Sunday 13 November 2011

Ma Mother .

My mother is a pharmacist dealer apabila dia cerita 1001 keistimewaan gamat yang banyak kegunaanya, bila sakit kepala, letak gamat, bila sakit perut, letak gamat, bila luka kat kaki, letak gamat, bila asma pun letak gamat? Lagi-lagi bila dia cerita betapa payahnya orang yang buat gamat ni kena kejar satu Singapore kerana pembikinannya mencemarkan udara yang mana akhirnya tukang buat gamat ni buat gamat atas lori je. Jadi pelarian, kata mak aku.

My mother is a composer of a song walaupun dia nyanyi memang tak masuk tune. Lagi-lagi bila dia nyanyi lagu 'Brown Girl in The Rain'? Or in the ring? Tapi dia yang ajar aku nak dodoi Hanzo dengan lagu tepuk amai-amai versi dia sendiri yang cipta which is quite sedap . Nal pun tak reti nak buat cam tu.

My mother is a lawyer bila dia tak dapat free-gift bila beli satu produk, biskut ke susu barangkali. Dia akan pergi customer service untuk menuntut haknya sebagai pelanggan bersama hujah yang tak mampu si cashier untuk tak bagi something sebagai free-gift. Walaupun kalau jadi aku, "ala, setakat free-gift tu apa lah sangat". Yang mana membuatkan dia bahagia mendapat dua bekas air yang begitu cantik.

My mother is a doctor bila anak-anak dia merengek kesakitan. Dia lah pergi carik span untuk kurangkan suhu anaknya tanpa ada doktor cakap apa-apa. Bila aku sakit perut, dia terus bagi ubat magik dia. Plum-ball. Sakit kepala ke, sakit perut angin , sakin perut senggugut ke. Semua hilang. Cuma dia kata, "kalau hari ni tak percaya apa mak cakap, esok mesti Et percaya punya".

My mother is a teacher bila anak-anak dia buat silap, dia akan terus tegur. Bukan sekadar guru, dia adalah pendidik.Memberi ruang kepada anak-anaknya berfikir secara luas dan bebas tapi dia akan tetap beri pandangannya. Mengajar anak-anak supaya tidak tolak sesuatu keadaan mahupun terima bulat-sebulat Doraemon Yah. Dia ajar untuk kami berfikir sendiri sambil dia menjadi penasihat.  Dia adalah guru Matematik, guru agama, guru kokurikulum, guru HEM,  guru besar, semuaalah ! 

My mother is a dietetian apabila dalam dapur. Beliau berkata dalam sesi temuramah bersama wartawan rumah, "Mak sengaja masak tak sedap sangat supaya korang ni mudah hargai makanan". Which is quite true. Bila aku kat UK ni, aku rasa dah cukup sedap dah TomYam pakcik ni masak tapi kawan aku cakap tawar sangat ! Dalam hati aku, ala asalkan boleh telan dan ada rasa, dah cukuplah tu. Haha. Walaupun aku tak suka memasak, tapi bila ada aku je kat dapur, rasa macam dalam dewan kuliah sebab dia akan cerita 'Bagaimana mahu masak tanpa menjejaskan nutriennya'. 

My mother is amazing.

Macam superwoman.

Semua dia nak jadi .

Semua mak adalah hebat. Tapi mak aku paling best.

And also a photographer. "Hey, you all pandang sini." (Mak berkata sambil memacukan Nikon DSLR kakaf)

A lawyer,
 a doctor-to-be,
 a teacher-to-be,
 a doctor,
 a dietetian-to-be,
 a banker, 
a pharmacy dealer.

Yeah, also a Hanzo .
=)

Dia lah yang melahirkan spesis-spesis di atas.
=D


You make me feel so beautiful
Nowhere else in the world I wanna be

Didik anak ni macam main layang-layang. Kita bagi dia lepas jauh-sejauh yang dia mampu. Tapi dalam masa yang sama kita kawal setiap pergerakan dia. Biar dia rasa kemanisan hidup dengan cara dia sendiri, tak usah dipaksa sebab budak mana suka kena paksa tapi dalam masa yang sama, bila dia buat silap, kita akan ada untuk tarik dia dan slow-talk dgn dia.


Mood : Wa taktau kenapa wa post ni, walaupun bukan hari ibu esok. Tapi everday is mother's day kan kan. Wa tengah rasa semangat tertiup ni. Serius, wa tak tipu. Berkobar-kobar ni. Wa tak omsick wa cuma terbayang mak wa tidur tanpa wa. Haha. Biarpun badai, ombak lautan, ribut, taufan elnino bakal mendatang, aku akan terus berdiri dengan dikurniakan rahmat dari Dia. InsyaAllah, semoga Allah selamatkan hati-hati kita ni.

4 comments:

Irs said...

I had a teary eye after reading this. Aku kat M ni lagi lah! Nak masak, takde masa. Buat sup jela hari2. Huuuu

I miss you Mak!

Miss Hayes said...

..is not minyak gamat but minyak but-but yg dibuat orang singapore kan..minyak but-but cap kaki 3 merah tu dah tiba di tibnine lubnan kan...thanks to auntie Safyah.

FarizDanialz said...

kakor... ahahaha

Zackyun said...

i think my mak is amazing!!

dah nak dekat sebulan tak pernah skype.tapi macam magik aje, bila yah rasa tak sedap rasa, time tu mak pun muncul. macam hero...

love mak so much.