Tuesday 10 May 2011

Kesungguhan

"Saya F******* dan saya seorang penakut orangnya. Saya adalah jenis orang yang tak boleh stay up sampai lewat malam, jadi saya suka bangun untuk study pada waktu pagi. Masalahnya, saya sangat takut untuk ke toilet seorang diri sebab saya takut hantu. Hehe. Jadi setiap kali bangun pagi, saya akan berdoa biarlah masa saya ke pergi toilet, ada juga orang yang pergi toilet sekali. Berani sikit ! Alhamdulillah, doa saya makbul even saya terbangon pukul 4 pagi, mesti ada je orang yang nak pergi tandas sekali. Waaa, rasa macam sangat best, hantu tak boleh kacau !
Tapi lama kelamaan, dah takde orang yang dah nak pergi tandas pagi-pagi buta, dan saya yang tak tahan diri nak ke toilet terpaksa redah je. Setiap hari macam tu. Ish. Saya dah lah penakut ! Kenapa Allah dah tak makbulkan doa saya ni?! Hadoi !! D
Dan sekarang, tanpa saya sedar, saya semakin berani pergi ke toilet seorang diri. Hmm, Wau! Saya baru sedar sebenarnya saya tak perlukan teman tapi saya perlukan keberanian ! Ya, itu dia ! Keberanian !
Sahabatku, Allah tak semestinya beri apa yang kita mahu, tapi dia sentiasa beri apa kita perlu."

Pengakuan ikhlas dari seorang yang teman yang biasa sahaja dari rupanya. Tidak nampak seperti alim, tetapi sangat berusaha untuk mencari jalan menuju Allah. Percayalah, dia bukan pelajar sekolah agama mahupun keluarganya bukan hasil Baitul Muslim tapi dia adalah salah satu kawan saya yang istiqamah dalam ibadahnya. Mengalahkan saya. Dari memakai lengan pendek, dia cuba sedikit demi sedikit, dengan stokin dan tudung yang lebih labuh. Dan dia berusaha untuk pergi surau walaupun jauh dari biliknya. Bukan mahu memuji, tapi sungguh kagum dengan kesungguhannya.

No comments: