Aku tak pasti tangan aku menggeletar disebabkan apa. Mungkin disebabkan minum air Nescafe kat Restoran Mahbub dengan Mak aku atau kerana kejadian tadi. Tidak, bukan kerana ada penyakit Parkinson. Nauzubillah.
Kejadian tadi ?
Apa yang aku nak cakap, semua benda yang berlaku memang dalam pengetahuan-Nya. Baik mahupun buruk. Dan itu dinamakan ujian. Dapat benda baik, Allah nak uji tahap bersyukur. Dapat benda yang kurang baik, Allah nak uji tahap kesabaran. Semuanya Dia yang ciptakan. Dan takde satu perkara pun yang Dia ciptakan dalam keadaan sia-sia. Dia tahu yang terbaik.
Mungkin bagi orang lain, kejadian seperti yang aku lalui itu biasa atau orang lain kena lebih teruk. Tapi untuk aku yang selama setahun lebih membawa kereta, itulah kali pertama berlaku. Itu pengalaman pertama. Itu cinta pertama aku.
Syukur yang amat. Alhamdulillah. Dalam keadaan macam itu, memang banyak sangat Allah tolong. Subhanallah. Mungkin aku dah lalai, itu sebabnya Dia beri ujian sekecil itu. A knock. Untuk ketuk pintu hati aku yang sudah melangkah sedikit jauh.
Sempat aku bercakap dengan Faraa,
"Kalau Allah nak selamatkan, Dia akan selamatkan kita. Tapi kalau Dia nak uji taknak selamatkan kita tadi, boleh je jadi. Itu semua kerja Dia. Dan itu semua peringatan buat si lupa macam kita ni".
Kita merancang, dan sememang-memangnya Allah tahu yang terbaik.
Bila aku pulang ke rumah malam semalam, sebab aku terasa begitu kosong hati. Aku perlu diisi. Tapi aku tidak tahu apa yang perlu aku lakukan, tapi Dia tahu. Dan Dia telah tunjukkan jalan itu.
Peringatan buat si lalai.
Astaghfirullah hal adzim.
Ceritanya begitu unik dan tidak dirancang. Aku pulang ke rumah kerana ikut kemahuan hati yang memberontak. Aku sendiri tak tahu kenapa. Dan pulang pagi tadi ke rumah untuk ambil kad Mak yang tertinggal telah men-stimulate kan Mak untuk ajak aku pulang pagi tadi sebab aku cakap ,
"Mak, mana best balik rumah tak jumpa Hanzo".
Semalam aku pulang terlalu lewat dan si kecil itu telah pun beradu mimpi manis. Barangkali. Dan terus aku cakap,
"Alang-alang tu Mak, nak pinjam kereta, senanglah nanti. Tak payah Atikah amek Et dari Usim semata-mata kang."
Tanpa banyak kata, Mak terus setuju. Mungkin Mak risau untuk aku bawa kereta ke kolej. Aku bukan duduk kat pedalaman. Aku duduk tengah-tengah bandar dan itu sebenarnya lebih menakutkan. Serius do. Tapi Mak percaya kat Allah. Mak percaya Allah akan ketentuan. Walaupun Mak cepat paranoid dan panic attack mudah di-activate, tapi Mak redha apa yang berlaku.
Selepas pulang dan puas cium Hanzo yang comot dan sibuk sebut nama aku, "Pia , Pia" (HAHA, perasan OKEEHH). Aku terus memecut 100 km/h untuk pulang ke kolej. Dan tiba-tiba terasa nak pergi National Library. Aku ajak Faraa, tapi dia mahu ke Fakulti untuk pinjam buku Instrumentasi. Belajar Nuclear Magnetic Resonance, barangkali.
Semasa mahu membelok dan betul-betul di hadapan pintu kolej, aku lupa untuk beri signal ke kiri dan terus membelok dan melanggar sebuah motor. Kedebeng. . . .
Sikit je. Bunyi je lebih kan.
Tergamam kut. Aku berhenti tepi jalan, aku keluar kereta. Abang atau Pakcik yang memakai sweater oren terus marah,
"Apa ni Kak, akak g belok kiri tiba-tiba kenapa?!".
Aku dengan muka taktahu dan berkulat,
"Aduhh bang, memang silap saya, aduhh astaghfirullah, habis apa nak buat ni bang".
Dan berulang-ulang kali aku cakap benda sama. Dan kemarahan dia tadi dah menyurut melihat muka aku yang terkulat-kulat itu. Kesian, barangkali. Budak bawak kereta plat Kelantan ni, datang dari kampung. Aku pun cakap,
"Cane eh ni, nak g bengkel tak? Depan tu ada bengkel saya kenal, takpe lah, saya bayar."
Pakcik tu balas,
"kereta lain dengan motor, kak. Brek saya dah senget ni.".
"Em, cam tu saya ikut abang je lah nak baiki kat mana, mahal tak selalunya? Saya bawak duit tapi takde lah banyak sangat. Student ni.".
"Oh, takpelah macam tu. Selalunta takde lah sampai 50 hingget pun. Kita g depan Chow Kit ni banyak kedai motor, akk ikut je saya."
Aku pun ekori dia. Dalam keadaan berdebar. Tawakal. Taktahu betul ke pakcik ni nak bawak aku g mana. Bawak aku masuk lorong Haji Taib, memang gila aku. Memang serah diri 100% kat Dia. Faraa kat sebelah pun macam aku. Terkejut.
Sampai kat tepi jalan, aku parking kedai kat belakang, dan kami lalu lorong Chow Kit yang menakutkan itu. Faraa dah baca ayat Kursi dan aku tersenyum.
Sempat aku bercakap dengan Faraa, "Kalau Allah nak selamatkan, Dia akan selamatkan kita. Tapi kalau Dia nak uji taknak selamatkan kita tadi, boleh je jadi. Itu semua kerja Dia. Dan itu semua peringatan buat si lupa macam kita ni".
Dan ayat itu mungkin menenangkan kegusaran dan kerisauan dia tadi.
Aku yang langgar orang, dia pulak berdebar lebih. HAHA.
Allah memang nak beri ujian dalam keadaan selamatkan aku. Ujian itu satu rezeki.
Jumpa abang tadi terus tanya cane, nasib baik dia kata kena ketuk sikit. RM18 je. Alhamdulillah, taklah teruk maknanya. Tapi sempat dia mengadu kaki dia bengkak sikit. Aku terus offer nak bawak g klinik tapi dia kata dia ok. So ok lah. haha.
Masa tunggu kat tepi jalan, itu lagi menakutkan dari langgar orang. HAHA. Macam-macam orang jumpa.
Allah memang nak beri ujian dalam keadaan Dia masih selamatkan aku. Ujian itu satu rezeki. Rezeki...Ada orang kena langgar dengan orang yang pemarah. Aku langgar dengan orang yang baik. Alhamdulillah. Nak pulang ke rumah, katanya. Break solat Jumaat. Alhamdulillah. Ada orang kena langgar teruk, masuk hospital sebab internal bleeding. Aku, bengkakkan sikit kaki orang. Alhamdulillah.
Kadang-kadang memang malu. Aku banyak kufur kat nikmat Dia, tapi Dia tetap beri aku ujian untuk tidak terus kufur.
Semoga setiap perkara yang terjadi itu menjadi pengajaran buat kita.
Dan dia.
Dan juga mereka.
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.
[3 : 191 ]
Hati yang kosong ini sudah diisi. Subhanallah...
“And He found you lost and guided (you),” [93:7]
Nota budak nak amek Final : Perpustakaan Negara ni memang kewl do. Waaah, best best. Exam tahun depan dan aku mengambil my own sweet time ni. Belajar bukan sebab exam, memang best. Terasa macam nak belajar lagi banyak-banyak. Semangaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat ! Mengharungi samudera kehidupan, kita ibarat para pengembaraaaaaa~
4 comments:
wow... nice post ok... Insya Allah... sekiranya kita sering mendekatkan diri kepada Allah, pasti Allah jua akan dekatkan diri pada kita jugak... xgitu cik eti?? :)
cite ni memang mantop!!!
saya yg baca ni pun debar habis~mcm nak terkeluar jantung rasa..
innalillahirojiun.. tiap yang terjadi itu ada hikmahnya. (umi)
Post a Comment