Wednesday, 25 January 2012

I do !

Memang secara nak berterus-terangnya, sejak belakangan ni, aku seolah-olah kehilangan kata-kata mahupun idea yang bernas untuk bercakap, atau senang cakap aku dah jadi lebih senyap . . . . .(?) 

Ujian yang Allah tu umpama main Game, bila dah lepas satu level, naik level lain dan tahapnya meningkat dan tak pernah senang sampailah jumpa Bos yang terakhir.


Aku masih tak sampai setahun tembikai (jagung) dengan benda ni. Masih banyak yang perlu untuk belajar. Jika masa mula-mula nak kenal, pergh. Jangan harap lah aku minat. Serius, budak sekolah agama lah paling liat nak dengar benda-benda baik gini. Tak gitu? Sebabnya kita pandang Islam itu hanya setakat ilmu. Bukan aplikasi. Memangla pada awalnya, Allah yang begitu best itu yang beri aku hidayah untuk terjebak dengan benda  ni, tapi serius do. Sebulan pergi benda tu, erghhhhh boring betuuuul aahhh. Peee laaah akak ni, ingaaat aku taaak tau kee semuaaa tu. Erghhhh. Ada lah jugak kadang-kadang rasa malas dan rasa 'bila ada masa free je aku pergi'. Hanya untuk mengisi masa lapang. Ye lah, siapa yang study kat PASUM tu memang tahu lah belajar gila macamane. Tapi entah apa yang menyebabkan aku tetap pergi walaupun ada perasaan pelik-pelik macam tadi. Nak kata sebab aku ada fikrah untuk fikir benda ni penting, tak jugak. Tapi serius, Allah memang nak tolong hamba Dia yang HUHAHUUUU-hidup serabut-tiada matlamat-macam aku ni. Allah terus pegang hati aku untuk terus pergi benda tu. Erghhhh walaupun entah siapa tah aku jumpaa dalam benda tu. Tak kenal, satu PASUM tapi muka asing betul. Allah memang tolong...subhanallah...

Mungkin juga akak tu semangat sangat nak tarik aku. DF tahap hebat betul lah. Aku ni dogil. Semua orang cakap, kalau boleh aku nak bangkang! Erghhhh takde siapaaa betuul kecuali akuuuu , tauuuu! Haha. Akak tu entahlah, sebelum ada benda tu, dia mesti datang bilik aku suruh aku teman dia belikan makanan. Aku cam, takpelaaah sebab bilik aku paling dekat dengan Surau kaaannn. Pastu setiap kali duduk dengan diorang, walaupun aku cam bising jugaklah, tapi akak tu selalu attack aku dalam benda tu. Erghhh, aku ni perasaan koott. Tipu do kalau tak rasa spesel masa tu. Aku rasa seolah-olah diraikan. Jadi, mungkin itu sebab aku terus nak pergi benda tu, walaupun pada asalnya aku tak paham benda tu. Aku kenal benda tu dah lama. Sejak sekolah, dari form 1 sampai form 5. Tapi cam, seriuslahh tak paham kebenda benda tu. Aku pelik gila sebenarnya kenapa kan, KakYah gila-gila nak cari benda tu sampai tak jumpa geng betul, dia buat sendiri geng tu. Aku cuma cam, "oohh, ni nak bagi tazkirah kann". Tapi aku tak sangka benda tu beri efek BESAAAR PUNYAAA kat hidup aku. Mungkin hidup kau, hidup kitaa laah kann.

Semua perkara memerlukan proses.

Cuma memang Allah ajar kita untuk sabar, taknampak cahaya dalam terowong. Tapi pasti ada cahaya di hujung terowong tu.


Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar. [2:153]

Allah yang tarik aku. Aku pun taktau macamane aku boleh tertanya pasal benda tu kat kawan aku dan akhirnya terjebak. Tak terfikir dekk akal nak tanya, tertanya pulak dengan orang yang betul. Aku tak beria-ria pun, tapi kalau Allah nak tolong, memang Dia bagi! Aku taktahu apa dah nak buat masa dosa menyeliputi aku saat tu. Terasa diri hina dan berdosa tahap ape tapi takde kekuatan nak tolak jahiliyah tu masa tu. Dan benda tu yang menjadi alat untuk kekuatan aku.



Hidup ni macam biskut roda, kadang-kadang masin, kadang-kadang tak rasa apa-apa, kadang-kadang pedas. Ehh?

Setiap lepas kesusahan ada kesenangan. Itu janji Dia.


So, verily, with every difficulty, there is relief. Verily, with every difficulty there is relief.[ 94 : 6-7]

Akhirnya, aku jumpa jawapan yang aku tak tanya, tapi cukup untuk buat aku tak henti senyum sampai sekarang. Akhirnya aku baru lahir dan hidup menjadi bayi. Yang sedang dididik dan diberi bubur yang penuh nutrien! Susu ibu yang banyak kebaikan !

Aku membesar bersama siblings yang lain. Yang asalnya, asing di dunia tapi bila bertemu terasa dekat. Ohhh, adakah kita pernah jumpaaa duluuu? Mungkin di alam rohh dahuluuu? Masing-masing bermain kejar-mengejar untuk kearah kebaikan, masing-masing sibukk "ehhh, kau taknak beli buku ni,, perghh best gilaa ni, memang feeelingg lah", "Ehhh, mana kau beli tudungg stylee ni, lawaaa ahhh", berebut-rebut makann macam tak makan setahun, lagi-lagi kalau makan dengan Aini . HAHAHAHA. Konfirm dapat anugerah 'Talam paling cepat licin'. Kalau duduk sekali, jangan harap laah nak bagi Umi cakap sorang-sorang, konfirm ada Aspa nak menyampuk , "Ehh, Umi, sayaa kaan...bla bla blaaa". dengan gaya semangat macam nak jadi lecturer alam Dewan Kuliah siap tangan angkat sana-sini. Pastu ada pulaaakkk dengan cerita, "Ustaz saya kan, Umi...dia cakap kan... bla bla bla.", ade je nak nyampuk si Hanan. Aku pulak dengan lawak bodo, sebab aku banyak tak tahu. Tapi sikit pun tak pernah rasa gap dengan diorang. Memang anak-anak umi rebellious tapi sangat manja. Sangat mahukan perhatian, untuk dengar cerita mereka.

Dan lama-lama kenal dengan benda ni, barulah aku tahu, benda ni bukan setakat untuk keluarkan diri dari kejahilan semata-mata. Bukan nak ubah dari jahat ke baik. Tapi lebih pada itu. Cuma masa zaman masih bayi lagi, belum nak berapa faham fungsi benda ni pada umat sejagat.



Anway, banyak lagi cerita nak cerita. InsyaAllah cerita-cerita ni khas siblings yang kian membesar di tempat berbeza. Supaya kita masih ingat cerita-cerita ini dan menjadi kekuatan kita untuk teruskan dalam jalan ini. Walaupun kita dah tak jumpa selalu, walaupun kadang-kadang rasa cammm erghhhhh asaaaal aku sorang yang tercampaaak kat siniiii! You are not alone. Cerita kita semua sebenarnya sama, cuma tak sempat nak share sama-sama. I'll continue to write, to tell kakak-kakak, along, angah, uda, ateh, acik, alang yang ucu kat sini akan teruskan jalan ni, walaupun dah masuk level game yang lain yang susahhhh, tapi ucu nak bagitaaau semua, kita keenaaa terusskannn, jangan pernah zahirkan, "Aku nak berhenti dari ikut jalan ni". Kalau ada terdetik, istighfar.. Syaitan tengah siap tingkatkan serangan untukk tarik kitaa setelahhh kita pahaamm....

Aku terima jalan ini ... =D


 I do, bebeh !


To be continued..

3 comments:

gemuk said...

zetty, i sincerely love this one =')

nkmj said...

same goes to me...

kte 'lahir' pada tahun & di tempat yg sama...

amantu billah said...

assalam zetty..
penah jgk rase lonely sb tcampak sorang2 kt tempt asing..but then Allah gave me the strength!
Alhamdulillah..
jzkk zetty for making me remember all those sweet memories.. :)