Friday, 10 June 2011

SHL 19


Akhirnya, Sumayyah kembali. Masih segar dalam ingatan. Dua tahun telah berlalu. Dia tidak mahu melupakan kisah itu kerana kisah itu yang banyak mengajar padanya erti hidup, cinta dan matlamat. Bagi orang lain, kisahnya itu sungguh cliche. Kisah cinta yang membosankan itu. Tapi cukup bagi dirinya, cerita itu telah disusun secara cantik oleh pencipta-Nya untuk menguji dan menyedarkan maksud cinta sebenarnya. Dan bagi dirinya, kisah cintanya ini tidak patut disimpan tapi untuk dikongsikan bersama semua. Bukan untuk meraih pujian atas ketabahan hatinya, bukan juga untuk dirasakan gah, tapi untuk berkongsi pengajaran yang diperolehi oleh pencipta-Nya yang Maha Penyayang. Bukanlah begitu penting bagaimana kisah itu terjadi, dan apa telah berlaku, tapi apa yang Sumayyah dapat dari kisah itu?

Setelah semua yang berlaku, Sumayyah bersyukur kehadrat Illahi kerana Allah telah membantu dirinya untuk memilih antara hak yang batil. Bukan dia tidak tahu cinta kepada tempat yang salah itu hukumnya haram, tetapi dia tidak tahu bagaimana mahu menolak perkara itu. Sekian lama dia buntu untuk mencari jalan keluar, dicubanya untuk membersihkan diri dari dosa yang dia sedar perbuatannya itu mencari murka Illahi. Dia berusaha, walaupun dia tidak pasti apakah kesudahannya. Namun, Allah telah berjanji untuk melihat usahanya itu. Alhamdulillah. Syukranlillah. Hamdanlillah. Berkat usaha serta bantuan dari Allah, Sumayyah mampu keluar dari lubuk kegelapan itu. Sumayyah kembali menjadi Sumayyah. Kuat, tabah dan bercita-cita tinggi. Membina harapan mahu hidup mulia atau mati syahid sahaja. Sumayyah menjadi begitu bersemangat! Tapi dia hanya manusia biasa, Sumayyah terlupa. Allah telah juga berjanji untuk menguji hamba-Nya yang beriman sehingga terbukti keimanannya itu. Allah mengujinya sehingga Sumayyah terlupa bahawa kebergantungan itu hanya layak pada Allah. Dan lagi sekali Sumayyah buntu. Dia benci keadaanya itu, kerana hampir-hampir buat dirinya lupa pada tanggungjawabnya yang menggunung itu. Susah, sesak, sesat ! Sumayyah mohon lagi pada pencipta-Nya yang itu untuk menunjukkan jalan yang benar, kerana dia tidak tahu lagi mahu buat apa. Baginya, janji cinta yang telah ditinggalnya itu seakan-akan boleh ditunaikan. Namun, Allah lebih tahu apa yang baik buat hamba-Nya. Dan sangat sekejap Allah memberi petunjuk. Sumayyah terkejut, kaget, tersentap apabila mengetahui kenyataan itu. Sakit, sedih, pahit, pedih. Tapi, Alhamdulillah, kerana ada Tuhannya dalam hatinya, dia sedar, itulah bantuan yang diperlukan. Petunjuk. Hidayah.

Tanpa Sumayyah sedar, Allah telah memberinya perkara yang lebih baik atas usahanya untuk meninggalkan kemurkaan-Nya demi cintanya pada-Nya. Apa dia? Hee. Rahsia. Hadiah yang paling bermakna buat dirinya. Rahsia dia dan Dia. Yang penting, Sumayyah telah menjadi jelas akan matlamat hidupnya yang satu, mencari redha Illahi dalam menjadi khalifah dan beribadah kepada-Nya. Dan Sumayyah sedar betapa dia perlu bersabar atas semua perkara kerana syurga itu terlalu mahal untuk manusia yang mensia-siakan hidupnya di dunia. Hal ini membuatkan Sumayyah merasa malu terhadap pencipta-Nya tidak pernah putus-putus menariknya kembali dalam jalan Dia walaupun Sumayyah sedar bahawa dia bukan hamba-Nya yang begitu taat ketika masa remajanya. Namun, dia tahu, dia perlu berusaha untuk meraih cinta itu. Usah pandang masa lalu, lihat kehadapan, dan bergerak !

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Aku vain. Haha. Semua orang menyampah dengan aku sebab aku eksaited macam apa aje. Eleh, semua orang ada hari jadi sendiri, kau ni kenapa? Haha. Aku balas, kalau bukan kita yang hargai diri sendiri, macamana orang lain nak hargai kita? Diri kita adalah hadiah TERbaik yang Allah beri, bukan? Selamat hari jadi yang kesembilan belas. Semoga Allah akan beri yang TERbaik untuk kau. Semoga matlamat kau tercapai. Semoga kau bersama semua yang kau kenal di syurga kelak. Semoga berjaya duniawi dan ukhrawi. Dan bertambah amal seiring dengan umur ! Haha. Ramai orang tanya, "Yang kau eksaited sangat kenapa?". Satu, sebab nanti mesti family aku yang kucar-terbalik-pelik-best tu akan buat gathering ramai-ramai, pastu main ramai-ramai. Well, adik-beradik aku dah tua, jadi bukan senang nak ajak main ni. Hee. Dua, aku rasa macam tahun baru. Setahun sekali je kan? Nanti mesti aku rasa macam baru je tekan butang Refresh. Ketiga, yang paling penting, aku menghargai setiap nafas yang aku dapat hirup setiap tahun. Kurniaan Illahi.


Six of us. Mak is amazing.


Sejurus selepas habis SPM


Mereka bukan satu geng, tapi mereka adalah kawan baik saya.


Maahad <3



Awal Pasum

Z2 wee.




Ketika cinta berusrah

Bintang-bintang kehidupan

Rindu suasana hening petang hari di KK12


Meja semangat

Mencari jalan pulang.


KTM. Tempat untuk berdakwah. Haha.


Dan tempat untuk perasan. Ala, bukan selalu kadang-kadang aje kan syok sendiri letak gambar perasan. Haha. Dah nama blog aku, kan. Haha.


Lagu yang dihadiahkan sempena hari jadi aku oleh orang yang paling istimewa. Sayang awak, walaupun kita selalu bergaduh, tapi jangan lupa, kita kan kawan baik. Haha.

Untuk si Matahari, maafkan, redhakan, teruskan hidup. Usah palingkan pandanganmu kebelakang lagi. Yang sudah lepas, biarkan sahaja ia berlalu. Namun, jangan pernah menyesal dengan apa yang berlaku, semuanya itu atas kerja Allah. Untuk memberi pengajaran kepadamu. Matlamat. Jangan lupa !

2 comments:

dokmakan said...

sofiya,

selamat hari lahir

SubhanaAllah, a nice entry, tp ntah kenapa nak meleleh airmata with no reason

hamraa' ツ. said...

salam sofea.
sanah helwah ya! ;)
moga Allah kurniakan kekuatan dalam menempuh hidup yang penuh cabaran ni.
jalan kita masih panjang.dan moga baki usia yang tersisa dalam redha Allah. <3