Thursday, 15 September 2011

Lalang ?

16 Syawal 1432 H. Hari ketiga puasa. Wahhh !

Ok. Sudah seminggu aku di tempat baru . Semua sibuk bertanya hal masing-masing, apa khabar dan semua lah kan. Untuk aku, berada di tempat yang baru sangat membuat aku sangat teruja apabila tiba di sini . Walaupun sebelum nak masuk tu macam nak gila sebab macam perasaan terhadap nak kemas barang dah hilang ! Risau kutt, takut-takut hilang semangat bila dah masuk macam zaman dolu-dolu kala masa masuk PASUM tu. Tapi syukur alhamdulillah, syukranlillah, hamdanlillah. Memang terasa sangat berlainan kat sini. Bukanlah nak compare kan, UKM ni lagi best dari UM en. Tapi, tapi tapi . hahahahaha. Ok, hentikan ia . Biarlah yang dah masuk dua-dua U ni yang boleh bincang kenapa. HAHA. Ada pulak en salahkan U. Tak patut-tak patut. Yang sebenarnya berlaku adalah, keadaan yang berbeza, tempat yang berbeza dan paling utama, aku sudah menjadi lebih aku. I found my default. Hee. Cewahh. Serius, kalau dulu nak masuk tempat baru, mesti nak buat azam, "Ok, aku nak jadi orang pendiam". Last-last tensen dan stress sebab tak berjaya. Tapi kali aku hanya mahu jadi diri aku. Believe in yourself and be yourself. Dan kesannya lain. Aku masih aku yang bising, dan aku masih terus ikut suka menegur orang sana-sini tak kira kaum ( cewaaaaahh, eksaited kuuttttt dapat kawan chinese setelah sekian lama terperap dengan budak melayu. Haha. Suka sangaaat kat Chia Chyi ). Dan tak sangka juga, aku sangat - sangat bersemangat nak belajar . Cehh, baru 3 hari lecture dah bising. Ehhh, ok ahh kan. We must dream first before the reality really comes, right ?



Haha. Walaupun baru seminggu dah kat sini, terasa macam banyaaaak sangat benda buat. (kecoh betul, mentang-mentang selama ni memang tak aktif. ) Aku tau ramai yang marah aku kan kan sebab aku ni manusia yang lalang, kejap yang ini kejap yang itu. Dulu cakap aku nak yang ni, sekarang cakap dah taknak. Perangai lalang ni sepatutnya tidak dicontohi mana-mana orang. Kadang-kadang aku fikir jugak, apa sebab aku menjadi manusia yang lalang, tak firm, tak tegas terhadap diri sendiri. Kenapa orang lain, bila dia nak yang ni, dia tegas. Yang itu jugak yang dia nak, hidup mati ! Tapi aku kenapa tidak begitu ? Tidak suatu perkara yang Allah ciptakan itu sia-sia . Takkanlah kan, aku ni dihidupkan sebagai manusia lalang ini hanya menambah bilangan sampah masyarakat yang dah terlalu banyak tu ? Pasti ada sebab. Bak kata pakar psikologi, kaedah re-framing ( cehhh baru baca buku 'DI MANA DIA DIHATIKU' ). Maknanya, bila kita dapat sesuatu yang kurang baik, contohnya ada perangai lalang ni kan. Tapi kita jadikan ia alasan untuk menampakkan ia baik. Paham ke ? Aduhh, aku pun tak reti nak eksplen. Maknanya, aku cuba tengok benda tu dari sudut yang lebih baik. Contohnya : aku lalang, tapi bila Allah tak beri aku apa yang aku nak, aku akan cuba jugak suka benda tu. Walaupun selama ni aku tak suka benda tu. Paham tak ? HAHAHA. Aku tau, takde kaitan dengan lalang ni. Cuba2 laaaah paham en. Macam kaedah yang Islam ajar, bersangka baik, never sangka buruk. Haa, paham tak sikit ? Tapi aku lebih suka kaedah makcik Daing Masita ajar, iaitu, bersangka baru. Kita hanya manusia biasa, bila kita nampak benda negatif, sebenarnya memerlukan 1001 keupayaan untuk tukarkan ia kepada positif. Ia, aku tak mengatakan itu perkara yang mustahil, anda mungkin boleh lakukan, cubalah ! Tak salah pun. Jadi dari tak bersangka baik atau tukarkan ia menjadi positif, anda mampu bersangka baru. Tak baik sangat , tak buruk sangat. Haaa. Paham tak? Tak paham, nanti tanya makcik Daing Masita, cari FB dia. Haha..



Hm berbalik kepada aku si lalang, abang aku, tak dapat terima keputusan yang telah aku lakukan. Aku tak salahkan dia. Sebab aku yang mulanya bersemangat waja nak sangat pertahankan benda itu, dan aku sungguh kecewa sebab kalah pada peringkat pertama. Aku memang tak sepatutnya mengaku kalah sehingga titisan darah terakhir. Aku jadi keliru, adakah sebab aku ni lalang, atau...aku sebenarnya ada perancangan lain yang orang lain taktahu ? Atau mungkin, orang lain taktahu, aku mengikut kata hati sendiri setelah meminta bantuan Dia untuk tunjukkan jalan? Namun demikian, aku tetap takut untuk membuat sebarang press conference untuk membongkarkan ia. Iya lah, lalang mana mahu kau percaya ? Omong-omong kosong ennggak bisa meyakinkan orang lain sehinggalkah perkara itu sudah terbukti. So, its better to shut your mouth for what you've been dreaming, especially infront of others. Dreaming isn't a sin. You need to dream so there will comes the way of the reality. Tapi tak perlu bagitau orang. Sebab apa ? Sebab, nanti bila tak jadi, orang tanya macam-macam. Ok, aku dah lalui banyak benda-benda macam ni. Aku ni bising, semua benda pun nak cakap dengan orang. But I've learnt. I may do the same mistake in the future, but I need to learn. Even in the hard ways. InsyaAllah.

Ok. A very quick update. There were to many things to say. Haha. Dah jadi lemak tepu dalam otak sebab dah berkepam. Anyway, UKM memang best ! Apa yang best ? Haha, bukan tempat tu yang membuatkan kita best, tapi kita sendiri yang buat tempat tu best . Cewaaah . Poyo kan. Tapi betulkan ? Alhamdulillah. =) Tapi sangat perlukan mencari geng bulatan gembira di sini. Urgent, sebelum terjadi perkara yang tidak diingini. Haha. Jugaa sangat merindui geng-geng bulatan gembira di PASUM, Maahad dan yang terjumpa secara berjodohan di serata dunia.

Nota stokin kaki ada jari yang berbelang berwarna perpel + hitam : Semua akan hilang kewarasan bila tengok stokin aku, lagi-lagi geng-geng chinese, diorang gelak guling-guling. Aku tak paham kenapa. Haha. Ok, sudah terlepas sedikit kerinduan kepada Umi setelah berborak berjam-jam macam orang bercinta sebab dapat free call. Haha. Alhamdulillah. Jazakillah Ain AJ kerana tertinggal kan hp nya pada aku. Haha. Ok, mari bersemangaaaat ! (walapun aku tau aku hangat-hangat tahi ayam, tapi tak salah bukan ? Mari ubah menjadi orang lebih baaik !)

4 comments:

FarizDanialz said...

fais sentiasa sokong 80 amek diet since semua orang against 80 amek diet, dan since 80 ngangis bila tau dapat diet.. because i believe what happen to you is the best choice that Allah made it.

note : buat pi orang kata apa, yang jadinya kita bukannya orang lain

fatimahYA said...

tergolek2 aku gelak bce post nieh :)
btw, zetty mmg kuat!

Zackyun said...

macam dengar etty cakap aje yang laju2 tue...

kak yah sokong aje ape yg etty nak...kalau nak amek dental, sanggup aje kak yah buat ape2..tapi kalau dah suka diet, okay gak. boleh kak yah belajar cara2 nak jd kurus macam kate moss =)

eh bukan kakyah gak ke promote jadi dietitian

ape2 pun, always be my feveret young sister.. <3 u always!~

Matatahahari said...

Fais, menangis terharu . T__T hahahaha. terima kasih sangaaaat. iyaa, kita perlu tahu tujuan hidup sebenar, matlamat kita bukan hanya pada kerja , kahwin, anak , cucu. tapi lebih dari itu jika yang mengetahui. haha

Timah, gelak laaah kau. aku tau aku comel en en.

Kakyah, sebab ada kakak yang pengejar mimpi macam kakyah laah et nak kejar mimpi-mimpi. berani untuk bermimpi. mat jenin, mat jeninlah. suatu hari realiti itu akan tiba. ceehhh. bunyi poyo gila. terimaa kasihh memberi sokongan yang padu. semoga et jadi pakar diet yang bertambah dekat pada Allah !

Amin !