Sunday, 13 November 2011

Responsible .

Gosok-gosok mata sebab tahi mata sudah penuh dan begitu liat terlekat di bulu mata. Menjadikan payah untuk menghalau ia keluar. Sejak semalam dan hari ni, aku berdialog dalam hati setiap pagi, "Tolonglah wehh, nak tidur puas-puas pagi-pagi sebelum cuti habis". Amek kau, sampai sakit kepala sudah. Don't try this at home, kid. Rezeki itu ada di pagi hari, maka berpagi-pagian lah kamu. Tapi yelahhh, cuti kan . Mood study switch off, mood holiday switch on. Ma first holiday selama kat UK ni. Dan hari ini sudah mahu pulang. Tidak homesick, tidak sama sekali. Rumah dekat macam sekangkang kera, nak kena lah kalau homesick . Cuma takdapat den nak lepak-lepak begini sehinggalah cuti bulan satu tahun depan kelak.


Hari ni mimpi benda yang paling aku taknak terjadi lagi seumur hidup aku. Tersedar je, aku terus cek handphone aku. Puhhh lega, hanya mimpi. Mimpi apa, anda tanya? Haa, cukuplah aku cakap mimpi itu pasal benda yang paling aku menyesal seumur hidup untuk buatnya lagi. Dan, aku memang taknak ulang lagi perkara itu. Cukup. Kehidupan masa depan sedang menunggu aku. Aku dah takde masa nak layan semua benda yang mengarut ni. Tak cukup masa, beb. Dulu, aku pandang dan berfikir dalam lingkungan aku sahaja. Tapi sejak semalam, aku akhirnya membuka hati aku untuk mengusha kawan-kawan sekolah rendah aku. Terasa begitu asing budaya yang mereka amalkan sedangkan aku pernah sekelas dan pernah bertegur sapa semasa masih hingusan malah mereka pernah datang parti hari jadi aku yang diadakan kecil-kecilan tu. Tapi sekarang, masing-masing dah ada haluan masing-masing. Yang berubah menjadi orang usrah, aku solute spring gila sebab anda taktahu betapa nak berubah dalam keadaan yang macam rasa duduk negeri omputih ni Tapi ada juga, yang agaknya sudah menjadi orang putih, sudahlah memang belajar di sana. Perasaan aku bercampur baur. Tapi yang pasti, aku risau...

Iya, tanggungjawab kita sebenarnya melebihi masa yang kita ada, berkata Imam as-Syahid Hassan al-Banna.

Tak guna amal kita dari luar nampak gah , tapi hakikatnya dalam sebenarnya kosong.

Aku pun tak pasti apa point aku post benda alah ni. Agaknya nak paksa diri bangun dari tidur, kutt? Takde motif. Otak aku dah terabur seiring rambut dah jadi macam rambut pakcik Einstein. Cuma nak cakapnya, wahai orang usrah dan yang mengaku dirinya Da'ie, tolonglah berhenti bergaduh sama sendiri, tolonglah berhenti rasa diri hebat dan orang ini hina, tolonglah toksah lah nak gaduh parti apa yang benar , parti apa yang salah, cukup-cukuplah tu bercakap lebih salahkan sana sini, tanya diri beb, apa kau dah buat, apa jasa kau pada islam? Dahlah tu wehh, walaupun umur terasa masih muda, belum mencapai nombor 2 di hadapan, masa muda ni masa paling semangat wehh, masa nak suntik orang dengan 'izzah islam. Masa yang paling banyak kena belajar, masa paling banyak tanggungjawab. Dah-dahlah tu pencarian ustazah pilihan dan imam muda tu. Tujuan Allah hidupkan kita tu bukan untuk baitul muslim semata-mata beb. Bukan untuk kahwin dengan orang soleh aw solehah je wehh. Allah kata kita bertanggungjawab untuk beribadah kepada-Nya dan menjadi khalifah di muka bumi ni. Bukan kahwin beb. Bukan beb. Aku cakap ni bukan sebab aku tak berminat dengan lelaki melayu dan sebab aku minat kat Arthur anak Uther. ( HAHA ). Bukan wehh. Cuma sayang sangat budak-budak usrah yang dah ada tarbiah ni kalau itu fokusnya.

Termasuk aku.

Terima kasih.

Kawan-kawan yang seaqidah dengan kita tapi masih taktahu fungsi islam itu apa untuknya, masih ramai di luar itu.

Itu tanggungjawab kita . Kata dah dengar shahadatul haq?

Ada bantahan ?

Aku ada cakap salah ?



Nota penjual nak jual stokin jari bukan berbelang-belang lagi : Aku tau aku mengarut, aku pun tak paham apa aku tulis. Apa-apa pun, yang baik itu diambil jadi pengajaran, yang tak baik, meh kita bincang sama-sama dengan niat untuk memperbetulkan pandangan gwe tapi bukan untuk menjatuhkan gwe. Chayok beb. A man that decided to change in the 12th hour dies in the 11th hour. Tamo gitu beb. Jom berubah pada 10th hour. Usaha tu penting, bro.

No comments: