Cintaku tertinggal di Banting. Mengapa Allah ciptakan pertemuan jika akhirnya semua akan berpisah?
Kalau aku cerita satu persatu apa yang aku buat kat sana, semua orang boleh buat. Tapi apa yang lebih penting apa yang kita dapat. "What happen TO you is not important as what happen IN you". Bermacam-macam perkara yang Allah berikan dah tujuannya tidak semata-mata mahu memberi dan kita menjadi penerima. Tapi lebih kepada, Dia beri sesuatu untuk mendidik kita. Mendidik dan mengajar kita mengenai kehidupan yang sebenar. Mengenal dunia supaya kita sedar bahawa dunia ini sangat kecil. Dan tahu realiti kehidupan bukan sekadar dalam alam fantasi yang kita bayangkan dalam khayalan semata-mata. Semua yang kita terima adalah ujian untuk kita faham benar-benar tentang dunia yang kita diami hanya sementara.
Dunia itu penjara bagi orang yang beriman dan syurga bagi orang kafir.
(Hadis Riwayat Ahmad, Muslim, dan At-Tirmidzi dari Abu Hurairah.)
"Akak, akak tak menyesal ke masuk sekolah Maahad".
Aku memandang matanya dalam, melihat apa benar yang dimaksudkan olehnya. Mencari makna kesal dalam dirinya. Aku lihat dirinya begitu serik untuk teruskan kehidupan di situ. Aku sendiri tergelak bila dengar apa yang disoalkan. Menyesal? Aku belajar untuk tidak pernah kesal dalam setiap perkara yang berlaku. Walaupun sifat aku sangatlah seperti manusia biasa, perasaan sedih dan kecewa itu tidak pernah lari dari kamus kehidupan apabila sesuatu yang dicintai sepenuh hati sudah pergi menjauh. Walaupun aku adalah pemberontak apabila sesuatu berlaku tak seperti aku harapkan. Benar hadis nabi, "Hikmah itu adalah barang yang hilang dari seorang muslim". Akhirnya, aku akan terima. Aku bukan manusia yang suka ikut kata orang lain. Aku pantang disuruh, tak suka diarah. Tapi mengapa akhirnya aku terima semuanya? Sebab Dia mendidik aku untuk tidak mengikut apa yang aku suka semata tanpa mengikut neraca-Nya. Adakala kita memang suka sesuatu, kita percaya perkara itu membuatkan hati kita gembira dan bahagia, kita rasa, That's it! Itulah perkara yang kita cari selama ini. Kita rasa kita jumpa apa yang hilang dalam hati kita.
Tapi, jika kita adalah hamba yang benar percaya dan yakin setiap kerjaNya, kita takkan mengikut neraca hati dan rasional kita semata tanpa melihat dari kaca mata kita sebagai hamba-Nya. Dan kita perlu pilih apa yang Allah suka walaupun kita tak suka. Kenapa ya perlu begitu? Allah didik kita supaya tidak terlekat dan jatuh hati kepada dunia, biar kita rasa tiada jaminan dalam kehidupan, dan mahu bergantung 129% hanya dan hanya kepada Allah. Kita yakin, asal kita berusaha perbaiki diri demi mengejar redha Dia, Dia akan lihat setiap titik peluh kita dan membalas mengikut apa yang Dia mahu. Kadang-kadang kita rasa setiap apa yang kita dapat adalah balasan dari apa yang diusahakan. Namun, hakikat sebenarnya, Dia beri sesuatu, samaada perkara baik yang tidak suka atau perkara tidak baik yang kita suka adalah ujian. Bila kata ujian, ramai yang ingat saat waktu susah. Tapi, ujian yang paling susah hendak ditempuhi adalah ujian kesenangan. Ramai orang mampu bersabar apabila kesusahan, namun jarangkali orang mampu bersyukur apabila nikmat kesenangan itu diberi. "Aku bersyukur pe, aku cakap Alhamdulillah". Tak cukup syukur lisan tapi perlu dizahirkan menjadi amalan.
(Ahh, bermadah bicara. Pasti ramai tak faham)
Contoh mudah begini, aku beri contoh mengenai pasangan, memandangkan remaja kita 85% kehidupannya cerita mengenai cinta. Hahaha. Begini, jika kita suka seorang wanita yang kita rasa cukup sempurna dari segi rupa, akhlak, sopan, intektualnya, aaaah complete set lah! Dan benar, kita mahu yang itu. Tapi kalau Allah uji kita dengan akhirnya kita dijodohkan dengan wanita yang hitam, pendek dan kasar, apakah itu membuatkan kita mahu menolakknya? Aih, susah pulak nak explain macam ni. Siapa baca buku Jaja dan Din, paham kut kan. Din yang soleh akhirnya berjaya memuslehkan isterinya yang jauh menyimpang dari jalan Allah. Kalau ikut Din, ramai aje wanita solehah mahukan bersuami kan Din. Tapi sebab Din sangatlah yakin dan percaya segala ketentuan Allah itu yang terbaik untuk dirinya dan juga Jaja serta seisi umat, Din terima.
Pinjam gambar ya kak kening bomberman.
Terima itu bukan maksudnya sekadar redha. "Aku redha je". Tapi terima itu bila kita boleh accept the circumstances and we do our best untuk menempuhi perkara itu.
OOhhh, apa kaitan menyesal masuk maahad ni? Ngeh3. Ni masalahnya bila dah lama tak menulis, idea dah banjir dalam otak, alignment dah lari.Haha.
"Hm, memang jadi baik tu tak best, dik. Boring do. Nak buat ni takboleh, nak buat tu tak boleh. Semua jadi tak boleh. Nak tanya kawan lelaki pasal pelajaran pun ustazah dah marah, semualah! Akak dah rasa semua yang awak rasa masa kat Maahad. Pergh, tak bebas do. Tapi, lepas dah habis sekolah, akak baru nampak. Camni lah, sebab masa kat sekolah, kita seolah-olah berada dalam kotak. Pandangan terhad, ada dalam kotak. Kita taktahu kotak tu bentuk bulat ke, bujur ke, empat segi ke, twin tower ke, besar mana, kecil mana. Tapi lepas dah tamat dan keluar dari sekolah tu, awak akan lihat kotak itu dari pandangan di luar kotak dan luas. Awak akan tergelak, serius."
"Hm. Entahlah. Jadi, apa yang akak nampak bila akak dah keluar?"
"Meh akak cerita satu hal mengenai kawan akak. Dia satu sekolah dengan akak, macam awak jugak. Dan suka berkawan dengan lelaki. Dan entah macamana, ada seorang mamat cakap dia suka kat kawan akak. So, diorang dua jadi kawan dari first time tu sampai habis sekolah. Habis sekolah, dia kata, syaitan seolah-olah hasut dia macam-macam, dia masih dalam keadaan sedar, bercouple itu berdosa dan siap berpesan dengan mamat itu untuk jangan mintak couple. Hm, tapi dia cakap, Syaitan sangat hebat untuk mengadakan yang tiada, mencantikkan yang hodoh, dan menghalalkan yang haram. Akhirnya, tanpa dia sedar, mereka bercinta. Dalam tempoh bercinta, dia halfly sedar, apa yang dibuat tu dosa. Dan dia teringat pengajarannya masa kat Maahad. Dipendekkan cerita, dia akhirnya dengan susah payahnya, dia berani untuk keluar dari kegelapan. Meninggalkan mahligai sementara sebagai pemaisuri"
Tergantung? Masih belum terurai lagi persoalan yang diutarakan? Iya, tugas anda untuk menyimpulkan dan menyelesaikan persoalan di atas mengikut pemikiran masing-masing. Kadang-kadang beli kita banyak sangat menerima apa orang cakap, kita jadi manusia yang kurang berfikir hikmahnya. Jadi, terserah pada anda untuk berfikir, apa bendalah minah ni cakap dan mengambil pengajaran atau terus hilangkan skrin ini dari tab anda.
No comments:
Post a Comment