Friday, 21 October 2011

Din, itu dulu .

Terlalu banyak perkara yang Allah selamatkan aku. Walaupun pada asalnya, begitu perit untuk menerima setiap satu tu. Tapi Allah dah janji, Allah akan beri yang lebih baik kepada kita kalau kita lepaskan sesuatu yang kita cintai tapi dalam masa yang sama Dia benci. Dalam keadaan serba tiada malah hina, malah aku bukan hamba-Nya yang masih layak untuk masuk syurga-Nya, dalam berjuta umat, berbilion umat di dunia sebelum ini dan selepas ini, di mana agaknya kedudukan aku? Tapi Dia masih terus-menerus menduga demi menyelamatkan iman dan diri dari terjerat oleh nafsu sendiri dan hasutan syaitan.

Dalam keadaan yang kurang kawan untuk mewujudkan biah solehah, sungguh terasa rindu masa kat PASUM. Betapa mudahnya Allah nak beri suasana itu tapi sekarang, terasa begitu susah. Ujian ni umpama macam main game, kalau kita lepasi satu level, kita akan pergi next level yang mana takat susahnya sudah meningkat. Kan? Nak bandingkan keadaan aku masa kat PASUM jauh lebih teruk. Dengan cultureshock, ikthilat yang melampau tak jaga, putus cinta, self-esteem rendah, tak suka belajar, putus asa dari belajar, siap cakap kat Mak, "Mak, kenapa Et amek sains? Kenapa tak amek agama ke? Senang sikit. Mak, boleh tak , Et taknak belajar? Et nak duduk rumah, main internet dan duduk dengan Mak je". Betapa risaunya hati mak aku ketika itu. Tapi Allah hadiahkan aku dengan dipermudahkan untuk bawa aku kembali ke jalan-Nya setelah aku kufur-sekufur terhadap nikmat-nikmat yang Dia beri.

Siapa kata tak pahit? Siapa kata tak sakit hati? Siapa kata? Betapa perit dan malu nak minta doa dengan Allah untuk tunjukkan jalan yang benar dalam masa yang sama kita tahu kita menuju jalan yang salah. Malu tahu, minta Allah berkati perkara yang Dia terang-terang lagi bersuluh perkara yang Dia murka. Betapa aku rasa, aku memang tiada harapan untuk hidup sampai aku rasa lebih baik aku ini dimasukkan ke lubang neraka itu. Sampai begitu sekali teruk perasaan bersalah aku. KAU tak tahu,  yang kau tahu, kau terus-menerus memberi harapan sehingga sudah habis cerita pun kau masih mahu menipu. Dalam keadaan begitu pun, Allah masih sayangkan aku yang begitu jahil, aku yang masih suka dengar lagu Kelly Clarkson, aku yang masih suka macam breakfast meal kat McDonald, aku yang masih malas melakukan ibadah sunah, aku yang masih kurang jaga hati. Allah masih sayangkan aku. Dia bawa aku kembali. Tapi Dia bagi itu bukan secara percuma, ada syaratnya. Syaratnya, kau masih perlu USAHA. Biarpun dah tahu tiada harapan, kau usaha. Biarpun tahu hasilnya nampak macam jauh panggang dari bara api, kau usaha. Biarpun kau tau kau tak mampu, kau usaha. Allah dah janji bukan, Allah tengok usaha-usaha-usaha kita ni, Dia yang beri hasilnya. Dia akan beri jalan. 

Aku masih terasa terkejut, aku berjaya akhirnya keluar dari lubang itu dengan mengutip seribu satu pengajaran dari setiap perjalanan menuju jalan keluarnya. Aku masih rasa tak sangka. Sudah lebih setahun perkara itu berlaku. Aku sudah kembali menjadi aku.

Iya, aku mungkin bukan lagi Zetty yang kau kenal kerana aku adalah Sofia yang tidak kau kenal. Haha. Setelah semuanya tamat, semua cerita ini menjadi sangat lucu, tiada langsung nak terasa sedih atau kecewa. Well, when people said, it is hurt to be cheated by someone that you really love but somehow I don't feel any regret or sadness at all. Mungkin terasa sedih sebab banyak masa terbuang terhadap perkara sia-sia macam tu. Tapi at least, Allah tunjukkan lagi jalan yang membuatkan aku yakin, 'dia bukan Din'. Wallaualam. Serius do, siapa tak terasa en, dahlah kita ni takde peminat, memang tak lawa dan hitam dan bising dan tidak sopan santun, tetiba ada orang minat. Wah, syoklah tu. Siap bagi harapan bagai en, tapi Allah sayang aku bukan. Dia selamatkan aku dari terus menjadi manusia kufur terhadap nikmat-Nya. Akhirnya, , akhirnya, , akhirnya, , hahahaha. Anda sambung sendiri cerita itu. Senang kata, takde pun orang suka aku. Hahahahahahahahahaha. Serius do, terasa macam peluang nak jumpa Din macam jauh. Tapi yang penting, kita cari Allah , kan? Bukan kahwin itu syarat untuk masuk syurga , kan? Apa-apalah. Jumpa Din kat syurga pun takpa. Semoga Din bahagia dalam cinta Allah =)

 Pia dan Din


Nota jari kaki yang buat aku jatuh kat Masjid Putra : Itu cerita dulu, nanti cerita yang baru pula ya. Pengalaman dan cinta baru itu lebih indah . Kan kan. Haha. Selamat bermujahadan KakYah ke Lubnan semoga membawa nama Islam di setiap hati tentera-tentera itu . Iya, syukran, walaupun saya takde naqibah tetap, saya ada Ustazah yang sentiasa mengajar saya nilai-nilai cinta Allah yang juga selalu belajar Autonomic Nervous System bersama-sama dan perut berbunyi ketika dalam kelas Dr Yanti. Haha. Nak jadi baik , kita kena berdamping dengan orang yang baik , kan? EHEM . Haha. Itu cerita nanti yaaa.

5 comments:

Anonymous said...

amanina:great!

@Fr!^n@ said...

salam

suka baca coretan awak..
teruskan menulis.. :)
untung Allah bagi nikmat itu pada awak.. teruskan menulis.. :)

amicus curiae said...

satu satunya ahli dalam keluarga yang ada 3 rangkai nama.

Ramai yang tahu si Zetty, yang M.C.K.N, becok, cokelat dan glamer.
Tak ramai tahu kisah Sofia yang asalnya nama diilhamkan dari ahli falsafah filasuf, ahli pemikir, philosophia. Dan apa cerita Nur?

(Dan terlalu banyak nama timangan.)

Dalam cerita ada rahsia, dan dalam rahsia ada cerita.

Apa kakaf cakap ni?

Your post made me think poetically, beautifully about life.

Bukan DIN sahaja yang berhak bahagia dalam cinta Allah. Semoga kita semua pun ;-)

Matatahahari said...

Nina : Haha. Aku kan matang dari sisi kau. Dari depan, taklah kan? HAHA.

Afrina : Semoga tulisan tak sia2 untuk dibaca tanpa pengajaran diambil. InsyaAllah. Yang baik, amek . Yang hodoh, buang. Okeh.

Kakaf aka Maharani yang akhirnya turun padang nak bagi komen pada blog yang masih belum capai standard kakaf. hahahahahaha. Rasa macam nak quote 'Tak ramai tahu kisah Sofia yang asalnya nama diilhamkan dari ahli falsafah filasuf, ahli pemikir, philosophia'. Carikanlah Din, HAHAHA

amalia rostam said...

Insya Allah anda pasti akan jumpe DIN itu nanti jua.. :D