa-apa, kau taip je lah. Bukan setakat nak main Facebook, nak mencuri data pun boleh. Aku rasa nak mencuba guna internet untuk bershopping sakan barang-barang pasar. Tak payah aku susah payah keluar rumah, naik kereta, cari parking, bayar parking, beli barang (berat), balik rumah. Tak mustahil, nanti orang membeli belah ayam dalam internet. Ouh, sukanya! Siap beli bawang-bawang, sayur-sayur. Menarik nafas legalah Nobita kalau ada gitu ye.

Okeh, persoalannya.
Kenapa Doraemon tak beri Nobita guna semua yang dia ada dalam sakunya untuk semua perkara? Sedangkan sakunya mempunyai pelbagai kemudahan.

Doraemon sayang Nobita, kan. Dia taknak Nobita jadi malas.

Aku sendiri pun dah terbiasa begini, membuatkan aku menjadi lagi malas. Betul weh.. Budak zaman sekarang nih, mungkin kepandaian akademik sangat memberangsangkan. Sana-sini straight A sampai dah tak hairan lagi. Kalau dapat straight A+ pun tak kisah. Tapi tetap ada masalah, masalah budak pandai tapi tak bijak. Kenapa? Hal ini kerana kurang membaca dalam kalangan generasi yang akhirnya menjadikan neuron-neuron dalam otaknya kurang membuat jaringan, yang menjadikan kita lebih malas nak berfikir. Ouh. Aku terasalah. Haha. Dalam cerita Wall-E, boleh nampak kapten tu sendiri pun malas nak membaca, mendengar informasi yang komputer boleh berikan. Malah, tak reti pun nak buka buku macamana. Kalau dah pemimpin pun begitu, apatah lagi rakyat dalam kapal itu sendiri, kan? Sedangkan kalau kita sedar bahawa sesuatu fakta yang sikit itu mampu menjana otak untuk otak berfikir ke ruangan yang lebih luas.
"Luaskan minda, luaskan pandangan.

Tapi part yang aku paling suka, semua manusia digambarkan menjadi sangat gemuk. Dahlah gemuk, tak reti nak berjalan menggunakan kaki pulak tu. Mungkin yang digambarkan berlaku dalam cerita tu adalah 700 tahun lagi. Tapi tanya diri, kita nak ke hidup kita hanya makan, hiburan depan mata dan kesenangan semata-mata sampai kita sampai nyawa dicabut. Bosannya. Takde cabaran, tak hiduplah. Kalau hidup sekadar cukup-cukup makan je, baik mati je lah. "Tak kisahlah, bermakna atau tak hidup aku ni, yang penting aku tak mati".


"Don't just survive, we must live"



No comments: