pinjam ya Momo
sabar. sabar. sabar. sabar. sabar.
untuk apa?
Meraih redha Illahi.
Aku ingin menjadi seperti Din. Setiap yang Allah beri itu, dia redha, sabar dan tabah hadapinya. Biarpun Allah tidak memberi apa yang dia mahu, tapi d Din yakin Allah memberinya apa yang dia perlu. Ayat pelangi [2:216]. Din tidak mengeluh dengan apa yang ada, malah dia menghargainya biarpun satu dunia mencemuh pilihannya itu. Din tahu, bukan redha manusia yang perlu dikejar, tapi redha Kekasihnya itu lebih diutamakan. Din meletakkan Allah sebagai matlamat, bukan berkahwin dengan perempuan sekolah agama yang memakai tudung labuh yang mempunyai fikrah dan perjuangan yang sama. Tapi Din percaya dengan janji Allah. Din nampak, itu hanyalah alat dan juga ujian kasih-sayang yang ditimpakan buat dirinya. Susunan cerita yang Allah rancangkan untuk kita adalah yang terbaik. Hanya orang yang berfikir akan menghargainya.
Aku juga mahu jadi seperti Jaja. Biarpun dahulu dia jahil tentang islam, tapi bila Allah mahu berinya Hidayah, tiada siapa yang mampu menghalang, bukan? Seorang isteri yang dahulu masa remajanya dihabiskan dengan bersuka-ria, malah perkataan syahid dan jihad tidak pernah ada dalam kamus hidupnya, akhirnya membenarkan suaminya pergi berjihad. Isteri mana yang tidak sedih jika akhirnya suaminya tidak pulang-pulang? Dia redha. Dan untuk Jaja, Allah beri kenikmatan yang paling besar biarpun dia sering meninggalkan Allah dahulu, tapi terbukti, Allah sayangkan Jaja. Tidak sedikit masa melupakan hamba-Nya yang seorang ini.
Aku lebih mahu menjadi aku. Pengalaman setiap orang itu berbeza, dan aku mahu menghargai setiap detik nikmat yang Allah kurniakan padaku. Aku masih kecil, tapi bercita-cita tinggi, biarpun tidak setinggi jihad Din, aku juga ada perjuanganku. Banyak lagi perkara yang perlu akan risaukan, tiada masa sebenarnya. Ha Ha Ha. Tapi juga masih stuck ni, merepek-repek lah ni !
No comments:
Post a Comment