Wednesday, 3 August 2011

Ghoyatuna?


3 Ramadan 1432H

Ujian bulan ramadan...

Jangan benci sangat, nanti lama-lama sayang.Jangan sayang sangat, nanti lama-lama benci.

There is no guarantee in life. People come and go. Sayangnya kita pada orang itu boleh jadi benci bila Allah uji, bila Allah tarik balik sayang itu. Betapa kita cinta suami kita, tapi kalau Allah ambil dia dalam keadaan kita cinta dia lebih dari seisi dunia, adakah kita akan cakap Allah itu tidak adil? Apabila kita terlalu percayakan seorang kawan sehingga kita lupa untuk meminta pada-Nya, dan akhirnya kawan itu melakukan sesuatu yang luar dari sangkaan kita, adakah kita akan cakap Allah itu tidak adil?

Sungguh, Allah tidak menciptakan sesuatu tanpa sebab!

Bukan sebab Allah menzalimi kita tapi kita yang menzalimi diri kita.
Bukan sebab Allah tidak berlaku adil terhadap kita tapi kita yang tak berlaku adil pada Dia.
Bukan sebab Allah tidak memberi hak kepada kita tapi kita yang tidak meletakkan hak itu di tempat yang betul.

Apabila Allah beri kenikmatan, Allah mahu kita menjadi hamba-Nya yang bersyukur.
Apabila Allah ambil kenikmatan, Allah mahu kita menjadi hambanya yang berSABAR.

Dan bukan dan bukan dan bukan kerana Allah itu dengki pada kita bila dia TARIK semua nikmat itu. Tapi sebab kita zalim terhadap diri kita dan kita LUPA pada Dia.Dan Bukan dan bukan dan bukan kerana Allah tidak sayang dan cinta pada kita bila memberi dugaan sebegini, tapi sebab Allah mahu menegur dan menarik kita kembali ke jalan-Nya.

Maka, justify. Kita atau Allah yang salah?

Kita.

Fullstop.


When Allah loves you, He endure you with trials. So face those trials with smile because deep down you know He loves you.

Kembali pada Allah, istighfar banyak-banyak, bila rasa nak buat keputusan, tanya Allah, jangan kita buat keputusan secara selfish, fikir pasal diri kita tanpa berfikir tentang orang lain dan tanpa fikir pasal ALLAH !

Jangan lupa, matlamat kita hidup adalah hanya kerana ALLAH dan bukan untuk mendapat suami yang soleh dan setia sahaja !

Kerana Allah boleh uji pasangan kita dengan tarik cinta itu balik, dan saat itu, kita nak menyesal sebab kahwin? Tak tak. Tapi justify balik. Ini semua ujian Allah, maka ujian Allah itu tidak lain hanya untuk menegur kita. Ingatkan kita balik, Allah itu matlamat. Bukan suami soleh itu matlamat.

Sungguh, kalau kita meletak matlamat kita pada duniawi, kita akan rasa sangat kecewa bila gagal mendapatkan ia. Tapi kalau kita meletakkan ALLAH sebagai matlamat, maka kita akan sabar untuk setiap perkara yang berlaku. Biarpun teruk ujian yang Allah beri !

Dan perkara ini, bukan hanya untuk menegur mereka tapi juga aku. Yang salah tetap salah. Yang haram tetap haram. Jangan cuba-cuba mahu meletakkan haram sebagai halal dan halal sebagai haram.

Dan sungguh, Kami benar-benar akan menguji kamu, sehingga Kami mengetahui orang-orang yang benar-benar berjihad dan bersabar diantara kamu; dan akan Kami uji perihal kamu.”
(Muhammad 47:31)

Ya Allah, tolong dan tolong dan tolong selamatkan ini...Hanya Kau yang betul-betul tahu mana yang baik dan mana yang buruk. Maka, dorongkan mereka jalan yang TERbaik buat mereka. Juga buat aku. Dan kau, dan kita semua.. Amin..

Allah ghoyatuna !



No comments: