Wednesday, 21 September 2011

Don't Judge a Muka Buku.

AMARAN KERAS : Bahan bacaan ini tidak sesuai untuk dibaca oleh manusia yang mempunyai penyakit hati yang melampau. Sila tekan butang escape segara sebelum apa-apa kejadian yang tak diingini berlaku.

Anda pasti pernah dengar pepatah omputih yang telah di-translatekan "Jangan hakimi buku oleh penutup" ( sumber : Google Translate ). Bercakap pasal menghakimi atau bahasa lebih biasa adalah menghukum ini, sedar atau tidak, adalah rutin harian yang akan berlaku setiap hari. Anda lihat senashkah majalah yang berwarna Oren dan bertajuk , "Untuk Kaum Hawa" dan juga terselit lukisan anime yang dilukiskan menggunakan ballpen, barangkali. Anda pasti lebih tertarik dengan majalah Remaja yang berkulit tebal menggunakan kertas yang berkualiti berserta tajuk hangat seperti, "Anda dan Dia, Cinta Muku Buku?". Terus teranglah, secara manusiawi nya, anda pasti lebih tertarik pada majalah Remaja. Ok, ok. At least, untuk cinta pandang pertama, pasti anda terdetik, "Yang ini lagi nampak best". Memang tak dinafikan, memang akan ada yang memilih majalah yang berbalut A4 berkaler itu. Tapi kita tengok puratanya. Pasti ramai yang nak amek yang cun, cantik, baik, bersih, bukan?

Don't judge the book by it's cover.

Pepatah ini tidak berhenti setakat ini, anda pun tahu, bukan hanya limit pada buku tapi sebenarnya untuk banyak perkara. Dan perkara paling best ada lah, mengenai manusiawi itu sendiri.

Apa belit aku cakap ni.


Komen yang lucu. dan comel lagi-lagi komen si Fariz itu. Haha.

Hmm. Sepanjang menggunakan FB, inilah kali pertama status paling banyak orang like. Walaupun salah grammar. Lupa nak letak 'It's kat antara by dan tudung. Dan, paling ramai like adalah kaum wanita. Mengapa ya ? "There is always a truth when you are hurt". Agaknya, sebab ramai memahami perasaan aku kan. Aku ni manusia biasa. Aku ada buat silap. Dan mungkin kerana perangai aku yang gila-gila yang sudah bertambah gila sejak masuk UKm ni telah membuatkan ramai yang salah sangka terhadap aku. Iya, lagi-lagi pada tudung aku. Bukan, lebih besar adalah menjadi fitnah kepada Islam itu sendiri. Astaghfirullah hal-adzim... Nauzubillah. Tak kurang yang pernah mengeluarkan kenyataan, "Perangai kau tak selabuh tudung kau". OUCH T____T perkataan tu , aku akan ingat sampai bila-bila. Sedih tahu. Hmmm. Perangai lompat-lompat aku takleh ubaaah. Aku dah kehilangan kata-kata dek kerana hati terkena sembilu mengingatkan peristiwa itu.

I won't emphasize about it deeper. Jangan marah-marah, ok. At least there is something to ponder, kan?

jangan tertipu dengan tudung labuhku kerana itu bukan pengukur iman seseorang. jangan tertipu dengan tudung labuhku, aku hanyalah seorang muslimah yang masih lagi dalam proses mencari kemilau cahaya islam sebenar, berusaha menjadi muslimah solehah, tapi bukan bermaksud aku adalah manusia sempurna. tapi dengan tudung labuhku, aku berusaha mencari redha aLLAH

Nota jari kaki : Aku en, naik muak dengan lagu Cinta Muka Buku tu. Ala si najwalatifs nyanyi tu. Bukan sebab aku dengki kat dia sebab dia lagi muda dari aku mahupun suara tak sumbang macam aku. Serius, melodi lagu tu superB. Sedap, aku tak nafikan. Berkata aku yang minat mendengar music sejak kecik. Tapi, aku terkesan dengan lirik dia. Tak kenal tapi bolej jatuh hati ! WEHO ! Aku teringatkan seseorang. Jeng jeng jeng. Berkenalan hanya di laman muka buku, bila anda nampak namanya, "wardah syauqah" dan DP nya gambar berniqab, anda terus kata, "baik ni ! Konfirm masuk syurga ni !" . Habis aku yang letak nama sendiri dan DP tak berniqab tapi nampak gigi ni takboleh aah masuk syurga ? Anda, ke Allah yang tentukan nasib aku di mana kelak ? Anda? Konfirm sudah masuk syurga untuk kata orang ni masuk neraka mahupun syurga ? Hate the sin, not the sinner. Who are you to judge?

2 comments:

Wadi AR said...

kau tetap adik kenit akak. teruskan tudung labuh kau. dan lagi satu akak nak bagitahu macam tula perasaan akak bile akak datang sekolah mase f6. kau tengok layanan budak budak bawah macam mana? dah lame akak nak bagitahu tapi pendamkan aje. kau fahamkan? :')



sori, terlebih panjang pulak komen.

FarizDanialz said...

perempuan yang pakai tudung labuh bukannya konfirm masuk syurga..

tapi perempuan yang pakai tudung labuh ada kesedaran ingin menjadi lebih baik dari sebelumnnya..

note : asal blogspot tak de orang like ek? tak bes la tak de orang like komen ni