Wednesday 30 March 2011

Usaha

Setiap orang ada kisah masing-masing. Cerita aku, cerita kau, cerita dia, cerita mereka semua berbeza. Bagi aku, cerita aku best. Bagi kau, cerita kau best. Jadi, hargai setiap perkara yang berlaku. Kerana Allah tidak menciptakan sesuatu tanpa sebab. Jangan mengeluh dengan kekurangan diri, kerana Allah mahu melihat kekuatan yang mampu kau keluarkan dari kekurangan itu. Usahlah bandingkan apa yang dia ada dan apa yang kau tiada. Tapi jadikan kelemahan kau dan kelebihan dia sebagai pengukuran untuk meningkatkan ketaqwaan dalam diri.

"Lembah nurani fitrahnya suci
jangan ditinggal gersang
jangan dibiar hitam
gersang nurani kerana tiada ilmu
hitam nurani kerana dosa bertimbun
noda di hati melemahkan minda
kembara sufi terasa sukarsesatlah di dalam pelayaran
hanyut tiada pedoman
akhirnya karam dalam kegagalan"

Untuk setiap perkara, Allah telah tetapkan jalan cerita kau. Tapi kau tidak akan pernah tahu apa akan berlaku pada masa hadapan kelak. Mahu berjaya, bukan? Bagaimana mahu berjaya jika tidak cuba untuk berusaha? Yang penting usaha. Allah tidak melihat hasilnya melainkan usahanya. Usaha, Tawakal. Usaha, Tawakal. Usaha, Tawakal.



InsyaAllah. Ukhrawi wa duniawi. [=

1 comment:

iDhaM!! said...

Setiap kekurangan mnjadi satu alat atau pmbakar smngat tuk sesuatu yg hebat ;)