Wednesday, 9 November 2011

Ayo weh . Mari berusahaaaa !

Ok. semua orang kata blog aku bosan sebab asyik tulis benda sama je. Haha. Dah itu yang aku fikir selalu. Hm, dah lama agaknya aku tak tulis dengan tidak senonohnya mengikut ghaye bahasa sendirinya. Haa, bukan maknanya selama ini munafik mahupun hipokrit. Tapi kita ni manusia biasa bukan? Nak jadi perfect muslim bukan mudah. Banyak benda nak kena topup. Macam aku selalu motivate diri sendiri, aku cakap, " We may not be perfect but we have islam to make us the best that we can be". Jadi, kita nak jadi baik, memang susah lah kan nak terus jadi baik, tapi apa yang boleh kita buat pada langkah awalnya adalah 'berlakon'. Berkata Prof Muhaya. Haa, takut orang lain cakap kita hipokrit? Abaikan lalat serta nyamuk yang sering ganggu pandangan mata ketika sedang memandu.

Ya, langkah pertama itu penting. Niat lebih berganda pentingnya. Sebab menentu keikhlasan sesuatu tu adalah berdasarkan niat kita. Biarpun dicemuh , dikutuk , mahupun ada halangan di pertengahan jalan, benda-benda tu adalah lalat dan nyamuk sahaja bagi kita dan kita boleh teruskan apa kita sedang buat berbekalkan semangat kita ! Yehaaaaaaaa~

Setiap perkara yang berlaku pasti ada sebabnya. Ada orang kata, dia eksiden dan kehilangan dua belah kaki serta ibu jari tangan sebab Allah nak ingatkan dia, takde apa yang kekal dalam dunia ni hatta dia tu pemain bola sepak sekalipun. Ada pula orang kata, budak kecik ni kuat mencuri sebab abang dia dulu selalu curik kereta mainan dia. Hmm, walaupun aku tau aku tak berapa nak matang seiring dengan penumbuhan badan yang kurang nak membesar, tapi aku masih ingat aku fikir macam ni masa darjah 6, ' Kalau orang tu jahat, mesti ada sebab dia jadi jahat, boleh jadi sebab dia kena abuse dengan famili mahupun kawan-kawan suka buli dia'. Jadi pemikiran ni dah membesar sampai lah aku berumur 19 tahun 5 bulan. Setiap benda terjadi, pasti ada sebab.

Tapi, kalau kita dilahirkan dalam keluarga yang bukan ada tarbiah, kalau kita dibesarkan bukan dalam baitul muslim sekalipun, adakah itu menjadi alasan kita untuk terus jadi jahat dan taknak masuk syurga?

Memanglah pencuri motosikal Modenas yang kejam tu, dalam sudut hati dia, mesti ada rasa nak masuk syurga. Tapi apa yang membezakan kita dengan orang lain adalah dengan amalan kita. Seiring atau tak amalan kita dengan niat kita?

Kalau nak betul syurga tu, buatlah rupa nak masuk syurga kan?

"Aku dah cukup banyak buat amalan, konferem masuk syurga beb "

Ehh, kau tau, aku tersentap sangat bila teringat ceramah Ustaz Zaharuddin.net kat program LIFE kat masjid Putra hari itu, dia cakap " Apa yang meyakinkan kita sangat yang Allah akan pandang amalan-amalan kita yang baru setahun jagung tu? Kita ni kena rebut pandangan Allah dengan berjuta, berbilion, trilion umat sekarang dan juga dahulu, sebelum masihi dan selepas masihi dan generasi akan datang. Dah cukup ke?" Walawehh, baru terasa macam, 'Baru join dakwah, dah nak rasa diri hebat dari orang lain'. Apalah sangat wehh baru ajak 2-3 orang pergi usrah dalam masa yang sama ibadah tak meningkat lagi?

Ayo .

Nafsu itu perlu dididik agar tak biasa ikut cakap syaitan, beb. Aku ingat tak payah, sebab ingat nafsu ni bawah Autonomic Nervous System, ada time nak jadi Sympathetic , ada time pulak nak jada Parasympathetic. Tapi tahu kah anda, Nafsu ini sebenarnya boleh dikawal. Iya, nafsu berada di bawah Somatic Nervous System. Voluntary. Benda yang kita kena fikir bila kita nak buat. Iya, sangat seronok ya belajar Anatomy & Physiology walaupun aku mengambil jurusan Dietetik. Haha. Jangan salahkan sangatlah bila dah buat salah, 'alamak, nafsu aku terbuat'. Ayo, sebab kita dah biasa biarkan nafsu macamtu, bila nak ubah memang susah lah kan? Sama lah jugak en bila nak mendidik anak taknak jadi kurang ajar, kita ajar dari kecik perkataan respect dan hormat. Kalau dari kecik dah biasakan cakap kasar dengan anak-anak, besar nanti, jangan salahkan dioranglah kalau diorang ni kurang ajo . Melentur buluh biar dari rebungnya.

Iya, bukan perkara yang mudah beb. Lagi-lagi nak tinggalkan jahiliyah walaupun dah banyak kali dengan Sayonara Jahiliyah, tapi kalau tak berusaha, mana lah nak jadi kan? Asek kerja lek-lek-lu. Memanglah tak gerak .

Allah tengok usaha kan? Hasilnya, itu kerja Allah.

Apapun, aku masih belum berjaya sepenuhnya dalam kerjaya menghalang nafsu itu sendiri. Tapi murabbi aku di KTSN yang bernama Sazah Nur tu sering nasihatkan, "Setiap kali ada perkara atau hasutan jahat syaitan dan nafsu tu dah lompat-lompat nak buat benda jahat, terus potong" . Atau lebih sedap nak sebutnya, 'cut it off'. Siapa kata senang wehhhhh?! Ayo, aku ni. Ayo, korang tahulah kan. Tapi aku pujuk diri, Allah tengok usaha. Susah pun susah lah. Aku tak tahu lah berjaya atau tak. Biaq pi. Aku nak cuba gak en.

Breathe in , breathe out.



Fuhh fuhhh fuuuuuuuuhhhhhhhh.

Hm. Dan kan kan, nak cakap ni. Walaupun teruk mana keadaan tu, cuba duduk dan fikir kenapa benda macam ni jadi. DAN, fikir juga, kenapa Allah duga kita macam tu. Bukan untuk soalkan. Tapi untuk muhasabah diri balik, apa yang aku tinggal, apa dosa aku buat sebelum tu. Kita ni, bila dah biasa buat dosa, tak perasan kan tu dosa. Jadi, bersyukurlaaah kita-kita-kita ni Allah uji, taknak bagi kita lupa dan terus sesat dan kufur terhadap nikmat yang Dia bagi. Iya, siapa kata nak pujuk diri susah. Tapi Allah janji kan, "setiap kesusahan pasti diadakan kesenangan." Biarpun tak dapat kat sini, sanaaaaaaa tu ada.



Usah pedulikan sangatlah orang nak kata apa. "Choose your battle, it's wasting to argue with people with low IQ".





Nota penjual nak g Mydin beli stokin jari - jari : Den sangat rindu dengan kakak den yang sekarang alhamdulillah selamat di kem tentera kat Tibnine, Lubnan. Ekau orang kalau tengok dia, dia tu cam takde apa-apa. Not interesting except muka yang comel. Tapi, ekau semua taktahu, dia lah orang paling semangat juangnya bukan untuk diri sendiri tapi untuk orang lain. Pangkat tinggi, tapi tak pernah rasa dia hebat. Aku yang adik ni boleh nasihatkan dia sambil dia balas , "Betul lah apa Et cakap". Ego dia takde bila aku tegur dia. Ayo, aku adik beb. Boleh je kan lempang-terajang semua. ' Ekau ingat ekau hebat? Aku ni dah makan garam NaCl 8 tahun lagi awal dari ekau tau !'. Tapi dia tak pernah cakap macam tu dengan aku. Humble yet banyak benda dia dah buat. I solute spring lah ! Kalau ekau ada kakak doktor, aku tak kisah. Aku ada kakak yang doktor askar yang sekarang kerja kat Lubnan sana. Hikhikhik. 


Abah :Yah, nanti pergi Itali, pergi belikan abah Abarth satu. 
Kami :Abah, yah tu pergi buat kerja, bukan bercuti .
Ayo laaah.
Kawan yah : Famili kau tak sedih ke wehh bagi anak perempuan g lama-lama ni
Yah : Mak aku yang asyik duk tanya, "Bila Yah nak g?".
Ayo Yaaaah !



No comments: