اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ"
Sungguh, takde suatu perkara pun di luar pengetahuan Dia. Sungguh tiada suatu perkara yang Dia cipta dengan sia-sia belaka.
"(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka."[ 3 : 191 ]
Sebenarnya malam ni aku terasa sangat excited apabila tersedar tentang sesuatu perkara. Serius do Aku cam serabut sejak belakangan ni. Benda itu yang mana telah membuat aku serabut otak dan susah hati. Tapi lepas fikir punya fikir secara rasional, Allah ilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan kan, so you choose your way. Aku tiba-tiba rasa hidup aku ni cool-osem osom batu sebab terjumpa jawapan yang menenangkan jiwa. Dan tiba-tiba juga idea mencurah-curah nak menulis sebenarnya dek kerana Allah ilhamkan banyak benda. Tapi...
Tiba-tiba terfikir..
Sentap kerana terfikir...
"Zaman sahabat takde facebook dan blog pun untuk mengadu. Sebab itu mereka lebih fokus terhadap Allah semata-mata. Huu, kita? Kita ni kalau orang panggil kita Hamba Allah, kita rasa bangga kan. Tapi kalau orang panggil kita Hamba Facebook kita sudah tentu marah dan bengang kan. Tapi hakikatnya memang benar pe kut. Sampai kita mengutamakan perkara lain melebihi Allah. Sampai kita capai perkara lain selain Allah dulu. Walaupun kita selalu perasan kita ni tak sedar dan selalu rasa orang lain yang banyak mengadu semua tu tapi tanpa sedar, kadang-kadang kita berlari-lari ke arah dunia berbanding Dia. Masa kita berlari tu, kita langsung tak fikir pasal Dia. Tapi kita ni manusia biasa. Siapa yang perfect tak buat dosa selain Nabi kan? Tapi itulah, janganlah sedih-sedih dan grieving setiap kali buat silap, encounter dan istighfar dan istighfar. Maafkan diri sendiri dan cuba perbaiki."
"Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya)". [ 3 : 135 ]
Sentap-sentap.
Well, there is always a reason when He put it that way. Banyak sebab yang kita tak paham tapi kita kena yakin. Bukan setakat cakap kosong-kosong. We should really mean it.
Kohë e Mirë
"Apabila Allah melambatkan permintaan kita, itu sebenarnya pertolongan-Nya." - UQY
Wa?
Sebab Allah sedang melakukan ujian penapisan.
Yang mana, yang betul-betul benar sebenarnya membuat kerja tu kerana Allah dan bukan cakap mulut semata-mata which he/she really mean it, orang itu akan sabar dan yakin apa yang Allah bagi itu jauh lebih baik.
Well, saying is much easier than to be done, huh?
Dan yang sekadar selapis sahaja walaupun pada asal dia buat kerja ni kerana Allah tapi silap menggunakan kerja DnT untuk nampak hot-cool-osem depan mata orang semata-mata or maybe tak bersungguh dan letak priority lain melebih kerja ni, and that person will give up easily dan makin berjauh dari jalan dakwah.
Jadi sebab itulah dikatakan pertolongan Allah dalam hal begini.
Ujian penapisan.
Inntansurullah ----------> yansurrkuum + yusabbit aqdaamakuum.
Allah janji akan tolong dan kukuhkan kedudukan kita. Tapi Allah tak bagi free-free wehh. Bersyarat. Tolong agama Dia dulu beb ! (Refer 47 : 7)
SENTAP + Santapan rohani Malam-malam.
CC : Kursus Pemikir oleh UQY di Fateh Kubra, Bangi pada 2 Feb 12
P/S : Rehlah bersama usrahmate di Janda Baik, Pahang esok. haa. kali ni memang usrah betul ni. InsyaAllah semua ada kecuali yang kat Lubnan itu dan buah hatinya di Kuantan. May Allah ikatkan hati kita bukan sekadar ikatan darah tapi juga ikatan aqidah. Amin.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
No comments:
Post a Comment