Sunday, 29 January 2012

Not Enough .

Perasaan bahagia itu datang bagaikan melihat sang Pelangi yang muncul saat hujan turun dengan lebat diiringi guruh yang sambung-menyambung. Setiap selepas kesusahan, Allah akan beri kesenangan. Tapi pernah tengok si Pelangi tu duk situ diam-diam sampai esok hari? Tak pernah, kan. Samalah jugak. Pernah tak rasa perasaan bahagia sampai tahun depannya? Sama je perasaan tu.

Tak pernah kan?

Kalau ada pun, mesti sebab kita dah lupakan kesusahan yang menyelit dalam tempoh tu disebabkan kebahagiaan lain yang datang pulak. Erk, ayat!

Aku pernah tertanya, kenapalah Allah tak beri kita senang lama-lama. Erghhh, bila benda ni dah setel, ada pulaaak masalaah lain. Errrghhhh. Pehaaall laak kaaan.

Lama-lama fikir, Allah taknak bagi kita lama sangat senang-lenang-manja-terbuai-tertido-teralpa-terlupa. Dan terus jauh dari Dia.

Sama jugaklah untuk orang yang dah naik second level of tarbiah. Cehh, ada level-level ke? I mean, keadaan yang berbeza dengan first taim kita disentuh dengan tarbiah. Kita dah dapat geng lain, akak lain, tempat lain, perjalanan lain dan semuanya lain.

"Sentuhan pertama tarbiah itu paling diingati, macamlah juga cinta pertama. Susah nak lupa."

Memanglah, itu memang difahami. Siapa suka jadi orang nomad kan? Bukan mudah nak ubah diri ikut tempat sewenang-wenangnya. Itu diakui, susah!

Tapi, soal diri kita, kita join benda tu disebabkan apa?

Kalau sebab kesian dengan akak lama?
Jawapannya = Tak cukup !

Kalau sebab dah tak dapat makan dengan geng 'Juara Talam'.
Jawapannya = Tak cukup !

Kalau sebab kena naik LRT sampai ke Cempaka.
Jawapannya = Tak cukup !


Kalau sebab dah takleh gedik-gedik + manja lagi.
Jawapannya = Tak cukup !


Kalau sebab akak tu style tak sama dengan akak sekarang.
Jawapannya = Tak cukup !


Kalau sebab akak baru tu garang cam apa.
Jawapannya = Tak cukup !


Tak cukup semua alasan tu. Walhal, alasan sebaik macamana pun, walhal sebab kita rasa kita dahagakan sangat tarbiah tapi akak tu tak cukup nak beri macam dulu, dan kita dah tak sabar sangat nak dapat benda lain untuk boostkan iman kita, still tak cukup alasan tu!

Tanya lagi sekali... 

Cop...

Habis, masa tok kadi tanya, "Will you marry her?"
Kenapa kau cakap, "I do?"
Kenapa tak tolak awal-awal kalau dah tahu yang jalannya tak dihamparkan dengan karpet merah, tak disajikan dengan wartawan untuk warwancara, tak diberi gaji berupa harta kemewahan?

Tanya lagi dua kali...

Untuk apa kau terima diri di jalan ini?


Untuk apa kau terima diri untuk berada di jalan ini?

Untuk Allah, kan? Sebab Allah, kan? Kerana Allah, kan? Demi Allah, kan? 

Maka, jika Allah susun kau tidak bersama rakan-rakan yang lain untuk bersama lagi berjuang di tempat yang sama?  Maka jika Allah letak kau sorang-sorang di perantau keseorangan diri?  Maka jika Allah sengaja untuk menguji samada kita ikhlas nak buat sebab dia? Maka jika Allah memang nak tapis hati-hati yang benar-benar beriman sampailah akhir hayatnya? Maka dan maka?

Adakah itu menjadi masalah untuk kita?

No comments: