Thursday, 29 November 2012

Aneh.

Perut berkeroncong. Sangat lapar. Tekak kering. Bekalan air di bilik dah habis. Mesin RO kat bawah tergendala. Nak masak air, tunggu air sejuk, aku malas. Terasa mahu ke tandas. Tapi tidak mahu. Bukak game Othello level 6, haish, boleh pulak cpu dia jalan 3 kali tak bagi aku jalan. Aku di-conquer. Nak sambung habiskan lab Physical Activity, terasa pedih. Entah, bukan mata yang pedih. Hati yang pedih. Sedang menggelegak, barangkali.

Iya, aku menafikan.

Konon sangat nak larikan diri dari terasa bersalah.

Habis semua benda jadi serba tak jadi. Terbengkalai. Bukan setakat lab report kena buat. Malah, presentation yang melimpah ruah mulai esok banyaknya aku tak sediakan lagi. Half dah, tapi..belum siap..

Hizbun Syaitan.

"Kita kena elak dan cuba menjauhi dari terkena bisikan syaitan. Kadang-kadang kita ingat orang yang tak ditarbiyahlah yang konon bersahabat baik dengan syaitan. Padahal, syaitan lebih setia bersama orang yang menjadi pendokong Islam sendiri."

"Makin tambah iman, makin hebat serangan syaitan yang dilemparkan pada seseorang."

"Ada diceritakan di negara *****, ada ikhwah dan akhawat yang telah plan untuk berbaitul muslim dan bernikah lagi seminggu. Dalam tempoh sebelum itu, mereka sangat menjaga pergaulan mereka. Tapi satu hari, mereka rancang untuk melihat rumah yang bakal diduduki mereka setelah bernikah nanti. Mereka tidak pergi berdua, malah berteman setiap pasangan. Bukan takat tu, pergi pun berasingan. Hanya jumpa ketika berada di rumah tersebut. Hendak dijadikan cerita, Allah takdirkan kedua-dua peneman mereka ada hal yang sangat penting yang memerlukan mereka untuk terus pergi menguruskan hal itu. Maka, tinggal mereka berdua...Entah di mana silap, langkah tersungkur. Mereka terlanjur..."
"Kemudiannya, saat mereka hendak pulang ke rumah masing-masing, ditakdirkan Allah lagi, mereka menemui kemalangan. Tragis. Bakal suami itu disahkan meninggal. Manakala bakal isteri itu masih hidup tapi koma..."

"Seminggu sahaja lagi mereka akanbernikah...wanita itu disahkan hamil saat dirinya masih koma...tidakkah menjadi bebanan yang maha hebat pada dirinya. Barangkali dia memikirkan, 'lagi seminggu hendak kahwin, jika terhamil, pastinya diketahui selepas sesudah bernikah'. Sudahnya terlanjur,  malah keterlanjuran yang dirasakan tiada orang akan tahu itu menjadi heboh, semua orang tahu."

"Bagaimanakah penangan yang dirasakan? Allah bayar cash padanya."

Saat aku dengar cerita ni, aku benar-benar tersentap. Mungkin bila aku cerita pada orang lain, orang lain merasakan ini cerita biasa. Iya, pada dada akhbar, sudah terlalu banyak kes kertelanjuran begini. Tapi, pada saat ni, aku masih merasa seriau. Takut.

Bagaimana rasanya kita yang ingin melakukan dosa itu, kononnya, 'ini kali terakhir!', tapi kita tak benar-benar tak sempat nak bertaubat? Seperti yang dirasakan oleh wanita ini? Wanita ini bukan orang biasa, malah yang sudah punya fikrah. Bukan hendak menyalahkan atau menghina wanita ini. Tapi benar, ceritanya menjadi pengajaran buat diri.

Aneh kiranya, perjalanan dakwah kita ini terlalu mudah, adik-adik mudah suka, halaqah kita menjadi dinamik dan produktif. Masa yang ada digunakan dengan sebaik mungkin, Allah memberi keberkatan. Hati menjadi sungguh tenang. Semua yang susah, dirasakan manis.



Aneh. Allah takkan pernah biarkan kita hadapi perjalanan ini dengan cahaya, Dia akan terus uji kita dengan memberi kegelapan. Pelbagai ujian diberi. Ujian yang berbeza-beza pada setiap individu.


Dan aku, Allah uji aku dengan terasa ingin kembali 'sebentar' ke zaman jahiliyah. Tanpa aral melintang, angin tanpa angin kencang, tanpa hujan ribut Sandy, perasaan itu datang. Saat aku benar-benar sedang bermujahadah ingin menjadi seorang takwinul islamiyah wa Daie! Allah... siapalah aku untuk rasa diri ini cukup..dan Dia uji, membuatkan diri ini terasa lemah, jatuh, hina. Dia tidak kejam untuk biar kita rasa macam tu, tapi Dia tidak mahu kita lupa diri!



Memang, bukan mudah untuk bernafas dalam jiwa hamba..Kita perlu usaha dan bermujahadah untuk melawannya. Tak larat nak menaip. Dah hipoglisemia. Banyak nak bebel. Tapi kepala dah pening. Sigh. Maaf ya kerana tergantung.


No comments: