Wednesday 20 April 2011

Mentari



Ibarat mentari yang menyinari kegelapan
Menyuluhkan cahayanya kepada semua
Tidak sekali Si Matahari penat dari memancarkan cahaya
Biarpun satu dunia mencemuh silauannya
Dia memilih untuk menjadi petunjuk jalan
Dari menjadi pembakar
Tiada kata penat dalam kamus hidupnya
Terus mentaati perintah penciptanya yang Satu
Terus-menerus memberi cahayanya kepada semua
Si Matahari tidak pernah malap hanya bila saat itu tiba
Cintanya dia pada kita, masih tetap menyala
Kasihnya dia pada kita, masih tetap membara
Biarpun jasadnya sudah tiada
Rohnya tetap bagaikan hidup di setiap pelusuk hati kita


Do I REALLY deserve you, Rasulullah?
Semoga aku dapat berjumpamu dan dapat melihat kau senyum padaku


Pertama kali terasa tiada masa untuk berehat walaupun pengajian asasi telah tamat sejak jumaat lepas. Sangat banyak perkara perlu dilakukan. Hari ini baru pulang ke kampung halaman Subang Jaya. Setelah 5 hari bersama Ramyun Islam, mentautkan hati untuk meraih cinta Illahi. Alhamdulillah. Syukur yang banyak-banyak-banyak, ya Allah.

Ana ramyun, min rimayatil islam. Farmi, aina mashi'ta.
(Aku adalah anak panah dari anak-anak panah Islam. Lemparkanlah aku, kemana sahaja yang kau mahukan"
[Saad bin Abi Waqas]

Selamat mengembara, wahai pengembara. [=

No comments: