Saturday, 9 June 2012

Si Telefon

“You might be married to the worst man ever, like Asyah was married to Pharaoh - but it didn’t change her, her loyalty and her love towards Allah.

You might be married to the best of men, like Prophet of God(saw), and still not enter Heaven - like the wife of Nabi Lut a.s.

You might be not married to any man, like Maryam (alaiha salam), and ALLAH can make your rank higher than any women on the earth.

Know your priorities. Love and trust with ALLAH first."



Begitulah. Di pagi sabtu. Menghampiri masa yang bakal menjelma tak lama lagi. Aku sebenarnya sangat mengantuk. Di pagi hari yang sangat redup. Bagaikan ada awan yang tak sabar nak menangis. Mendengar keluhan si Ibu yang mengandung 6, mungkin 7, si Putih di luar, yang kelaparan. Haih..mana makanan kucing yang aku dah suruh belikan ni cik? Mencemuh diri kerana terasa ngantuk lagi sedangkan semalamnya sudah mula beradu sejak 9.30. Kepala sakit, entah mengapa. Mata ada terasa macam ngilu-ngilu. Alasannya, aahh, malam memang bukan masa untuk study buat gue. Ahh, alasan! Sudah mindset gitu. Gitu lah jadinya. Sedangkan nota Epidemiologi begitu setia menanti untuk diwarnakan dengan pen highlighter. Fake pun fake lah. Malas nak fikir. Apa nak buat, terus je buat. Asal tahu, aku tak niat nak buat dosa, asal aku tahu, aku cuba nak share sesuatu yang bagi buat semua, ayat tu memang sangat buat aku terfikir-fikir.

Ada aku terbaca dan buat aku tergelak, "Allah kata, setiap yang hidup pasti merasai kematian, tapi takdelah pulak Allah sebut, setiap yang hidup pasti akan ada pasangan untuk dikahwinkan, oleh itu, udah udah cerita pasal hati, mari cerita pasal mati".

Heh, dunia sekarang. Makin ramai yang tulis status-status dalam FB mengenai Islam. Cukup rasa indah bila membaca, walaupun tak sempat nak baca semua. Sebab mata aku allergic tengok perkata panjang dan kecik sangat. (sebab tu blog aku tulisan besar)HAHA. Indah benar news feed aku. Hihi. Tapi, aku begitu rasa sengal-sengal bahu apabila melihat banyak gambar dan status update pasal jodoh bak cendawan tumbuh selepas hujan. Ditambah jugak ramai ikhwah akhawat kahwin, siap dengan gambar-gambar swwweeeet2 orang baru lepas kahwin dalam FB ni. Eleeh, kaau pun Zetty apa kurang? Kalau tengok sorang-sorang, konfem sengih-sengih pe?  Cehh, berani kau kata begitu? 

Ada tu memang ada perasaan-perasaan tu. Tapi tak semestinya kita kena layan, tak semestinya juga kita kena luahkan buat semua orang. Ha.. tak pahaaam....Ceni..soal mengenai hati itu jika benar pada tempatnya, maka benarlah. Kalau kita ada terbaca mengenai hati yang hidup. Surat Seorang Rijal yang tiada Hati. Itu lain. Itu benar mahu mencari mana hati kita sebenarnya? Tapi ni kes yang hati yang duk fikir, ayooo pasangan mana berangan sana sini. Haiiihhh. Ustazah Nur pernah cakap, "Bahaya betul lah ramai share pasal gambar-gambar kahwin, rosak hati si muslimin dan muslimat yang tengah berkobar-kobar". Heh, mana taknya, orang yang kahwin muda dijadikan idola. Sedangkan, kahwin itu hanyalah alat, bukan matlamat untuk kita hidup kat dunia. Bukan senang kot nak kahwin masa belajar, kahwin masa kita belum-belum faham nilai kahwin itu dalam Islam, susah! Mak dah keluarkan fatwa, "Et, jangan kahwin time belajar, boleh tu boleh, tapi nanti banyak susahkan orang lain". EH? Haha. 

Pointnya, aku rasa kalau rijal2 yang sedang semangat berkobar-kobar nak berjuang buat dakwah ni tak fokus, asyik fikir baitul muslim, mana taknya kerja tak jalan! Jalan pun sekerat. Nanti jadi hangat-hangat tahi ayam.

 ‎"Sesungguhnya kehidupan di dunia ini hanya digerakkan oleh sedikit manusia, terutamanya seorang Muslim. Dari seluruh Muslim yang ada, hanya sedikit yang sedar. Dari sedikit yang sedar itu, lebih sedikit lagi yang berdakwah. Dari jumlah yang sedikit dalam berdakwah, lebih sedikit lagi yang berjuang. Dan dari sedikit yang berjuang, hanya sedikit yang sabar. Begitu pula dari mereka yang sedikit dalam bersabar itu, lebih sedikit lagi yang sampai pada akhir perjalanan." Al-Imam Asy-Syahid Hassan Al-Banna [Tokoh Gerakan Islam]

Bagi aku, manusia tu macam henfon. Kita ada bateri kita sendiri. Marcapada kini, melihat terlalu banyak smartphone yang sentuh-sentuh tu enn, aku sedikit teruja membayangkan jika iPhone 4 tu boleh aku miliki. Ahhh, sabar, duit JPA yang diamanahkan bukan untuk beli barang dunia! Ehh, salah topik. Telefon itu fungsi utamanya adalah untuk menyambungkang hubungan jarak jauh antara seseorang dan orang yang lain. Tapi, kalau telefon tu makin banyak functions. Selain main Game Angry Bird, apa tu yang permainan kejar monyet tu, kerja untuk browse internet, tengok FB 24 jam, whatsapp dan macam-macam yang aku sendiri taktahu. Sebab aku masih guna telefon tak sentuh2. (Banggaaa~) Tak perasan ke, makin cepat bateri habis berbanding nokia 3310? Eh, ok pe, menyelam sambil minum air pe, bro? Ye ah, suka hati koranglah nak selam ke sedut ke. Tapi point ni, kalau kerja si telefon ni tak fokus untuk menelefon orang? Habis masa nak call, bateri nak habis. Tak gitu rugi adanya si telefon?

Bangga, telefon aku masih cantik dan berguna dan tahan bateri !


Sama juga dengan anda. Kerja anda adalah menjadi seorang a'bid kepada Tuannya. Allergik! Suka hati laaah aku nak buat apa dengan hidup, aku tak sesuai do nak jadi dakwah-dakwah cam kau ni. Eh bro, aku ni bukan baik sangat kot. Setiap malam aku fikir, tak layak tudung labuh yang aku bawa dengan hati aku yang macam ni, tak layak untuk orang panggil aku baik sedang aku masih bertatih-tatih mencari, tak layak untuk aku buat dakwah, sebab aku ni orang paling mudah kena jangkitan kuman allergen sebab anti-orang yang suka cakap benda-benda baik. Aku macam kau jugak, bro. Aku cukup ngeri dengar perkataan baik-baik dan penuh cliche ni. Serius do! Mata aku rasa sempit, ukhuwah fillah lah, blah blah. Tapi atas keperluan tarbiah, semua itu menjadi indah. Semua itu menjadi suatu yang buat aku senang hati. 

Oleh itu, wahai si perjuang, mari jadi fokus. Usah kejar banyak benda tapi akhirnya yang dikendong berciciran. Fokus! Ok, dah nak exam. Menjadi pelajar top-scorer juga adalah cabang dakwah! Biar nampak anda adalah orang yang bersungguh-sungguh! Biar mereka nampak kita ni hott do, boleh dipercayai dan mudah didekati. Chayok! 

No comments: