Saturday 5 March 2011

Mushy.



"Then He showed him what is wrong for him and what is right for him;"
91:8




A month to go. I really don't want to know what will happen next. Let just the silent kills the moment. Sigh.

Ketika si monyet sedang di atas pokok, tiba-tiba angin ribut datang. Kuatlah si monyet ini berpaut pada dahan pokok supaya tidak terjatuh ke bawah. Begitu kuat si monyet memeluk dahan itu sehingga berjaya tak terjatuh. Kemudian datang pula angin taufan, kali ini lebih kuat. Terbit perasaan gerun di hati si monyet ini, mampukah ia untuk tak jatuh kali ini? Dengan semangat, dia memautkan bukan sahaja tangan malah kakinya sekali. Mukanya bagaikan tertampar, bulunya bagai hendak tercabut ketika angin taufan menyapa si monyet. Lama kemudian, angin itu semakin surut dan terus pergi. Legalah hati si monyet. Selepas itu, ketika si monyet hendak memetik buah, datang pula si angin sepoi-sepoi bahasa. "Ah, sedapnya.." Si monyet begitu yakin bahawa angin ini tak mampu buat dia terjatuh. Dia terleka. Tanpa disedari, badannya hilang kawalan dan akhirnya terjatuh. Jatuh.

Ujian kesenangan sangat menakutkan. Kisah monyet yang berada di atas pokok ketika 3 jenis angin datang padanya membuktikan kesenangan mampu melekakan kita sehingga terjatuh. Sungguh, aku takut dengan ujian ini, aku bagaikan tak mampu nak melawan dugaan ini. Kerana kita sering tahu, ujian yang berat akan buat kita lebih kuat. Tetapi ujian kesenangan? Bila Allah memberi apa yang kita mahu, Dia mahu melihat sejauh mana tahap kesyukuran dan ketaqwaan kita. Jika Allah tak memberi apa yang kita mahu, sungguh, Dia menduga kesabaran dan ketaqwaan kita juga.

"Berjalan tunduk, bukan erti kau kalah, tebarkanlah serata jiwa"

1 comment:

mutiara said...

nur syamsyi,

Silence
is an ocean. Speech is a river.
When the ocean is searching for you, don't walk
into the language-river. Listen to the ocean,
and bring your talky business to an end
{",)