Friday, 27 January 2012

Itu Ini Begitu Begini Situ Sini .

Aku macam dah tak kenal nama sendiri bila ada orang panggil aku Zetty. Haha. Macam sangat janggal! Erghhh tapi kat Brotherhood Muslim Camp 2012 anjuran PMIUM, aku kenalkan diri sebagai Zetty. Erghhhh sebab diorang dari UM. So aku akan kenal sementara. Tapi kalau aku rasa aku akan jumpa diorang lagi, aku akan suruh panggil orang panggil Sofia. Hm, kenapa ? Tiada jawapan tepat. Tapi rasa nak cuba benda baru dan nak try udara baru dengan panggilan yang berbeza, atau mungkin aku dah tekad nak letak diri aku yang dulu jauh-jauh dan aku nak jadi aku yang baru. Yang semangat. Yang fuyooh. Cehh. Mood nak tingkatkan self-esteem. HAHA. Erggghhh ngarut !




Cut it off. Erk.


Itu ini begitu begini,
Beza persepsi di sana-sini, 
Cara dia dan cara mereka, 
Masing-masing punya citarasa, 
Itu ini begitu begini, 
Gosip sensasi di sana-sini, 
Kisah dia cerita mereka, 
Tak peduli benar atau dusta



"Akak rasa pelik lah dengan kawan akak yang budak sekolah agama, tudungnya labuh, kalau nampak lelaki, ,memang takkan tegurlah ! Siap tundukkan pandangan bagai !"

"Habis tu kenapa? Akak tak macam tu ?"

"Agaknya akak ni orang biasa-biasa je kan, dan kalau jumpa orang yang akak kenal, akak tegur je. Lelaki ke perempuan, bagi akak, takde masalah.."

"Ok...then?"

"Hmm..tapi akak tak tahan satu je....
Dia suka cerita pasal lelaki setiap seorang tu tip top lah ! A to Z !
Akak rasa macam, ish, dia kan orang yang tudung labuh semua tu..."

"...."

"Cane tu Sofia? Akak kadang-kadang jadi tak berapa nak selesa. Sebab akak biasa takde lah cerita banyak sangat pasal lelaki tapi kalau tegur, tegur cam biasa je. Akak ada rasa macam diorang hipokrit je."

"huuuuhhhhh. Teraasaaaaa saaayaaa !"

"Eh, Sofia tak macam tu laah!"

"Memanglah tak macam tu, tapi terasalah sebab entahlah! Terasa!

Bagi pendapat sayalah kan, orang macam tu, at least diorang ada rasa nak berusaha. Siapa yang sempurna, kak? Mereka sama macam kita tapi beza dengan mereka sebab mereka nak berusaha. Walaupun mereka tak boleh nak ubah style cerita lelaki belakang tu. Tapi diorang cuba jaga hubungan antara lelaki dan perempuan. Mungkin kita tak berapa nak nampak sebab bagi kita tegur-tegur tu biasa, kan. Tapi usaha mereka itu yang kita tak nampak. Dan kawan yang baik sepatutnya support usaha mereka tu dengan tidak bersangka buruk dengan mereka, doakan dan tolong mereka ke arah jauh dari benda-benda yang buat mereka lebih nak borak pasal lelaki."

"....."

"Itu bagi pendapat sayalah kak. Dan terus terang saya cakap, kalau sayalah kan..pun susah nak buat apa yang saya cakap. Tapi sebab saya rasa berada dalam stokin yang sama dengan kawan akak...Saya selalu ingat dengan kata-kata kawan saya, 'Tudung kau tak selabuh perangai kau'. Sampai sekarang, masih segar kata-kata tu...saya banyak kelemahan, kawan akak pun, dan kita semua banyak kelemahan. Tapi kelemahan tu yang kita nak atasi dan jadikan pengajaran buat kita untuk hadapi hari untuk Dia kelak."

----------------------------------------------------------------------

Teringat... Siapalah kita nak cakap pokpek sana-sini pasal orang tu. Dia itulah, dia inilah. Dahlah budak sekolah agama, tudung dahlah labuh macam telekung, tapi perangaaai erghhhhh . Siapaa kitaa wehhhh nak cakaap diaaa macamm tu ??!! Dahlah anak ustaz, berkopiah sampai shoping complex takkan pernah ditinggalkan, tapi perangaaiii erghhhhhh. Siapa kitaaaaaa wehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh naakkk kutukkkk oraaaang laaaaaaaaaaainnnn??!! 

Tanyaa diri kita.

Kita macammane pulak?

Semua orang dah cukup suka ke kita nak cakap orang sana-sini?

Helooo wehhh, diorang etlis berusaha sungguh-sungguh walaupun kita tak nampak, diorang ke arah kebaikaan, apa hak kita wehhh nak patahkan semangaat dioraang? At least diorang nak berusaha. Kita ? Pandai cakap orang, kita? 

Gaduh sana-sini nak tegakkan tudung siapa lagi labuh, gaduh sana-sini nak tahu siapa lagi tundukkan pandangan bila ada akhawat lalu, tapi kawan kita yang langsung tak kenal Allah, kita tak ambil peduli?  Kawan kita ramai dah jauh dengan Allah, kita buat-buat tak nampak. Kawan kita yang dah rosak, kita letak gap dengan mereka. 


Paling elok sebenarnya kita menjadi kawan yang support setiap usaha kawan kita. Itu baru nama ukhuwah. Jangan duk nak judge niaat dia tak ikhlas ke ape, dia buat tu sebab dia nak kahwin dengan Ummu Qais, dia nak nampaak hoootttt depaaan orangg ramaai bilaa tudung labuuuhh dia berkibar dengan bebas dan bangga. Kita taktahu apa dalam hati dia. Dia pun taktahu dia ikhlas ke tak, Allah je tahu apa dalam hati dia. We don't have any idea about it. So? Doakan semoga amal itu membuahkan hasil untuk dirinya. Semoga dia makin suka untuk buat amalan-amalan baik dek bila tengok kita macam meraikan usaha dia. Itu lebih baik.


Kalau masih ada rasa macam, ergghhhhhhhhhhhhhhh diaaaa niiii ergghhhhhhhh, istighfar banyak-banyak. Syaitan tengah attack guna bazooka supaya kita marah dan cari kesalahan dia. Dan itu namanya dengki. Dengki bukan sebab salah dia. Tapi dengki atas sebab-sebab tertentu. Dengki bukan sebab nak berebut kejar pahala. Tapi dengki sebab amarah sendiri...



Pesanan buat diri !

Imam Hassan Al-Banna : Setinggi dalam persahabatan adalah dengan ithar ( melebihkan orang lain berbanding diri sendiri ) . Dan selemah-lemah dalam persahabatan adalah dengan berlapang dada yakni dengan bersangka baik.



Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; [ 49 : 12 ]


Well, thanks to Fai sebab ingatkan. Wehoo! Kawan yang baik bila tegur dari hati sampai ke hati ! Hee. 

2 comments:

amalia rostam said...

thenk you for this good advice... seriously I will take this note as one of principles after this until my last breath.. kamu pun kalau nmpk sebarang kejanggalan pada diri saya, tegur2lah.. kerana saya amat merindui gurauan anda dan rfakan2 saya yang dahulu.. :D thanks a lot, zetty... salam ukhuwah dari sy... Amalia Rostam :D

Matatahahari said...

InsyaAllah, yang paling penting sebelum nak buat sumting, kenaaa berusaaahaaa ! Walaupun rasa mcm takde harapan, usaha ! Allah janji beb, kalau kita menuju ke araah Dia, Dia akan bukaak jalan utk kita. InsyaAllah. Chayookkk Ammaa ! Mish U lillah !