Wednesday, 7 November 2012

Takut. . .

"Yaya, aku takut nih..."

"Asal Sofia takut?"

Serius, ni kali pertama, aku menghadapi peperiksaan dengan mempunyai perasaan takut. Takut amat sangat. Entah mengapa, begitu hebat perasaan aku kala itu. Risau! Banyak-banyak peperiksaan, atau subjek lain, aku taktahu kenapa paper yang terakhir ni paling aku takut. Nak kata tak cukup masa nak study, gap hari dengan peperiksaan sebelum tu adalah 4 hari. Huish. Banyak masa, banyak sangat boleh study. Entah apa yang berlaku masa 4 hari tu, terasa begitu singkat sehingga benar-benar tak sempat nak menghabiskan ulangkaji secara menyeluruh. Barangkali juga kerana ini adalah paper terakhir. Mindset tak sabar nak habis cepat. Aku tak dapat nak menahan perasaan terasa merdeka dengan habisnya semua paper midsem nih. Cehh. Tak sabar nak habiskan exam sebab banyak kerja tertunggak, banyak esaimen, dengan baju tak basuh, dengan bilik yang bersepah dengan rambut, dan tak lupa juga kemunculan abang lipas yang amat besar sebab tak buang sampah!


Jika sebelum ni, bila kawan aku cakap, "Takutlah nak masuk exam ni", aku cam, ok. takut, cuak. Jadi? Bukan nak cakap dah habis study tanda kecemerlangan. Tak, tak. Tapi, dengan berusaha study lebih awal, buat preparation yang lebih sikit, memberikan serba sedikit ketenangan dan meningkatkan confidence level. Bukan konfident sebab rasa diri pandai, tapi ada satu perasaan motivasi yang berkata pada diri, 'Yes, you can do it!

Tapi tidak untuk exam pada hari ini. Sangat cuak, sebab aku tau, aku sedar takat mana usaha aku. Aku tau aku tak cukup berusaha nak bertawakal pada Allah. Entah, walaupun hanya exam, tapi perasaan ni memang mampu menarik senyuman biasa aku pada orang, mampu membuatkan aku berlari ke sudut yang lain dari keramaian. Ceh. Memang sesak perasaan saat tu, hanya Allah sahaja yang tau, betapa cuak dan takutnya aku. Hilang sisi positif dan motivasi diri, cuma satu je aku tau, aku tau..pasti ada pengajaran yang Allah nak ajar..

Saat sesak gitu, tiba-tiba teringat dialog kak D masa dia kongsikan cerita pasal kaum nabi Saleh, kaum Samud. Masa awal kak D cerita mengenai perbuatan ingkar mereka terhadap dakwah nabi Saleh, aku macam, er, terus terang, tak faham. Tiba-tiba dia cakap,

"Mereka ni, bukan sahaja tak percaya cengan adanya hari kiamat, percaya pada Allah, malah mencabar kuasa Allah dengan niat nak main-mainkan. Tapi kita nih, mungkin zaman sekarang, dah takde orang Islam yang directly menghina atau tak percaya Islam secara terang-menerang, tapi dalam hati orang Islam sekarang yang kita taktahu ni, yang sebenarnya mereka ni percaya atau tidak dengan adanya hari kiamat? Benar percaya? Tahu tak sama dengan faham. Faham tak sama dengan sedar!"

Zass. Malam dingin di usim tu sangat jelas. Walaupun itu kali terakhir jumpa kak D, jelas ingat kata-katanya. Baru faham relation cerita tu dengan kita.

"Analoginya begini, bila ada lecturer cakap ada test atau peperiksaan, tapi dia tak mention bila tarikh akan berlakunya exam tu. Semua orang tahu, tapi tak semua percaya. Ada orang yang percaya, akan benar-benar study, buat preparation yang mampu, regardless dengan taktahu bila exam akan datang. Tapi orang yang tahu, tapi mungkin kurang percaya, akan beri alasan, 'Nantilah, nak dekat baru aku berusaha'."

Begitulah.

Tanya diri, benar-benarkah kita percaya?



Masa aku dihimpit perasaan takut tu, punyalah rasa macam nak putarkan masa semula, supaya aku dapat perbaiki apa yang aku silap! Mula rasa menyesal, mula mengira masa yang sebelum tu, kenapa dan mengapa aku takgunakan sebaik mungkin?! Samalah juga orang yang ingkar dengan ajaran Allah, mohon untuk diberi peluang dikembalikan, supaya dia tak dikenakan azab yang ketika itu dirasainya!

"Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia) -
"Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat)."
[23:99-100]

Apapun, alhamdulillah ala kulli hal.. Allah yang beri ilham, Allah yang bantu, ironically, aku dapat jawab. Entah betul tu lain kira lah, tapi aku rasa aku dapat juga berusaha masa jawab exam.

Macamana kita rasa kita terlewat sekalipun, berusaha je. Kita takkan tahu, amalan mana yang Allah akan ambil, dan amalan mana yang Allah tolak... Tadi Mak cakap, tak semestinya kita nampak orang yang memang baik dari kecik hingga besar akan benar masuk syurga. Kita yang banyak cacat cela dari segi amalan, tak semestinya kita terus ke neraka. Kita masuk syurga atas rahmat Dia, maka...usaha, usaha semampu kita.

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai): Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya dalam (بدء الخلق (باب ذآر الملئكة) )nombor 3036, dan dalam ( القدر ) dan dalam ( الأنبياء ) . Al-Imam Muslim meriwayatkannya di awal kitab ( القدر ) bab ( باب آيفية خلق الآدمي ) nombor 2643.).

Alhamdulillah.

Allah sedang berbicara dengan kamu erti kesabaran, erti keikhlasan...


Aku baru bangun tidur pukul 10 malam. Entah apa yang letihnya, tertidur dengan nyenyaknya. Agaknya udara di KL sangat macam Fraser Hill. Nyaman! Jika bukan sebab ada Lab report kena hantar esok, konfem syok sambung beradu. Kembali ke sini, bawa rajuk di hati. Entah sejak bila tumblr takboleh nak bukak, ni agaknya sebab amek AVG punya antivirus. Ceh, ada kaitan?

No comments: