Thursday, 31 May 2012

Era Hibernasi Tamat

Sudah hampir aku ke penghujung tahun pertama pengajian dalam bidang Pemakanan dan Kesihatan di bumi Kuala Lumpur ini. 
Malam ini, mataku terasa begitu berat sekali. 
Seolah-olah ada begitu banyak batu besar yang dibawa.
 Barangkali aku sedang menanggung 1001 persoalan yang masih belum terjawab dan secara tidak langsung telah meletihkan sendi-sendi badan. 
Juga telah mendenyut-denyutkan cereberum.
Kalau aku hendak menyalahkan makmal memasak yang meminta kami untuk memasak ayam kampung pada hari ini,
 aku tak buat banyak kerja pun,
 kerja aku hanya menyalut bahagian dalam ayam dengan garam dan lada hitam sementara menunggu dibakar. 
Kalau hendak kata, kakiku penat berjalan untuk mengembirakan kawan, 
walaupun bukan kebiasaan hari-hariku untuk ke Times Square, sedangkan kampusku sekangkang kera dengan semua tumpuan duniawi itu. 
Iya, ini bukan penat fizikal, namun aku tahu, ini penat mental.


Apa yang penat, bro?


Sudah lama tak menulis secara terbuka, benar-benar terasa janggal sekali. 
Sesekali apabila aku menulis, aku terasa ingin padamkan semua yang telah ditaip. 
Taip dan padam, taip dan padam. 
Begitu berhati-hati aku menaip, supaya yang dibaca dapat merasai apa benar yang aku sedang alami, supaya tidak berlaku salah faham, supaya tidak menyakiti mana-mana pihak. 
Aku cuma berusaha, dan adakala, aku gagal. 
Maafkan aku.


Sebenarnya, aku tak mampu untuk menyusun kata-kata. 
Aku cuma terasa mahu pergi Edinburgh dan layar cerita Hlovate terus dibayangkan. 
Ahhh, nak jadi Meen AO kejap.
 Ahh, ini semua salah Dr Su sebab cerita ayam dan daging kat UK. 
Ergghhhh. Benar-benar mahu masuk ke dunia lain sebentar. 
Masuk dalam wardrobe Uncle Aslan ke, masuk cerita the Wizard of Oz ke. Haih. 
Masalah tidak selesai seandainya mahu larikan diri cik kak oi! 

Masalah ke? Tidak-tidak, refleksi. Hidup perlu banyak refleksi, supaya kita dapat pengajaran dari setiap perkara yang berlaku !


Terasa mahu menyanyi lagu My Immortal-Evanescene saat diri sedang membaca nota Hormone siri 2, aldosterone itu wujud disebabkan si Angiotensin II yang sebelumnya si pemalu Angiotensin I telah menolak dirinya dan membuatkan badan kita serap semula air dan air kencing menjadi sedikit ! Ahh, bukankah itu nikmat? Allah masih terus beri nikmat untuk aku faham pembelajaran sendiri hari ini walaupun kacau-bilau-burung-berkicau aku pada hari ini.


Allah...Nikmat Tuhan mana yang Kau mahu dustakan? Banyak bukan nikmat yang diberi, berbanding ujian seciput ini?

Bukan semalam  Allah beri kesempatan untuk meng-cas tenaga An-Nafs dengan Cik Timah, cik mas'ulah KMB yang bakal menjadi muharrik di mana-mana tempat yang bakal di campak. 

Bukan semalam Allah beri keberanian untuk berjalan seorang diri untuk pulang ke kolej merentasi malam dan Kuala Lumpur yang sudah tidak sesak saat itu? 

Bukan minggu ini, Dia yang beri kekuatan untuk mengekalkan tarbiyyah dzatiyah saat-saat kegentingan wanita sedang berlaku? 

Bukan minggu lepas, Allah beri kebahagiaan untuk menyaksikan kakakmu bakal mendirikan rumah tangga, abangmu akan mendapatkan si kecil, Hanzalah yang akan menjadi abang. Abangmu menjadi pendidik dengan sabar. 

Bukan juga jumaat lepas, Allah sempat mengingatkan kau supaya tidak lupa pada-Nya apabila mendapat berita Ayohmu yang sihat telah pergi secara mengejut? 

Bukankah minggu lepas, kau bisa melaksanakan pelbagai tugas sebagai Daie, sebagai pelajar, sebagai anak, sebagai sahabat.

Kau tidak mampu pun untuk buat semua itu, jika bukan dengan izin Dia!

Itu baru minggu lepas, kalau aku putar semula cerita 19 tahun yang lalu? Maka nikmat Tuhan mana yang kau mahu dustakan?

Breathe in, breathe out.

Itu namanya tarbiyah. Mendidik diri supaya belajar untuk terima apa yang Dia suka(walaupun kita menyampah) dan meninggalkan segala yang dia marah( walaupun kita sukaaaaaaaaaaaaaa sangat). 
Jika bukan atas sebab tarbiyah, pasti kita akan terhanyut. 
Atas keperluan tarbiyah, maka relakanlah dirimu untuk belajar menjadi seorang a'bid !

Bahu sudah terasa sengal, yoko-yoko, where are you? 
Ahh, terlalu banyak cerita. 
Terasa terpanggil untuk menaip kerana sudah terlalu lama berhibernasi dari pandangan manusia.

 Matahari belum terbit lagi? Haih, usah tunggu masa sudah senja, wahai si Matahari, baru kau mahu bersinar?  Itu sudah terlalu lambat ! Mari bekerjaaa ! 




Kamu dan kamu dan kamu dan kamu,
Saya hanya mampu meminta maaf. 
Tiada kata lain yang sesuai diungkapkan selain kata maaf.
Saya juga keliru, apa salah saya sehingga dilihat sebagai satu objek yang berdosa?
Saya juga tidak faham, apa benar yang sedang berlaku?
But I knew you've tried so hard, takpe..Teruskan.
I'll pray for you.

Tapi, lagu Mujahid Setia memang setia meremangkan bulu roma ! (Apa kaitan?)
Enyaaahkan rasa takut dan gentaaar, 
Walau ragaa kan meregang nyawaaaa,
kerana Allah telaaah janjikan syurgaaaa buat si Mujaaaahid Setiaaaa~

No comments: