Pandang atas, melihat langit yang membiru yang bergabung harmoni bersama awan putih yang gebu.
Terkena tempias matahari senja yang menceriakan warna langit.
Mendengar kanan kiri, dua kanak-kanak yang sedang suka bergelak ketawa sambil nafas tercungap-cungap, seolah-olah kombinasi yang sangat indah bersama bunyi kicauan burungan.
Menghidu bukan asap bandar, menghidu bukan juga memberikan bau yang wangi, sedang menarik nafas dalam-dalam seakan-akan membau sesuatu yang sangat lega.
Tenang.
Sungguhlah, bahagia itu bukan pada apa yang orang lain lihat pada kita, tapi apa yang kita rasa.
Sedang yang lain berkejar untuk melihat apa yang ada di Tasik Cruise yang menjadi tarikan pelancong untuk datang ke Masjid ini, aku seolah-olah menjadi patung di situ, saat mereka tanya samada aku mahu ikut atau tidak. Aku tidak menjawab, dan mereka terus pergi, ada sedikit perasan kecewa kerana tidak dipujuk. Namun, aku sendiri tidak rasa mahu bersama sesiapa saat itu. Aku kehulu-kehilir, mencari sesuatu yang aku sendiri tidak pasti. Memandang contact number untuk melihat siapa yang perlu aku hubungi. Sudah tekan nombor orang itu, aku terus padamkan. Aku tarik nafas dalam. Kadang-kala, kita perlu berseorangan, untuk memberi peluang kepada diri untuk berfikir.
Saat itu, kaki ini berjalan sendiri tanpa diberi arahan oleh si empunya badan. Entah bagaimana aku berada di tepi perkarangan orang solat. Kelihatan beberapa orang sedang menangkap gambar untuk dijadikan kenangan berlatar-belakangkan tasik yang menenangkan. Aku duduk di situ. Mencari sesuatu lagi. Dan, Allah yang mengilhamkan semua itu.
Aku teringat kat dia. Tersenyum. Apalah yang sedang dilakukannya saat petang ini. Sudah lama tidak bertanya khabar.
Tanpa mendapat signal dari otak, jari aku terus menaip namanya dan tekan untuk dihubungkan terus. Tanpa perlu berfikir panjang, bukan? Setelah bertanya khabar Iman, diri dan keadaan, katanya dia baru hendak pulang ke rumah, baru habis kursus di Kuala Lumpur, dan baru sahaja pulang dari Al-Hadid. Heh, rindu pula kepada kak D. =P . Dia tidak bercakap panjang, kerana sibuk berada di atas gerabak kereta api, diajak olehnya untuk sama-sama membaca beberapa ayat-ayat cinta Illahi. Sungguhlah, aku yang sedang kering, terasa begitu dahaga untuk diajak begitu. Aku buka buku yang sarat dengan kata-kata cinta itu. Iya, sesuatu.
"Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik - derhaka." [57:16]
Ayat pertama itu membuatkan aku tersenyum lebar. Haih, diri ini memang lucu. Membuatkan aku sedar, dan sangat terasa saat Iman aku sangat lemah. Aku tidak berdaya. Sungguh. Dia rindu untuk mendengar rintihan hamba-Nya yang seorang ini yang mungkin sedang berseronok dan lupa pada-Nya. Minggu itu memang benar-benar menguji diri. Terasa sudah pergi terlalu jauh pada minggu itu. Namun, Dia tetap selamatkan diri walaupun aku sudah jauh. Pagi itu, macam-macam solat aku lakukan semata-mata untuk mencari nikmat ketenangan untuk mengingati-Nya. Namun, aku terasa sangat sedih. Aku sendiri tidak terasa apa-apa. Apa barangkali banyak sudah perkara kurang baik sudah aku lakukan membuatkan hati ini hitam dan keras? Saat selepas Subuh, kak A menceritakan mengenai surat warga Palestin kepada orang Malaysia, saat ramai yang menangis terharu, aku terdiam di situ, mencari 1001 alasan, 'mengapa mereka menangis dan aku tidak langsung terasa mahu ada perasaan itu?'.
Yang penting cuba, dapat atau tidak, itu cerita nanti.
Satu pengajaran buat semua yang baca, semasa terasa diri sudah jauh, dan mahu ke kembali kepada-Nya, dan anda cuba, tapi anda gagal untuk merasai apa-apa, usah dan usah putus asa. Seperti ayat al-Quran di atas, Allah kata, 'belum sampai masanya!'. Terasa atau tidak, itulah ujiannya. Dia mahu lihat samada kita akan terus mujahadah untuk meninggalkan sesuatu yang tidak kita suka demi-Nya atau kita terus tinggalkan Dia. Usah tunggu sesuatu itu datang jika bukan kita sendiri untuk mendengar bisikan di hati kita dan kita sendiri yang membuka matahati kita untuk melihat apa yang sedang Dia tunjukkan. Usah menantikan hidayah sampai tanpa kita sendiri berusaha mencarinya? Usaha sahaja. Usah peduli apa orang diri nak kata, apa orang nak kata. Kadang-kadang kita ni, banyak sangat berfikir nak buat apa itu ini, macamana nak buat, apa orang katalah, apa tu lah, efek besar yang bakal berlaku pada diri lah, blah blah blah. Akhirnya, kita tak jadi pun nak buat. Eh bro, nak buat sesuatu yang memang kita tahu Allah redha, takyah fikir jauh sangat, just do it.
(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.[57:23]
Apa-apapun, usah terasa begitu gembira saat dikurniakan nikmat sehingga membuatkan kita terlupa dan sepatutnya kita lebih banyak bersyukur. Syukur. Dan terimalah hakikat semuanya pinjaman. Rezeki kita untuk rasa tenang itu sendiri adalah pinjaman. Maka, jika ditarik semula perasaan itu, maka sabar dan teruskan semangat. InsyaAllah.
P/S : GEGAR '12 sudah tamat. Minta maaf kepada pengarah sebab ada timbalan pengarah yang bermasalah. Wa tertinggal phone di USIM. Perpisahan itu tidak menyedihkan namun yang membuatkan kita sedih adalah apabila kita membayangkan kita takkan pernah lagi jumpa dengan dia.
No comments:
Post a Comment