Thursday, 14 July 2011

Tenang

Nama saya NurZetty Sofia binti Zainuddin. Berumur 19 tahun 1 bulan. Aku memang suka sebut nama sendiri. Macam best. Hari ini hari yang penuh diberkati oleh Allah. Hujan pagi yang turun, menenangkan hati dan perasaan biarpun sangat gundah gelana. Syukur aku ke pada-Mu, kerana aku masih lagi mampu bernafas dalam dunia ini. Biarpun aku rasa tak layak. Dengan dosa yang menggunung, aku malu untuk tetap berdiri di tanah-Mu ini.

Astaghfirullahalazim.

Astaghfirullahalazim.

Astaghfirullahalazim.

Satu jari menuding kepada orang lain, empat jari kembali menuding kepada kita sendiri. Bila ada masalah, kita seringkali salahkan keadaan dan orang lain yang berada di tempat kejadian. Tapi kita langsung sedar, kita adalah punca masalah itu. Sebagai contoh mudah, kita selalu marah bila ada orang mengumpat kita ni teruklah macam-macamlah. Memanglah mereka yang salah, dosa mengumpat. Tapi perkara itu takkan timbul kalau kita sendiri yang wujudkan. Tak percaya? Ce try. "Eh, aku tak buat apa-apa, haza fitnah ! ". Iya, mungkin ada situasi begitu berlaku, dan kau akan nampak seolah-olah orang itu yang buat onar, dan kau tak bersalah ! Tapi, sebenarnya, kau lupa, kau lupa, dan kau memang manusia yang lupa. Kau pernah buat kesilapan itu. Kau tak boleh lari. Kau tak boleh lari dari masalah itu. Kau kena tanggung dan jawab. Kalau benar mereka itu silap, jadi pedulikanlah mereka. Mereka itu manusia yang suka menjaga tepi kain orang tanpa mengetahui itu kain silk mahupun kain jenis Mawi. Cehh !

You have to face it.

Astaghfirullahalazim.

Blame yourself first before you blame others.

Boleh panggil saya Zetty. Sofia pun boleh, Nur lagi bagus! Cahaya. Saya sedang menghadapi saat-saat genting. Jadi tolong doakan saya. Aku tahu aku bukan sempurna, aku masih belum layak digelar muslimah walaupun cita-cita tinggi mahu jadi seperti Uwais al-Qarni yang tidak terkenal di dunia tapi sangat famous di langit! Aku masih kurang ilmu, ibadah masih belum cukup, masih tidak solehah. Tapi tidak bermakna aku akan berhenti setakat itu. Aku akan teruskan berusaha ke arah itu. Aku tidak percaya kepada transformer yang berubah dalam sekelip mata. Tapi aku percaya kepada Kungfu Panda yang mahu jadi lebih baik dari hari ke hari. Tanpa mengambil kira siapa dirinya sewaktu kecil. "You are not you in the past, you are what you are now". Jadi mari ambil tindakan. Teruskan hidup !

Biarpun ujian Allah melanda, Dia uji dan akan terus menguji sehingga kita benar-benar beriman, bukan? Aku mengalami masalah lemah ingatan, tak ingat ayat al-Quran yang mana.
H A H A.

"Allah knows we’re weak. We are weak. But subhannAllah so much of our sins are motivated by not really knowing how much He loves us. We don’t let Him fill us with His love, so we are empty. Because of our emptiness we may fall into sin because we’re trying to fill our emptiness through something else. The antidote is only one thing. Realize, feel, know how much you are loved. A love that never dies, never wanes, never fails. Let that fill your heart and make you smile :)."

(Yasmin Mogahed)
Keadaan orang Mukmin itu sangat menakjubkan. Kerana segala urusan yang menimpanya dianggap baik. Tetapi keadaan ini hanya berlaku kepada orang yang BERIMAN. Iaitu bila mendapat kesenangan, dia bersyukur kerana itu lebih baik untuknya. Dan apabila dilanda kesusahan dia bersabar kerana itu lebih baik untuknya
[Hadis Muslim]

Astaghfirullahalazim.

Buat semua insan yang pernah rasa marah, bengang, tak puas hati, tolong maafkan aku. Aku banyak kekurangan. Namun aku tidak mahu kekurangan aku ini membuatkan aku ditarik masuk ke neraka. Maafkan aku. Dari hujung ketajaman tudung sehingga hujung stokin. Dan jika masih tidak puas hati, marilah datang dan tampil biarpun secara alam maya. Tekan message kat FB dan mari kita bincang secara damai. Semoga kita mendapat jawapan yang lebih baik, dan kita akan tenang di kemudian hari. Apa gunalah Usul 20 yang Imam Syahid Hassan al-Banna cipta jika kita masih bergaduh mengenai perkara yang sia-sia.

Astaghfirullahalazim.

Jika cita-cita aku mahu jadi mentari, dan aku mahu sejauh-jauhnya dari fitnah. Bukan untuk menyinari hanya seorang, aku mahu menyinari buat semua. Kerana aku rindu dengan matahari kita semua, berselawat atas nabi Muhammad SAW. Aku hanya salah seorang yang mahu meneruskan usaha baginda. Harapnya, tidak disalahkan cita-cita ini. Biarpun aku masih lagi seperti rumput, bergoyang sahaja lebih sambil mengharapkan cahaya Mentari itu. Tapi tak mustahil bukan si rumput itu menjadi matahari?

Wallahualam.

Hidayah Allah itu umpama hujan. Diberikan kepada semua. Cuma tinggal kita samada mahu hanya tengok dari tingkap, mahupun mandi air hujan itu, atau menadah dengan mangkuk, mahupun, baldi, mahupun besen? Itu pilihan kita.

Aku sangat cinta akan Hidayah. Hahaha. Terima kasih Allah kerana memberi aku kawan seperti Hidayah. Seterukmana pun aku, dia terpaksa terima. Hahahahaha. Kalau tak, memang aku band dia dari Hanzalah. Hahaha. Apa kaitan neh? InsyaAllah. Doakan aku, aku akan kuat. Semoga ujian kali aku berjaya hadapi dan aku naik ke level seterusnya. InsyaAllah, tidak akan quit game. When Allah is our reason to live, we will never have the reason to quit.

Banyaknya aku bebel. Aigoo. Asyik woot woot je. hahahaha. Dah lama sangat tak bebel lah ni !

Esok. Hari kemuncak. . . Cuak. . . Sampai dah tak rasa kaki jejak tanah. Semoga Allah beri aku dan mereka yang TERbaik buat kita. InsyaAllah. Allah lebih tahu ! [2 : 216]

Nota berbulu kaki : Rindu kat Umi, yeay, esok jumpa Umi yeay. I'm sorry mama, because tomorrow I want to clean up my closet. Semoga diberkati Allah juga.

AMIN! AMIN! AMIN !




Mari hidup tenang ! BERSIHKAN diri bukan dengan pakai baju kuning, marilah kita bersihkan hati dan touch up Iman kita kembali ! Ujian hadir untuk membersihkan diri.
Freedom !

5 comments:

-DS- said...

hanye mampu :))))))..insyaAllah kau akn diberi kekuatan.berusaha juga untuk mnjd kuat okeh..aminnnn~~

Matatahahari said...

DS tu apa? Aku tau DP je. Haha. Jazakillah khairan kathiran nenek tua. Doakan aku. Semoga doa kau itu, Allah makbulkan. Amin !

-DS- said...

baeklah moyang~~haha..amin.

Fatin Filzati said...

:-))))))

be strong zetty, u are who you want to be

siiruu 'ala barakatillah~~~

Matatahahari said...

Filzati, InsyaAllah. doakan aku. Kau juga lah ya, chayok2.