Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
Tak cukup rasanya untuk membalas semua kenikmatan serta ujian yang diberi Allah kepada kita biarpun berjuta kali mengucapkan kalimah itu. Terus terang, sangat keletihan hari ini, sejak balik dari tadi, patutnya dah terbungkang. Tapi sementara semangat masih ada. InsyaAllah, mahu kekalkan semangat itu ! Amin !
AKU DAN KAU BERBEZA
Aku, berasal dari sekolah agama. Mungkin perangai aku masih busuk dan kurang senonoh. Tapi aku perhatikan pelajar sekolah aku sendiri, menjaga ibadahnya dengan baik, kalau tinggal 1 waktu dalam solat, dirasakan berdosa dan menyesal seumur hidup. Bila mathuratnya tidak dilakukan ketika balik wajib pulang ke kampung masing-masing, dirasakan hatinya kosong. Seringkali dia mengajak abangnya itu untuk menjadi imam buat solat maghrib. Masih mahu merebut pahala 27 itu walaupun selepas itu dia balun tengok cerita Korea marathon. Malah, jika dia terasa malas, dan mahu melewatkan solatnya, ibunya akan tegur akan kelewatannya itu. Walaupun hati remajanya tidak mampu melawan fitrahnya apabila ternampak lelaki pujaannya, dia terus teringat kata-kata Ustazahnya yang menyuruh menundukkan pandangan. Apabila lengan bajunya terselak sedikit, pasti ada rakannya untuk tolong menarik lengan bajunya itu.
Dan kau, berasal dari keluarga yang mewah. Tinggal di bandar, terasa keperluan hidupmu mahu mengikut kawan-kawanmu keluar ke Metroprima. Oh, takde class, pergi One Utama lah best. Kau mahu keluar selepas waktu persekolahan dan pulang lewat malam pun, mommy dan daddy tak kisah. Yang penting kau balik rumah. Full stop. Mereka tidak langsung kisah, Maghribmu di mana. Isyakmu, sudah tertidurkah? "Mommy kena jumpa datin ni." "Daddy busylah, sweetie, malam ni ada golf tournament dengan datuk X". Di sekolah, kau jadi tidak malu apabila mencuba membuka tudung di dalam sekolah sendiri, lagi-lagi bila tiada kawan menegur. Walaupun pada awalnya kau berasa segan untuk membuka ia. Malah, kawan lelaki yang kacak berkata, "You nampak cantik dengan rambut perang you yang lurus." Kau malah rasa bangga. Apabila Ustaz menegur, "tidak sopan si gadis membuka auratnya dan menutupnya bila-bila masa ikut suka sahaja !" .Kau jawab dengan nada tinggi, "Eh, akhirat nanti, saya tanggunglah sendiri, ustaz jangan risau."
Aku dan Kau...
Kenapa kita berbeza? Adakah bila kau sedar, kau akan soal Tuhanmu itu, "Kenapa kau tidak adil kepada aku?". Untuk si aku, adakah kau pula merasa kau berada di zon selamat tanpakau sedar keperluan dirimu untuk si kau itu? Adakah si aku merasa cukup dengan solat lima waktu tanpa pedulikan si kau?
Mereka bukan tidak mahu menjadi seperti kita, mereka tiada peluang. Allah uji mereka. Percaya atau tidak, ujian buat dirinya dalam keadaan persekitaran seperti itu, adalah ujian yang lebih hebat dari kita?
Adakah kita berbeza? Tuhan kita sama. Dia ciptakan kita atas tujuan yang satu, mencari redha-Nya. Aku ada hidung, kau pun. Aku ada semua yang kau juga ada. Cuma, Allah memberi rezeki pada kita dengan cara berbeza. Namun, adakah kita mahu meletak gap antara mereka? Mereka memerlukan kita ! Sungguh !
-----------------------------------------------------------------------------------------
Aku sungguh terkesan. Aku baru pulang dari menghadiri sebuah kem di Gombak. SK Bandar *** **********. Aku terkejut sebenarnya. Seolah-olah aku baru keluar ke dunia yang sebenar. Aku terkejut apabila aku tanya mereka, siapa yang solat penuh untuk setiap hari. Hanya seorang yang mengangkat tangan. Yang lain, bila ditanya sengaja atau tidak. Lebih dari separuh menjawab mereka meninggalkan solat dengan sengaja, tanpa rasa berdosa. Aku tidak puas hati, aku tanya lagi. Mak ayah tak marah adik ke? Mereka jawab, mak dan ayah kadang-kadang je solat. Ayah selalu berjudi dan tak solat, jadi mak kata, 'kalau dah makan minum pun haram, solat lagi pun dah tak guna'. Malam itu, semuanya menitiskan air mata apabila aku ingatkan mereka, kita tidak tahu ajal kita bila, boleh jadi lagi 5 minit selepas kita tamatkan sesi ini, tanpa kita bertaubat kepada Allah atas dosa meninggalkan solat. Aku juga turut mengalirkan air mata apabila nampak kesungguhan mereka mahu berubah. Bukan mereka ingin jadi seperti ini, mereka mahu kembali juga, mereka juga rindu pada pencipta-Nya berterusan memberi kenikmatan kepada mereka walaupun sudah banyak kali mereka kufur. Mereka mahu mencari ketenangan itu. Ketenangan yang dimana apabila disebut nama pencipta-Nya, mereka merasa tenang. Bukan mereka mahu, cuma mereka tiada peluang. Siapa lagi yang mahu membantu mereka, jika bukan kita?
Jangan abaikan mereka. Mereka mahu menjadi soleh dan solehah. Cuma mereka tiada ruang untuk bertanya. Dan apabila disuruh membaca al-Fatihah dan beristighfar tiga kali berulang-ulang kali, mereka tidak merasa bosan malah mereka merasa tenang. Biarpun mereka tak faham makna disebalik kata-kata cinta itu. Adakah kita mahu juga meletak garis antara mereka?
Astaghfirullahalazim.
6 comments:
wahhh....dlm x sedar dunia kdg2 menguasai manusia....kita kdg2 terkandas di pangkalan jalan....hati berkata utk kembali pada-NYA...tpi nafsu pulk yg menguasai diri...sesungguhnye kesabaran itu penting....keimanan itu paksi kehidupan kita...ingt lgi..(1+1=???...3)...heheh....ya Allah,jaga lh hati2 kami ini dgn jagaanMu...sungguh kami hamba mu yg lemah....
salam. weyh title ni buat aku fikir mcm2. sgt luas kan, tp mmg betul lah. haha angah like lah ;)
Zihah, insyaAllah. Kita kena kuat untuk membantu yang lemah. hee.
Angah, hahaha. ingat apa haa? saje bagi tajuk yang sensasi. nanti angah tak baca. hakhak.
wooo..hakikat dunia yang sebenar~~wlaupun bile bace entri ni rase mcam bace novel :pp but the truth is,that is our real life
zetty.... :'(
sedyhnye...tgggjwb yg trgalas smakin drsekn berat bbnnye..
RABBUNA YUSAHHIL WA YUNAJJAH
ps:ble bce rse cm tgh bce novel..sgt suke :)
DS aka hidayah busuk :
well, i'm quite surprise . culture shock jugak sebenarnya. Kita ingat, 1 skolah je macam tu. Tapi hakikat sebenar, mostly sekolah meman macam tu. Kita yang duk skolah agama ni yang niche. Sikit sebenarnya. itu pun nak cari masalah sana sini. Apapun, marilah sama-sama cuba yang TERbaik untuk jalan ini.
Timah :
Nak jaga anak usrah pun rasa berat, inikan nak jaga saudara yang kita tak kenal, susah sebenarnya ! sebab tu islam mengajar kita semua orang islam adalah saudara, tidak kira umur, negara. ini baru hal kat dalam malaysia, yang kat Gaza? hmm.
p/s : timah kan memang obses dengan aku. hahahahaha
Post a Comment