Monday, 1 August 2011

Laalakum tattaqun !


2 Ramadan 1432 H


Sangat rasa teruja bila buka FB dan banyak status yang best-best pasal Ramadan. Dan tak terkecuali, aku rasa sangat hiba apabila membaca mengenai khutbah Nabi Muhammad SAW mengenai bulan Ramadan. Haha. Nak? Nah, baca sambil buka lagu tu. Haha < Like di sini >

Ok. Aku banyak sangat nak bebel, sangat banyak. Tapi memandangkan tekak dah mula sakit bila telan air liur, hidung sudah sumbat dengan hingus yang tebal, mata sudah terasa berat, kepala, hmm. tak payah cakaplah. Phewwww, tanda-tanda demam bakal menguji di bulan penuh barakah dan mawaddah ini ! Masa untuk telan panadol actifast dan tidur !

Apapun, aku harap post aku ni memang nampak tidak berguna bila baca, tapi silalah baca Khutbah Nabi Muhammad mengenai bulan Ramadan. Anda, dan anda yang seperti saya yang tidak mempunyai semangat untuk berebut pahala ketika bulan ini, pasti akan ada semangat itu ! Ini masanya, kita mahu lihat betapa pemurah semurah-murahnya Allah itu.

Ramadan isn’t the time to seek for the bare minimum, Ramadan is the time to excel and if you aren’t striving for your best in Ramadan, then how is the rest of your year going to be like?" [Abdul Nasir Jangda]


Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
[ Al-Baqarah : 183 ]
(p/s : ayat bila sedang malas-malas, semangat perlu di-boost kan dengan ayat sebegini. Siapa tidak mahu menjadi orang bertaqwa? Rugi-amatlah !

Semoga menjadi laalakum tattaqun !

No comments: