Saturday 29 January 2011

Pelangi

Aku dah janji dengan Allah, dengan diri aku, dengan mak, aku taknak sedih lagi.

Biarlah sangat sakit, sangat pahit untuk aku telan. Aku kena belajar. Aku kena belajar menjadi kuat, tidak mudah lemah, tidak mudah jatuh. Astaghfirullah.. Setakat ujian seciput yang Allah sengaja ciptakan ini, takkan mudah untuk aku mengeluh. Ini hanya cinta manusia. Tidak pernah akan adil. Sejak kebelakangan ini, aku taktahu kenapa aku masih menyimpan janji itu sedang aku tahu, janji manusia tiada jaminan. Tapi aku seolah-olah masih berharap untuk ditunaikan janji itu. Kadang-kadang, aku teringat malam tu. Malam yang aku membuat keputusan untuk melepaskan semuanya. Tipu kalau aku cakap, aku tak rasa menyesal. Tapi berbekalkan janji Allah pada aku. Aku masih kuat. Aku tahu, aku mampu. Sesungguhnya, sesiapa yang berusaha untuk mengeluarkan diri dari jalan yang Allah murkai, pasti akan dapat mencari jalan keluarnya.

Dan aku tetap yakin, Allah tetap akan menghadiahkan aku pelangi pada akhirnya.

Dulu, aku sangat sibuk berfikir tentang jodoh. Aduh, macamana ni, kalau takde pakwe, takde orang lah nak kahwin dengan aku. Ya Allah, sungguh rasa kehilangan selepas itu. Kosong. Aku menyesal dengan sangat sebab jarangkali mengisi hati aku dengan cinta-NYA sebelum tu. Dan aku diuji, Allah menarik cinta manusia yang bagaikan pasir itu. Aku terasa kosong. Tapi Allah tak pernah tinggalkan aku. Dia dengar segala rintihan aku, dan aku terasa setiap masa bagaikan berbicara dengan dia. Aku tetap yakin. Aku berdiri pada jalan yang betul. Aku tak buat salah dalam memilih jalan ini. Aku tipu, kalau aku cakap aku tak sedih. Aku tipu kalau aku cakap aku rindu. Tapi setiap kali aku teringat, aku makin kuat berdoa semoga dilindungi hati aku dan dia.
Dan diberi kebaikan pada kami biarpun pada jalan yang berbeza. Dan...jika telah terjawab persoalan aku selama ini, dan bukan aku orangnya. Aku perlu belajar untuk redha. Redha-Mu ya Allah lebih yang aku ingin. Biarpun terpaksa lalui kesedihan, kehilangan. Itu tanda kasih-Nya yang berpanjangan. Saat itu, biarlah aku tersenyum bangga melihat kejayaan dia.

[Satu keluh besar] Aduuh, mak. Mak, jangan mak risau-risau mak. Anak mak yang ni kuat walaupun ciwek dan manja. Biasalah mak, healthy development lah. =) I love you mak, more than myself. Et minta maaf sebab selalu buat mak sedih. Mak, Et dah nampak apa yang Et nak dalam hidup Et, yang macam mak selalu cakap. Bukan seperti yang diuar-uarkan dalam media. Cinta itu perlu, untuk menjadi alat mendapat keredhaan Allah. Bukan sebaliknya. Lek ah mak. Nanti kita masuk syurga sama-sama eh.


وَلِرَبِّكَ فَاصْبِرْ
Dan kerana Allah, bersabarlah.
[74:7]


Jantung berdegup kencang. Dunia menunggu logam kau, Zetty. Jangan kau berdiam diri. Kau orang yang terpilih di antara yang ramai untuk merasai ujian Allah. Untuk kau diberi peringatan. Biarlah. Biarlah orang melihat aku sebagai orang asing, aku tetap akan berdiri dengan kaki walaupun semua berjalan menggunakan tangan. Asal aku tahu, aku mencari mardhatillah.



Mudah dijumpa namun sukar untuk dipelihara.

Satu keluhan lega. Alhamdulillah. Tahniah. Teruskan usaha. Ya Allah.. Iringi aku dalam perjuangan ini. Biarlah orang nak kata aku poyo, merintih lah. Tapi ini rahsia aku dan Kau, kan. Mana ada orang tahu. Hehe. Aku lagi merindui Dia dari dia. Aku yakin Dia lebih dari dia. Aku percaya Dia lebih dari aku percaya dia. Aku sayang Dia lebih dari dia. Aku mencari redha Dia biarpun dia benci aku. Tapi aku tak benci kau. Haha. Tak simpan apa-apa. Kosong-kosong.

Minta maaf zahir dan batin. Semoga kau temui cinta yang lebih kau akan hargai lebih dari cinta
manusia.

Untuk yang membaca, Haa. First time aku tulis post berterus-terang. Hahaha. gelak aah. Lawak aah. I'll be myself and I'm not ashamed for being me =) Thanks for those who appreciate me for what I am. Hahaha. Mood jiwang weh~

Wahai si pelangi, walaupun saya taktahu siapa awak. Boleh jadi awak orang yang saya kenal atau tidak, saya letak 99% pada Dia. Lagi 1% usaha kita eh. Tunggu saya pelangi, nanti saya jadi matahari awak. Kita indahkan dunia ni sama-sama eh~

6 comments:

Safwan Hamdy said...

alah~

kau.

hahaha

lepak sudeyh~

Farizat said...

ade sahabat kita kata, usah dicari siapa yg soleh tu..asalkan kita sendiri jd solehah, insyaAllah, yg soleh tu tetap akan dtg sendiri...zetty,trima kasih utk kata2 sblm ni! semoga Allah redha dalam segala hal yg kita buat! ^_^

Matatahahari said...

Safwan,
tengah lepak-lepak ah ni sebab tu boleh luahkan perasaan tanpa kaver. hahaha

Ijat,
insyaAllah. Jika kita berusaha untuk keluar dari jalan yang Dia tak suka, kita mesti boleh. Semoga hati-hati kita dilinduingi dari propaganda cinta manusia yang tidak mendapat keredhaan Allah. Moga Allah iringi perjuangan kita dua, Ijat. Jazakillah khairan kasiran !
Ukhuwah fillah!

atikah rahman said...

zetty, comelnya :)
" Bila reda Allah jadi matlamat kamu, maka kamu adalah orang yg bebas" ^_^

Anonymous said...

sangaaaaaat straight entri ni...tak ada belok2 dah..ahaha

Semoga Allah kuatkan hati tu!!

~ayat last awak tu sangat2 membuatkan hati ni berbunga2..pliz jgn wat entri mcm ni lagi lain kali...ahahah...gurau je..

Semoga diketemukan dengan pilihan yang terbaik pada masa yang paling tepat..insyaallah...

study2...exam2....cuti2...waaah..cuti lah...
rasa mcm nak wat entri psl entri awak ni lah ms cuti ni...wait n see je lah..ahaha

~seseorang yang dah tak begitu rahsia dah..

Matatahahari said...

Atikah,
Haaaa. U always make me like WOW. haha. yeah, hati yang bebas utk mencari cinta Allah =)

Anon,
bila pulak saya buat berbunga2. Pelangi pun takde lagi, saya pun masih belum jadi matahari. Serius do. Taktahu pun awak siapa. Haa, ni mesti Aimi ni. hahahaha.